'/>

KUCHING: Sarawak Pay merupakan usaha kerajaan negeri untuk melengkapkan agenda ekonomi digital bagi memudahkan rakyat mengurus segala pembayaran kewangan hanya dengan mengguna telefon pintar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ianya adalah penyelesaian bagi urusan pembayaran menerusi teknologi digital seperti e-wallet, kad kredit dan internet banking.

Menurutnya, e-Wallet dilesen dibawah PaymentGalaxy@Wallet dan dikawalselia oleh Bank Negara, ianya bukan sekadar e-Wallet yang julungkali di Sarawak tetapi yang pertama kali di Malaysia dilaksana oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan aplikasi Sarawak Pay di Komplek Dewan Undangang Negeri Sarawak di sini hari ini.

"Buat permulaan, Sarawak Pay muat tambah nilai paling maksima sebanyak RM200 menerusi internet bankin dan kad kredit. Pada tahun hadapan kerajaan negeri akan memohon kepada Bank Negara agar kadar tersebut dinaik kepada RM1500 paling maksima.

"Untuk mendapat aplikasi Sarawak Pay, pengguna boleh memuat naik aplikasi tersebut di Google Play dan menaip 'Sarawak Pay'" katanya. - Sarawakiana

Kuching:Sebanyak sembilan isu sosial di Negeri Sarawak yang diberi keutamaan dipantau oleh Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak.

Ini dinyatakan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah dalam ucapan penggulungan kementeriannya di sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak sebentar tadi.

"Isu-isu sosial tersebut adalah; penyalahgunaan dadah dan substance; kehamilan remaja; perkahwinan dan penceraian; jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan wanita; penyakit jangkitan kelamin, HIV dan AIDS; keganasan rumah tangga; jenayah jalanan; gelandangan; dan masalah dokumen pengenalan diri."

Fatimah menjelaskan, bagi menangani isu-isu sosial tersebut, Kementerian giat melaksanakan inisiatif yang merangkumi aktiviti kajian dan penyelidikan; pengurusan pangkalan data; pemantauan tren sosial Negeri; penganjuran majlis kesedaran sosial; dan pelaksanaan pelbagai program intervensi sosial.

Pada tahun ini sehingga bulan Oktober, Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (atau singkatannya MPS) telah menganjurkan 8 sesi dialog, 8 siri forum, dan 9 buah program intervensi sosial yang melibatkan jumlah keseluruhan seramai 5,692 orang peserta, tambahnya lagi.

Kuching:Bagi memastikan isu ini ditangani dengan lebih sistematik dan berkesan, Kementerian memberi tumpuan kepada penyelarasan tindakan berhubung dengan perkara-perkara berikut:

1) Menyekat pembekalan dadah dalam pasaran melalui ​tindakan agensi-agensi penguatkuasaan khasnya pihak ​PDRM dan Jabatan Kastam;

2) Mengurangkan permintaan terhadap dadah melalui ​tindakan pencegahan dan kesedaran;

3) Merawat dan memulih penagih dadah dan substance; dan

4) Meningkatkan pemerkasaan (empowerment) dan daya ​keupayaan (resilience) komuniti.

Bagi terus memantapkan usaha membebaskan masyarakat daripada gejala dadah, pihak Kementerian bersetuju dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh pihak penguatkuasa iaitu:

1) Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan peringkat Negeri ​Sarawak diberi kemudahan dan keupayaan untuk ​melaksanakan semua ujian air kencing.

2) Mewujudkan mahkamah dan sumber manusia ​berkelayakan di peringkat daerah bagi menyelesaikan kes ​dengan cepat dan dengan itu mengurangkan backlog kes-​kes yang berkaitan.

3) Mewujudkan Intoxicating Substance Act untuk ​memasukkan semua jenis bahan atau substance yang ​mempunyai kesan yang sama seperti dadah, contohnya, ​gam, cat, gasolin dan lacquer thinner.

4) Menghalang kemasukkan individu dari luar Sarawak yang ​mempunyai rekod jenayah dadah dibawah ADB (Langkah-​Langkah Pencegahan Khas) 1985.

5) Mewujudkan mekanisma untuk mengesan dan memantau ​pelajar-pelajar asing yang mempunyai rekod terdahulu ​berkaitan dadah; dan

6) Mewujudkan mekanisma untuk menangani isu penagihan ​dan pengedaran dadah dengan kaedah “snowballing” ​untuk memperolehi maklumat daripada pelajar yang ​positif ujian air kencing.
Sumber:YB DATO SRI HAJAH FATIMAH ABDULLAH

MENTERI KEBAJIKAN, KESEJAHTERAAN KOMUNITI, WANITA, KELUARGA DAN PEMBANGUNAN KANAK-KANAK

Kuching:Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan SarawakGov Apps yang merupakan platform komunikasi rasmi Kerajaan negeri menurut YB Datuk Talib Zulpilip ,Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman).
Aplikasi ini juga memyediakan maklumat berita/acara terkini,sahih dan berwibawa.Aplikasi ini juga mempunyai ciri-ciri berorentasi rakyat yang menyumbangkan idea ,aspirasi serta maklum balas terhadap sistem penyampaian melalui i-Kamek dan talikhidmat .Sebanyak 6048 hits muat turun pengguna telah dicatatkan melalui aplikasi SarawakGov Apps ini.

Kuching :Menurut YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah,Menteri Pelancongan ,Kesenian ,Kebudayaan,Belia dan Sukan Sarawak Sejumlah 1436 atlet akan mengambil bahagian dalam Sukan Sarawak (SUKSAR) yang akan datang dari 14 hingga 17 Disember 2017 yang melibatkan 14 tempat. SUKSAR menyediakan platform terbaik untuk mengenal pasti bakat terbaik dan juga tanah yang kaya untuk memupuk mereka dari luar negeri untuk SUKMA 2018 .

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY