'/>

sebanyak 785 pintu rumah panjang dibawah Adun Semop menerima hamper gawai.Hamper ini disumbangkan oleh YB Tuan Abdullah Hj.Saidol Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak merangkap ADUN N36 Semop.

posted from Bloggeroid

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, pihak pembangkang yang sebelum ini bersuara mahu menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kini seolah-olah "mendesak" mahukan kemudahan itu dikekal dan diteruskan.

"Sekarang mereka bising mahukan PTPTN, dalam sekelip mata mereka tukar belang," kata beliau menerusi mesej Twitter lewat malam tadi.

Sehubungan itu kata Khaled, kini kelihatan semua pihak mahu PTPTN diteruskan dan mengambil pinjaman daripada perbadaan tersebut.

"Nampaknya boleh dikatakan semua nak PTPTN dan mahu pinjam dari PTPTN.

"Mengapa mereka berubah? Sebab mereka populis," kata beliau lagi.

Khaled menjawab menerusi Twitter beberapa jam selepas pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel).



Unisel terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled.

Pagi tadi, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel.

"Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?

"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau.

Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel.

Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik.SINAR




sumber: http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/06/tudiaa-ptptn-unisel-khalid-nordin-kata.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY