'/>

HANIPA MAIDIN PEMBOHONG, SUBSIDI ELEKTRIK ADA DINYATAKAN DALAM BAJET 2016 Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin melalui ‘posting’ laman Facebook Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa:

“Tahniah kepada semua penyokong Barisan Nasional kerana subsidi bil elektrik yang diberikan sebanyak RM150 juta bagi tahun 2015 akan dipotong kesemuanya bagi tahun 2016. Maknanya tiada lagi subsidi letrik. Ini bukan lagi rasionalisasi subsidi tapi penghapusan subsidi sama sekali. Bersedialah menghadapi kenaikan bil elektrik tahun depan.” https://www.facebook.com/DrMujahidYusofRawa/posts/983808711657962

Jawapan: Ini adalah antara tuduhan-tuduhan rambang yang sering dilakukan oleh Ahli Parlimen pembangkang. Ia menunjukkan kebanyakan dari mereka tidak meneliti initipati Bajet yang dibentangkan oleh PM dengan sempurna.

Sebenarnya dalam Bajet 2016, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM124 juta bagi tujuan subsidi bil elektrik. Cuma dalam Bajet 2016, peruntukan subsidi bil elektrik ini dirangkumkan dibawah peruntukkan MOF B11 020500 iaitu dibawah tajuk “Subsidi dan Bantuan Tunai” yang keseluruhannya berjumlah RM10.63 bilion. Ini adalah antara satu langkah kawalan dan inisiatif rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam 2016.

Kesimpulannya disini, Kerajaan akan kekal memberi subsidi elektrik di bawah peruntukkan “Subsidi dan Bantuan Tunai” dalam Bajet 2016. Oleh yang demikian, dakwaan tentang tiada subsidi elektrik dalam tahun 2016 yang akan mengakibatkan tarif elektrik naik adalah satu tuduhan pembangkang yang berniat untuk mencemar nama baik parti yang memerintah. Sumber: http://khairulryezal.blogspot.my/2015/11/isu-subsidi-elektrik-tiada-dalam-bajet.html

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY