'/>

Alhamdulillah. Selesai akt hr tok (3/12/2017 ). Majlis Doa Selamat Dan Penghargaan anjuran JKKK Zon 4 Kpg Bidadari Bintangor di dewan surau .Turut hadir bersama YB Datuk Hajah Norah Tun Abdul Rahman Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis.

Siapa paloi gilak madah Sarawak sik ada hasil bumi (minyak) semasa Malaysia di bentuk pada tahun 1963? Dalam TV gik ya secara live ngeso kepaloiannya.. janganlah nok memutar belit sejarah hanya nok membukti dirik pun betul.. sejarah sik dapat di bulak.. benarlah padah KM, ko nang paloi!!!

Pelengkap Bandar Minyak

MIRI: Berkunjung ke Muzium Sains Petroleum Miri yang tersergam indah di atas Bukit Kanada pasti berbaloi kerana di situlah tersimpan susur galur perkembangan industri petroleum di Malaysia terutama Sarawak.

Sejarah pencarian minyak di Miri sebenarnya sudah bermula sejak 1882 oleh Residen British di daerah Baram.

Pada ketika itu, minyak digunakan penduduk tempatan untuk menyalakan lampu pelita dan bot.

Penerokaan minyak secara komersial hanya bermula pada tahun 1910 apabila syarikat petroleum Anglo-Saxon, perintis kepada Sarawak Shell Berhad (SSB) masa kini yang diberi hak eksklusif untuk meneroka petroleum di Sarawak telah menemui minyak di pekan Miri.

Penemuan ini bukan sahaja menandakan bermula industri petroleum di Sarawak tetapi yang menariknya, minyak itu bukan ditemui di dasar laut, sebaliknya di atas bukit yang kini lebih dikenali sebagai Bukit Kanada.

Menurut penduduk tempatan dari suku kaum Jatti Miriek, bukit itu dinamakan Bukit Kanada sempena mengambil peristiwa seorang warga Kanada yang tinggal di situ manakala kegiatan utamanya ialah mencari pekerja tempatan dan asing untuk bekerja di lapangan minyak di sekitar bukit berkenaan.

Mungkin ada yang tidak tahu, di sinilah pelantar gerudi minyak darat pertama Malaysia atau Oil Well No.1 didirikan yang kini begitu terkenal dengan gelaran wanita tua di atas bukit atau The Grand Old Lady.

Pelantar pertama ini telah mengeluarkan minyak selama 62 tahun dan operasinya dihentikan sepenuhnya pada 31 Oktober 1972.

Setelah enam dekad menghasilkan kira-kira 660,000 tong minyak, akhirnya perigi ini ditutup pada tahun 1972, seterusnya diisytiharkan sebagai sebuah monumen kebangsaan.

Pada 10 Julai 1985, kerajaan negeri Sarawak telah membaik pulih semula struktur ini dan kini ia dijadikan sebagai mercu tanda penting bandar raya Miri.

Kini hampir 100 tahun berlalu sejak penemuan minyak petroleum yang pertama. The Grand Old Lady terus menjadi tumpuan dan tarikan pelancongan terkenal di Miri.

Suatu ketika dulu, terdapat sebuah menara pengawasan berdekatan monumen ini di mana para pengunjung boleh menyaksikan pemandangan bandar raya Miri yang terletak di tepi Laut China Selatan.

Namun menara itu dialihkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Muzium Sains Petroleum Miri dan kini diganti dengan platform pemandangan yang disediakan di atas bangunan ini.

Pembinaan Muzium Sains Petroleum ini sebenarnya melengkapkan Miri dengan sejarahnya sebagai Bandar Minyak.

Projek bernilai RM16 juta ini dibina oleh Shell Malaysia dan Petronas di atas tapak seluas 10 hektar dan siap pada tahun 2003.

Pembinaan muzium ini merupakan antara syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan Miri diiktiraf sebagai bandar raya yang pertama bukan ibu negeri.

Muzium ini turut menawarkan pelbagai jenis pameran selain daripada berkaitan dengan industri minyak.

Pegawai penguat kuasa Muzium Sains Petroleum Miri, Anyi Wan Uloi berkata, muzium berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Muzium Sarawak dan merupakan muzium petroleum dan gas yang pertama seumpamanya di negeri ini.

Beliau berkata, sejak dibuka pada 2005 iaitu serentak dengan pengisytiharan Miri sebagai bandar raya, muzium berkenaan terus mendapat tumpuan pelancong yang berminat untuk mengetahui lebih dalam mengenai industri minyak dan gas.

Pengunjung dapat menambah pengetahuan betapa pentingnya petroleum dalam kehidupan harian.

Mungkin ramai yang tidak tahu, produk daripada petroleum digunakan untuk membuat ubat gigi, gula-gula getah dan ubat sakit kepala,� katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Anyi, muzium tersebut sering menjadi tumpuan terutama para pelajar semasa musim cuti persekolahan.

Berdasarkan statistik, seramai 126,406 pengunjung dicatatkan pada tahun 2006, 70,314 (2008) manakala pada tahun lalu, seramai 51,527.

Muzium ini dibuka pada hari Selasa hingga Ahad mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang dan ditutup pada Isnin.

Mengenai masalah kerosakan pendingin hawa di muzium itu, Anyi berkata, pihaknya kini sedang dalam proses membaikinya dan ia dijangka selesai pada Ogos tahun ini.

Kita akui ada pengunjung yang mengadu tempat ini panas dan tidak selesa dikunjungi.

Setakat ini tender untuk membaiki pendingin hawa sudah dikeluarkan dan kita berharap kerja-kerja membaiki siap dalam tempoh dua bulan,� ujarnya.

Tambahnya, bagi menarik lebih ramai pengunjung, pihak muzium akan mengadakan beberapa aktiviti antaranya, Bengkel Seni Keluarga bersama pelukis tempatan Yusof Gajah� anjuran Kelab ANSARA Miri pada 26 Jun ini diikuti pameran Amazing History Race yang mempamerkan piring-piring lama pada Ogos depan.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY