DAP Tak Pernah Percayakan Tun M
1. DAP dipercayai tidak pernah percayakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila perkara itu dikatakan dibangkitkan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang baru-baru ini.
2. Dalam mesyuarat di George Town itu, kesangsian terhadap Dr. Mahathir disuarakan oleh beberapa anggota jawatankuasa itu termasuk pemimpin kanan parti itu.
3. Difahamkan, ada kalangan mereka mempersoalkan bagaimana bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim memperoleh maklumat pertemuan antara penasihat parti itu, Lim Kit Siang dan Dr. Mahathir, malah lebih pelik lagi mengetahui pula butiran perbincangan tersebut.
4. "Adakah Tun M sendiri yang bocorkan maklumat tersebut," antara luahan yang difahamkan bertanyakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh seorang pemimpin kanan DAP negeri sambil memberitahu bahawa dirinya `tidak percaya langsung' dengan Dr. Mahathir.
5. Sebelum ini, Tunku Abdul Aziz mendakwa wujud pakatan sulit antara Dr. Mahathir dan Kit Siang berhubung siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
6. Dakwa Tunku Abdul Aziz, tanpa pengetahuan parti sekutu lain terutama PKR, kedua-dua pemimpin itu membuat perjanjian rahsia melantik Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri manakala Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.
7. Nada sama menyentuh PPBM turut diluahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa itu dalam mesyuarat tersebut apabila membantah penyertaan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke dalam DAP.
8. Khairuddin diingatkan oleh ahli DAP itu merupakan orang yang setia dengan Dr. Mahathir dan sekiranya dia diterima dalam DAP, maka itu merupakan `satu malapetaka kepada DAP sendiri'.
9. Dalam pada itu, DAP juga digesa tidak terlalu bertolak ansur dengan PPBM dalam soal pengagihan kerusi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti.
10. Bagaimanapun, mesyuarat meredakan kebimbangan itu dengan memberitahu, DAP Pusat berpandangan bahawa PPBM hanya akan dibenarkan bersaing di kawasan-kawasan peneroka.
11. DAP Pusat juga memberi gambaran bahawa peruntukan kerusi untuk parti itu kali ini lebih banyak berbanding semasa PRU-13.
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/21614-dap-tak-pernah-percayakan-tun-m.html