'/>

TERKINI: Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan pada 4 Julai sebagai pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pujut dengan penamaan calon ditetapkan pada 20 Jun, berikutan mesyuarat khas pada hari Jumaat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat untuk Meradong yang telah membangkitkan isu penutupan IPG Kampus Rajang.Pada masa kini tiada keputusan muktamad telah dibuat oleh kerajaan Persekutuan pada issue.

Bagaimana pun saya akan membuat susulan mengenai surat yang ditulis oleh Ketua Menteri Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan, meminta Kerajaan Persekutuan tidak menutup sesiapa daripada empat (4) IPG di Sarawak.

Usul Penggulungan oleh

YB Dato Sri Michael Manyin Anak Jawong.
Menteri Pendidikan ,Sains dan Penyelidikan Teknologi

RM140 Ribu Diperuntukkan Untuk Menyelesaikan Masalah Elektrik Di SMK Merapok

Kerajaan telah memberi telah memperuntukkan sebanyak RM 140,000 untuk menyelesaikan masalah elektrik di SMK Merapok.

Menteri Muda Pendidikan dan Teknologi Penyelidikan Dr Annuar Rapaee menyatakan, peruntukan tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Lawas untuk tindakan seterusnya.

Annuar, yang juga ADUN Nangka menyatakan peruntukan berkenaan telah diserahkan kepada JKR Lawas pada bulan April yang lepas.

Beliau, yang ditemui pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak memberi respon sedemikian setelah permasalahan tersebut disebarkan di media sosial pada hari ini.

"Kerajaan sentiasa mengambil berat akan kebajikan pelajar khususnya mereka yang di luar bandar dan berusaha akan menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas kepada rakyat."

Annuar juga yakin, JKR Lawas dan Jabatan Pendidikan Lawas akan menyelesaikan permasalahan tersebut dalam masa yang terdekat. Kerja pembaikan akan dimulakan pada bulan Jun.

Menurut paparan sebuah page Facebook komuniti tempatan, sekolah menengah berasrama berkenaan; di blok kelas dan pentadbiran tidak mempunyai kuasa elektrik sejak enam bulan yang lepas.

Bintangor:Program Ihya Ramadhan anjuran Jais Sarikei dengan kerjasama Surau Darul Ikhsan.

Foto by :naiabidin haji talep

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY