'/>

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia tengah hari ini di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Kuala Lumpur,:Berkuatkuasa hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan satu jawatankuasa khas diketuai Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bagi membanteras kegiatan perjudian secara lebih komprehensif.

Dalam Sidang Media Khas yang diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman tengahari tadi, beliau berkata jawatankuasa khas ini ditubuhkan untuk meningkatkan segala aspek teknikal dan kemampuan polis dalam pelaksanaan serbuan dan tangkapan melibatkan kes perjudian.

“Kami akan menggempur habis-habisan semua pusat perjudian serta tindakan tegas perlu diambil terhadap sindiket-sindiket perjudian dan mereka yang menjadi dalang kegiatan ini,” tegas beliau.

Terdahulu, satu mesyuarat khas bersama Timbalan-timbalan Ketua Polis Negeri dan Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen telah diadakan untuk merancang dan mengatur strategi bagi melumpuhkan segala kegiatan perjudian di dalam negara.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, Pengarah JSJ, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan-timbalan Ketua Polis Negeri, Ketua-ketua JSJ Kontinjen serta rakan media.

Untuk hebahan Media
Perubahan Tarikh Ujian Bahagian 2 dan 3 PROGRAM SKSJ Khas Meradong (Parlimen P208 Sarikei)

Bertempat di terminal bas (Jalan Maju Bintangor)

a.21 Oktober 2017 ditukar kepada 4 November 2017
8 pagi hingga 12 tghari
2 ptg hingga 5 ptg

b.22 oktober 2017 ditukar kepada 5 november 2017.
8 pagi hingga 12 tgh
2 ptg hingga 5 ptg

Sebarang kesulitan amat dikesali.Harap maklum.

KUCHING : Seramai 36 individu termasuk 6 warga asing dicekup polis Sarawak kerana terlibat dalam perjudian haram di seluruh negeri semalam.
   
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK, Sarawak, SAC Dato Dev Kumar dalam operasi serentak di 11 bahagian itu, pihaknya menyasarkan premis-premis yang menjalankan perjudian siber dan loteri haram.
     
Operasi kali ini menyaksikan Miri merekodkan bahagian paling aktif dengan 7 serbuan di pelbagai premis dalam tempoh sehari.
     
SAC Dato Dev dalam satu kenyataan media mendedahkan kesemua yang ditahan berumur antara 18 dan 51 tahun.
   
Wang tunai berjumlah 12-ribu 742 ringgit termasuk pelbagai perkekas perjudian dirampas bagi tujuan siasatan.
    
Kes akan disiasat dibawah akta rumah terbuka 1953 dan akta imigresen.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY