'/>

Maskot PBDS Baru - Bobby Perjelas Gambar Babi

Sri Aman - Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS Baru) telah mengeluarkan satu kenyataan media berikutan pelbagai kritikan diterima berhubung gambar babi yang menjadi maskot rasmi parti itu untuk PRU14 akan datang.

Kenyataan dibuat melalui Ketua Penerangan nya Bobby William. Dalam kenyataan nya, beliau memberitahu bahawa babi membawa erti dan impak yang mendalam dari segi adat resam masyarakat Dayak. Namun, beliau bersedih kerana ada sesetengah pihak mengangap gambar babi menyinggung sensetiviti kaum lain.

"Babi adalah lambang penyatuan pelbagai suku etnik Dayak di negeri Sarawak", katanya mengimbau kembali Perdamaian Kapit.

Beliau merujuk kepada upacara "besapu mua, bepalit mata" di Kubu Sylvia semasa Perdamaian Kapit pada tahun 1924 telah menjadi sejarah penyatuan masyarakat Dayak di negeri ini dan menandakan berakhirnya tradisi ngayau.

"Kita harus ingat jasa Temenggong Koh Anak Jubang dan yang lain dalam menyatukan masyarakat Dayak", kata beliau.

Tambah beliau, dalam kepecayaan masyarakat Dayak,  babi adalah "perantaraan" dengan Petara. Antara nya adalah upacara "Nenong Ati Babi", "Mandi Darah Babi", "Niki ka Bangkai" dan pelbagai adat resam dan pantang larang.

"Menurut kepercayaan, hantu melihat manusia seperti babi", ulas beliau.

"Oleh itu, diharap semua pihak menghormati dan memahami adat resam kaum Dayak dan jangan main tuduh-tuduh", kata beliau

PBDS Baru
Media n Technology
06.02.2018

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY