'/>

KEMALANGAN MAUT

Kemalangan di KM 13 Jalan Sarikei-Bintangor belaku sekitar jam 6.50.ptg  melibatkan Perodua kancil yang dipandu oleh Yung Pang Yii (L) bersama penumpang  dari arah Sarikei menuju ke Bintangor bertembung dengan kenderaan jenis Hyundai Sonata dipandu dari arah Bintangor menuju ke Sarikei. 
Akibat dri pelangaran tersebut Perodua Kancil terputus dua lalu menyebabkan penumpang perempuan tercampak keluar sejauh 5 meter.
Mangsa seorang perempuan yg berumur 59 thn disahkan meninggal dunia ditpt kejadiaan oleh pihak hospital.

Kutipan GST Dikembalikan Semula Kepada Rakyat Untuk Kurangkan Beban - PM Najib

1. Kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilihat sebagai mekanisma terbaik kerajaan dalam membantu rakyat termasuk memberi penekanan meningkatkan taraf hidup dan keselesaan bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

2. Ini kerana, hasil kutipan itu dikembalikan kerajaan kepada rakyat dalam bentuk program bantuan antaranya seperti Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, Rumah Mesra Rakyat, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan dan nelayan.

3. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan, rakyat seharusnya faham dan menolak segala tohmahan pihak tertentu yang menyatakan GST ini membebankan sedangkan ia telah banyak membantu golongan sasar memperoleh kehidupan yang lebih baik.

“Di sini kerajaan dimomok, dikutuk, tetapi kalau tidak ada GST masakan kita boleh buat program untuk membantu golongan B40. Daripada mana kita nak dapatkan hasil, kalau hasil harga minyak merudum kalau harga yang lain telah berkurangan, daripada mana kerajaan nak dapat hasil, nak tolong golongan B40?

“Jawabnya kita mesti ada sistem kutipan hasil, bila kita ada kutipan hasil, kira pulangkan balik kepada rakyat dan kita utamakan golongan B40, itu maknanya kerajaan yang amalkan dasar yang adil dan saksama,” katanya.

4. Selain itu katanya, dasar dan tindakan kerajaan yang dilaksanakan sekarang ini adalah demi kebajikan rakyat keseluruhan dengan mengambil contoh di negara ini, kerajaan telah mengumumkan 4,000 jenis barangan yang dikecualikan daripada GST.

5. Baru-baru ini, dalam perbualan beliau bersama perdana menteri India, Narendra Modi, Modi berkata negara itu telah melaksanakan GST dengan kadar tertinggi iaitu 23% dengan tiada barang dikecualikan sedangkan Malaysia hanya 6%.

6. Meskipun hanya 6%, namun kerajaan berupaya membantu dasar kewangan dan fiskal negara bagi menyediakan dana mencukupi membangunkan negara dalam semua aspek seperti mana yang dinikmati sekarang.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY