'/>
Hak kebebasan bersuara bukan tiket hentam, buat tuduhan melulu di internet.

MEDIUM fitnah memfitnah kini bukan lagi sekadar melalui komunikasi harian atau televisyen, akhbar dan majalah, malah trend fitnah kini sudah dianjak ke alam siber yang membolehkan sesiapa saja melakukan perkara tidak sopan boleh dibaca serta ditonton di seluruh dunia secara percuma.

Ini akan memberikan impak negatif lebih-lebih lagi kepada generasi muda. Melalui kemudahan internet yang kini begitu meluas digunakan, wajah dan realiti fitnah menjadi lebih mudah, cepat dan mampu menarik pengunjung maya melayari laman web fitnah itu.

walaupun rakyat bebas bersuara baik di alam maya dan realiti, namun mereka masih terikat dengan pelbagai akta yang menjaga dan melindungi mereka seperti Akta Hasutan, Akta Buli dan Pencerobohan Privasi.

Kita perlu  berhati-hati ketika berkata-kata sehingga boleh membezakan yang mana satu gurauan dan yang mana perkara serius terutama jika melibatkan isu negara, presiden dan sebagainya.

"Contoh lain, jika buat fitnah, orang yang difitnah itu boleh lawan tuduhan (jika fitnah itu palsu) dan jika mereka yang buat fitnah didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman. Namun perkara ini jarang berlaku di Malaysia. Sesetengah rakyat kita keliru dengan isu fitnah atau perihal Akta Hasutan," .

Bagi kesalahan fitnah jenayah pula, statut yang boleh dirujuk ialah Kanun Kesiksaan di bawah Seksyen 499 sehingga Seksyen 502. Jika seseorang disabitkan mengikut kanun jenayah berkenaan, ia membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Kebebasan dengan tanggungjawab

Kebebasan bersuara perlu datang dengan rasa tanggungjawab termasuk bersedia untuk dihadapkan ke mahkamah.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan berkata kerajaan akan melihat peraturan Internet di tiga negara, Amerika  Syarikat, Britain dan Australia dalam usaha membendung penyalahgunaan media sosial di negara ini.

Wahana internet dan SMS kini menjadi saluran paling berkesan serta pantas untuk menyampai dan menyebar segala-galanya kepada rakyat yang mungkin dipandang rendah oleh banyak pihak sebelum ini.

Internet, SMS dan lain-lain sewajarnya digunakan sebagai wahana menyebarkan ilmu, dakwah dan maklumat berfaedah, menjadi medan berinteraksi secara intelek dan berakhlak serta bertindak sebagai saluran komunikasi yang paling efektif.

Semua medium komprehensif ini semakin banyak mempengaruhi gaya dan budaya hidup masyarakat moden hari ini, di mana trend terbaru ini perlu diaplikasi menurut perspektif agama dan undang-undang yang ada, bukannya berpaksi hawa nafsu dan kepentingan peribadi semata-mata.

Apa yang penting di sini ialah semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan agar ia tidak menjadi fitnah ataupun berunsur fitnah yang boleh membawa padah kepada diri sendiri dan orang lain.

Tanggungjawab ini perlu dipikul semua pihak agar kita dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang bebas fitnah dan tidak sewenang-wenangnya memusnahkan masa hadapan, kebolehan dan kelebihan orang lain dengan wujudnya budaya memfitnah yang tidak bermoral ini.

 Bila kita sudah sedar hak kita, hak orang lain, maka kita akan tahu jaga perilaku kita di alam maya dan realiti.


 

Baucar Kerja RM35 Sehari : Nampaknya kerajaan sekarang bermurah hati untuk memberikan kepada kalangan anda yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan di kawasan bandar sekaligus melayakkan anda menerima baucar kerja RM35 sehari dibawah pengurusan Kementerian Sumber Manusia.

Caranya? Syarat Baucar Kerja RM35 Sehari? Program Baucar Kerja RM35 sehari ini menyasarkan golongan bekerja di kawasan bandar yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, dan individu yang tidak bekerja. Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut Yang berminat untuk daftar permohonan bantuan baucar kerja RM35 sehari ini harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran turut akan diberikan pertimbangan untuk kelulusan Individu yang layak akan dihubungi secara terus Penyelesaian Masalah Miskin Bandar VS Baucar Kerja RM35 Semak keratan laporan berita di bawah melibatkan masalah miskin bandar yang meruncing ketika ini Permohonan Daftar Borang Baucar Kerja RM35 Sehari Online? Kepada anda yang berminat untuk daftar permohonan baucar kerja RM35 sehari ini, semakan keputusan individu yang layak akan dipilih berdasarkan data e-Kasih (SEPERTI DI SINI).

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY