'/>

Dalam masa seminggu lebih, sebanyak 350 laporan polis telah dibuat terhadap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) oleh pelbagai pihak. Bermula dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Badan Bukan Kerajaan (NGO) , Pengusaha Bas, Kesatuan Pemandu Teksi hinggalah ke orang ramai yang tidak mahu BERSIH mencetuskan suasana hura-hara.
Ini pertunjuk awal, dimana sesiapa sahaja yang cintakan keamanan dan kemakmuran akan memberi reaksi tidak berpuashati terhadap BERSIH serta menolak himpunan yang bermotifkan ingin mengadakan rusuhan ,yang jelas melanggar undang-undang negara.
BER
Kecuali mereka yang pentingkan kuasa dan kepentingan peribadi seperti kenyataan jelas dikeluarkan oleh Lim Kit Siang (GENERAL DAP) pada hari semalam, dakwa beliau ‘biarkan BERSIH meneruskan demostrasi kerana mereka ingin menunjukkan bahawa sistem piliharaya yang ada sekarang tidak bersih dan adil serta beri peluang generasi muda menyatakan perasaan mereka terhadap pilihraya yang tidak telus dan adil’.

Persoalannya? Adakah dengan memberi kebenaran ,Lim Kit Siang dapat memberi jaminan tentang tidak berlakunya rusuhan atau kacau bilau semasa perhimpunan itu berlangsung. Tahukah Lit Kit Siang yang juga lahir dalam kelompok pembangkang jalanan,setiap mereka yang berarak pada hari itu sudah awal lagi ditanam semangat kebencian yang mendalam kepada kerajaan!!?. Bagaimana mungkin,bila perasaan sudah dipenuhi perasan marah dapat ditenangkan dengan jaminan berarak secara aman. Lazimnya yang akhirnya, rusuhan jalanan pasti akan berlaku serta kerosakkan harta benda awamlah yang menjadi sasaran.

Sedar atau tidak, BERSIH saling tidak lari mempunyai agenda dan matlamat menuntut keadilan bagi pihak Anwar Ibrahim sebenarnya, kalau BERSIH 1.0 yang berjaya menjatuhkan kepimpinan Pak Lah dan kemerosotan undi kepada Barisan Nasional ketika itu,taktik yang sama digunakan untuk menjatuhkan Najib serta sokongan rakyat kepada Barisan Nasional sekali lagi. Persoalannya juga kenapa BERSIH 2.0 wujud sebelum menjelang setiap PRU!!?.

BERSIH sepatunya berarak untuk mencari siapa si perlaku yang tidak bermoral dalam rakaman Video Sensasi sebelum ini,dengan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang terdiri daripada mereka yang berkecuali atas pilihan kesepakatan kesemua parti dan bukannya berjalan dijalanraya demi mempertahankan manusia yang terang-terangan tidak bermoral itu.

ANWAR sukakan himpunan jalanan dan beliau juga secara rasmi sebagai orang yang menjadi ikon ‘Demostrasi Jalanan’ serta jangan lupa beliaulah mencetuskan tsunami jalanan di Malaysia.

Menuntut keadilan Pilihanraya Bersih dan Adil bukan keutamaan bagi rakyat kerana semuanya maklum kerajaan telah seadilnya dalam soal demokrasi termasuk sistem pilihanraya. Mencari si pelaku yang terbabit dalam rakaman video seks dan dakwa si perlaku adalah wajib!! Elakkan rakyat dibebani isu fitnah yang berpanjangan adalah yang menjadi keutamaan...fikirkanlah…
SUMBER:PENA KSJ
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY