'/>

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata beliau sudah membuktikan dirinya bukan mahu mengawal segala-galanya kerana bersedia bertoleransi termasuk mengembalikan hak dan kuasa Sarawak mengikut semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau berkata, hal berkenaan sudah diterjemah dalam bentuk tindakan, selain sedang dinikmati rakyat Sarawak.

“Dr Kui Hian ada bangkitkan berkenaan pengembalian kuasa dan hak Sarawak, tapi saya tidak masukan beliau dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) sebab saya sendiri sudah mansuhkan ISA.

“Selain proses memberi semula kuasa dan hak, Kerajaan Persekutuan melaksanakan projek Lebuhraya Pan Borneo dan mengembalikan semula Empangan Hidroelektrik Bakun,” katanya.

Sumber:Era Mahathirisme Tidak Akan Berulang, Itu Janji Najib
https://t.co/nGiabJ6o6P https://t.co/Vj7mSQD9bt

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY