'/>


Memang benar apa kata Tun Dr Mahathir bahawa, UMNO masih lagi berpuak-puak dan tidak bersatu. Tak usah kata UMNO di luar, di dalam alam maya ni pun ada puak-puak yang tertentu.

Pengaruh UMNO di luar sebenarnya semakin meningkat. Namun di takutkan akibat 'cah keting' atau orang Kedah panggil 'das betih' UMNO akan tersungkur akibat daripada permainan dalam parti sendiri.

Contoh terbaik, UMNO Kedah, tak pernah sunyi dari pelbagai masalah. Dari atas sampai bawah. Pas Kedah dok tengok tepuk tangan saja. Dah jadi pembangkang pun masih lagi depa dok main sarkas. Lompat sana sini. Macam mana nak menang?

UMNO Kelantan, dengar kata sudah makin stabil, cuma Ku Li asyik kelaut. UMNO Perlis, terus senyap dan sunyi, sini pun banyak puak jugak, cuma pembangkang tak kuat, sebab tu depa tetap menang. UMNO Pulau Pinang, makin aktif, selalu buat Guan Eng peluh dahi. UMNO Perak, low profile, tak banyak cerita, macam MBnya jugak.

UMNO Selangor, paling lantang dan dahsyat. Memang gegar dua Khalid sampai kencing. UMNO Pahang, agak tengelam dengan isu Lynas loji nuklear, namun sejak akhir2 ni dah nampak bergerak balik. UMNO Terengganu, MBnya yang sentiasa kontroversi satu ketika dahulu, namun sekarang, dengar kata rakyat kembali padanya.

UMNO Johor? rasanya takdak masalah kot. UMNO Johor dengan rakyat rasanya macam dah sebati. Cuma dikawasan cina saja yang perlu diberikan perhatian. UMNO Sarawak takdak, UMNO Sabah? yang ni rasanya Mc pun tak tahu cerita.. hehe..agak jauh..

UMNO Putrajaya? Dulu dikatakan lubuk UMNO, namun sejak Pas dah buat bangunannya dekat Bangi, hujung Putrajaya, semakin aktif Pas di sana.

Rasanya kalau bertanding ada harapan menang tak? Namun kita jangan fokuskan UMNO saja. Komponen lain pun penting dan perlu. Kalau UMNO saja berjuang, dah tentu la tersungkur.

sumber:Anti-PKR-Club



Penglibatan Yayasan Jerman, Konrad Adenauer Foundation (KAF) yang sekarang lebih dikenali sebagai Konrad Adenauer Stiftung (KAS) dalam membantu penajaan badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim, Institut Kajian Dasar (IKD) semakin diperkatakan dewasa ini.
KAS turut terlibat secara langsung dalam penajaan Suruhanjaya Antara Kepercayaan atau Inter-Faith Commission (IFC).
Percubaan itu, sekiranya berjaya bakal mengubah langskap keharmonian agama di negara ini, khususnya berkaitan dengan agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
Asal Usul KAS
KAS merupakan sebuah Yayasan Kristian dari Jerman merupakan badan pemikir terbesar kepada parti The Christian Democratic Union (CDU) yang ditubuhkan sejak tahun 1955.
Nama asal KAS adalah “Society for Christian Democratic Education Work”, yang kemudiannya ditukar nama kepada Konrad Adenauer Foundation pada tahun 1963 sempena dengan nama Chancellor Pertama Jerman, Konrad Hermann Joseph Adenauer (Konrad Adenauer).
Parti CDU ini kemudian bergabung dengan parti-parti politik Konservatif dan Demokratik Kristian di peringkat antarabangsa melalui International Democrat Union (IDU) yang beribu pejabat di London dengan keanggotaan 45 parti konservatif yang diketuai oleh John Howard (bekas Perdana Menteri Australia).
KAS – Israel
Hubungan KAS – Isarel bermula seawal tahun 1950-an di antara Konrad Adenauer (Chancellor Jerman), David Ben Gurion (Perdana Menteri Israel/zionis) dan Nahum Goldman (Pengerusi World Jewish Congress) pada tahun 1952 yang menghasilkan “Luxembourg Agreement”.
Dalam perjanjian itu, Jerman telah bersetuju untuk membayar 3 bilion ($ 715 juta) sebagai mengiktiraf Israel sebuah negara yang saha dan 4.5 juta ($ 110 juta) kepada pertubuhan-pertubuhan Yahudi yang diwakili oleh Conference on Jewish Material Claims Against Germany (Claims Conference), yang telah membantu menempatkan semula orang-orang Yahudi di luar
Israel.
Jerman kemudiannya menggubal undang-undang yang memberi mandat untuk memberi pampasan secara langsung kepada mangsa individu Yahudi dalam era Nazi yang lebih dikenali sebagai mangsa “Holocaust” (orang-orang Yahudi yang dibunuh secara beramai-ramai semasa pemerintahan Nazi di Jerman).
Sekarang, KAS merupakan rakan kongsi kepada American Jewish Committee (AJC).
Operasi KAS Di Malaysia
Operasi KAS di Malaysia lebih tertumpu kepada dua bidang iaitu Dialog Politik (Political Dialogue) dan Pembangunan Media (Media Development).
Misi ‘Dialog Politik’ ini kebiasaannya akan menyusup masuk melalui badan pemikir kerajaan atau individu yang berpengaruh di Malaysia.
Badan pemikir yang berjaya diresapi KAS secara berkesan adalah Institut Kajian Dasar (IKD).
Manakala misi ‘Pembangunan Media’ KAS beroperasi melalui Asia News Network (ANN) yang beribu pejabat di Nation Multimedia Group, Bangkok dan Council of Asian Press Institute (CAPI) di Ateneo de Manila University, Filipina.
Media Malaysia yang bernaung di bawah ANN adalah akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan portal Malaysiakini.com.
Hubungan KAS dan Anwar Ibrahim bermula pada tahun 1980-an sebaik sahaja Anwar menubuhkan badan pemikirnya, IKD.
Penyaluran dana KAS semakin agresif kepada IKD selepas melihat bintang politik Anwar semakin cerah, daripada memegang jawatan Menteri Pendidikan (1987), Menteri Kewangan (1991) sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri (1993).
Ironisnya, IKD kononnya diasaskan oleh aktivis-aktivis ABIM iaitu Anwar Ibrahim sendiri (bekas Presiden ABIM 1974-1982 / Pemegang Amanah IKD), Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agong ABIM 1981-1987 / Pengerusi IKD) dan Dr Siddiq Fadhil (Presiden ABIM 1983-1991 / Pengerusi Panel Perunding IKD), namun mereka bersepakata untuk bersetuju menerima dana dari Yayasan Kristian.
Bermakna, aktivis IKD dan ABIM menyedari dari mana sumber kewangan itu diperolehi, namun demi untuk menaikkan karier politik Anwar, ketika itu, persoalan sumber kewangan tidak lagi dipertikaikan oleh bekas-bekas tokoh ABIM ini.
Justeru itu, dalam tahun 1990-an, penajaan KAS terhadap IKD semakin menjurus kepada pembinaan imej Anwar di kaca mata Amerika Syarikat.
Bermula dengan Dialog Pasifik di Pulau Pinang (1994), Dialog Pasifik II di Kuala Lumpur (1996) dan Dialog Pasifik III & IV di Kuala Lumpur (1996 & 1998) telah melonjakkan nama Anwar sebagai ‘seorang tokoh penting Malaysia’ di kaca mata Amerika Syarikat.
Malah, lebih menarik lagi kesediaan tokoh-tokoh penting Amerika Syarikat seperti Senator William S.Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat) Ke Malaysia untuk menjayakan misi KAS-IKD itu.
Pada 26 Jun 1997, Anwar ketika itu sebagai pemangku Perdana Menteri ketika itu turut menyaksikan ‘Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Antara Heritage Foundation Washington Dengan IKD’ di Kuala Lumpur.
Usaha KAS memprojek imej Anwar itu, telah membolehkan Timbalan Perdana Menteri itu dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO (1988) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia & Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada tahun 1997.
Anwar juga turut dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh Ateneo de Manila University (pusat KAF di Asia Tenggara) dan Anugerah ‘Presidential Medal’ oleh Georgetown University (1996).
Selepas Anwar dipecat daripada UMNO, 2 Spetember 1998, bantuan KAS masih diteruskan dengan menyalurkan kewangan untuk membantu menjayakan misi bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjayakan agenda ‘reformasi’.
Peter Schier, wakil KAS di Malaysia turut mengakui hubungannya dengan Anwar, meskipun Anwar telah dibuang dari kerajaan.
Bermula pada tahun 2001, KAS mula menunjukkan niat sebenar penajaan mereka selama ini iaitu untuk menyemai benih-benih pluralisme dan liberalisme di Malaysia.
Peter Schier, mengakui minatnya untuk terus menyalurkan sumbangan kepada IKD kerana tertarik dengan pemikiran Khalid Jaafar (Pengarah Eksekutif IKD) yang memperjuangkan konsep Islam Tanwiri (Islam Pencerahan) atau Islam Liberal.
Pelbagai siri program Islam Tanwiri anjuran IKD telah ditaja oleh KAF. Antaranya, “Bengkel Islam Tanwiri I’ di Hotel Pearl International, Kuala Lumpur (2005) dan ‘Bengkel Islam Tanwiri II’ di Hotel Emerald Puteri, Kedah (2006).
Buku-buku kontroversi mengenai Islam juga telah diterbitkan semula oleh IKD & KAF.
Antaranya seperti buku “Islam & Dasar Pemerintahan”, tulisan Ali Abdul Raziq yang telah dilancarkan di Hotel Pearl International, Kuala Lumpur (2005).
Buku ini ditolak oleh ulama Al-Azhar kerana mempertikaikan sistem pemerintahan Islam dan menolak konsep kepimpinan Khalifah dalam memimpin pentadbiran dunia.
Penulis buku ini telah ditarik balik ijazahnya kerana mengeluarkan pendapat yang bertentangan dengan kebanyakan ulama lain dan buku ini juga telah diharamkan.
Selain itu, Khalid Jaafar merupakan bekas Ketua Penerangan Keadilan dan Ketua Pengarang Buletin Keadilan yang telah diberi dana untuk menerbitkan Majalah Siasah, Buletin Keadilan (akhbar tabloid Keadilan) dan laman web jalantelawi.com.
Tindakan KAS menaja konsep pluralime dan liberalisme semakin agresif dalam bidang penerbitan dengan bantuan kewangan kepada Al-Mustaqeen Mahmod Radhi, bekas penulis IKD yang menubuhkan syarikat penerbitan Middle Eastern Graduates Center (MEGC).
Antara buku-buku yang ditaja KAS dan diterbitkan oleh MEGC berkisar mengenai konsep pertikaian terhadap Islam seperti buku “Demokrasi Dalam Islam” (2006), “Islam Tunduk Menyerah” (2006), “Agama Dan Kebebasan Berfikir” (2006), “Konsep Dan Kebebasan Beragama” (2006) dan sebagainya.
MEGC & KAS juga menerbitkan buku “Islam Pluralisme“ dengan membariskan sarjana Indonesia yang terkenal memperjuangkan ‘Konsep Islam Liberal’ seperti Nurcholish Majid, Reza Shah-Kazemi, Asghar Ali Madjid dan Suratno.
Tulisan sarjana Barat turut dimuatkan dalam buku itu, antaranya John Hick dan Hans Kung yang mengupas mengenai pluralisme keagamaan dan etika global.
Dalam masa yang sama, KAS turut membantu penganut-penganut agama Kristian di Malaysia untuk memperluaskan ‘networkingnya’ dalam Community Communications Centre (KOMAS).
KOMAS memperjuangkan agenda Kristian melalui Cahayasuara Communications Centre yang berpusat di Jalan Pudu, Kuala Lumpur (berdekatan dengan Gereja St. Anthony).
Pemegang Amanah syarikat ini ialah Archbishop Larry Saldanha (Pakistan) dan Bishop George Phimphisan (Thailand) yang banyak menganjurkan program tajaan KAF & KOMAS LaSallian Convention di pelbagai peringkat.
Untuk merealisasikan konsep pluralisme dan liberalisme ini, KAS turut menaja Malaysian Interfaith Network (MIN) dan Penang Global Ethic (PGE).
Dalam persidangan pertama Meja Bulat Taiping Interfaith Dialogue pada 10-13 Disember 2002, KAF & MIN berjaya menghimpunkan ramai perwakilan daripada pelbagai agama.
Salah satu ahli komponen MIN & KAF ialah Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduisme and Sikhism (MCCBCHS) telah menghantar deraf penubuhan Inter-Faith Commission (IFC) kepada Majlis Peguam yang diwakili oleh Dato’ Dr Anwar Fazal (juga Pengerusi MIN) untuk semakan perundangan.
Setelah aspek perundangan IFC dipersetujui oleh Majlis Peguam, deraf IFC telah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri pada Januari 2005, namun permohonan itu ditolak oleh kerajaan Malaysia.
sumber:brojinggo
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY