'/>

This case has nothing to do with politics. Just because he is captured on photo with a politician, everyone assumes Fitri is politically connected. This is not true. Our investigations have dismissed the case as politically motivated.

We hope the public will stop all this speculation. Nothing can be hidden once the case goes to trial.

We will spare no efforts in tracking down the three persons still at large, including the Datuk.

The fact that he is a Datuk and corporate figure is not relevant to our investigations. He will have to face justice just like any other ordinary person."

-- CID Chief Dev Kumar


Sumber:Sarawakupdate

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menafikan sekeras-kerasnya bahawa dalang utama di sebalik pembunuhan aktivis dan ahli  Parti Keadilan Sarawak (PKR), Bill Kayong mempunyai hubungan rapat dengan parti berkenaan.

“Artikel Sarawak Report pada 16 Julai ditulis dengan niat jahat dengan tujuan utama untuk mengaitkan SUPP dengan pembunuhan tragik Bill Kayong pada 21 Jun 2016 di Miri,” kata kenyataan itu yang turut disiarkan dalam portal SUPP News.

Bill merupakan seorang aktivis NGO  yang lantang berkaitan isu Tanah Adat Bumiputera (NCR), dan dilaporkan menerima ancaman bunuh  kerana kegiatannya mempertahankan hak pemilik tanah terbabit.

Kata kenyataan itu, SUPP berang bahawa Sarawak Report dengan sengaja dan dengan niat jahat mengemukakan fakta terpilih, dan kaitan tidak berasas semata-mata untuk merosakkan kewibawaan dan imej awam SUPP.

Dalam laporan kelmarin, portal berkenaan turut menyiarka tersangka utama bergambar dengan mantan presiden SUPP.

Kenyataan itu berkata, sebelum ini SUPP telah mengutuk kegiatan jenayah sedemikian dan mendesak polis mempercepat penyiasatan bagi membawa penjenayah ke muka pengadilan.

Kenyataan itu menegaskan  bahawa SUPP tidak pernah percaya dalam sebarang pembunuhan, sama ada bersifat politik atau bukan politik bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

SUPP menegaskan dalam kenyataan akhbarnya seorang daripada tersangka utama dalam pembunuhan itu, Lee Chee Kiang bukan ahli parti berkenaan.

“Lagipun, terdapat lebih daripada 100,000 ahli berdaftar parti dalam SUPP, dan sudah menjadi pendirian parti bahawa tiada sesiapa berada di atas undang-undang,” katanya.

Justeru, kata kenyataan itu, jika terdapat mana-mana ahli parti dikaitkan dengan kes jenayah berat, ahli berkenaan juga tertakluk kepada tindakan disiplin parti, selain undang-undang di Malaysia. – Sarawakvoice.com

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY