'/>

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Abdullah bin Haji Saidol berkata Guan Eng dan DAP kini terdesak untuk mendapatkan kuasa biarpun terpaksa menggunakan cara kotor dengan melontarkan seberapa banyak janji palsu kepada rakyat di Sabah dan Sarawak ini biarpun  mereka mengetahui adalah sukar untuk mereka melaksanakannya.

"Sarawak yang kini dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Abdul Rahman Johari bin Tun Datuk Abang Openg dan pasukannya lebih mengetahui apa yang perlu dan dikehendaki untuk rakyat Sarawak.

"Begitu juga BN Sarawak yang kini telah bersedia untuk menyampaikan segala dasar dan aspirasi kerajaan kepada rakyat.

"Justeru, kita di Sarawak tidak memerlukan orang seperti Guan Eng atau DAP untuk memberitahu apa yang perlu kita lakukan sebaliknya mereka ini kecewa melihat apa yang Sarawak telah ada di bawah pentadbiran BN," katanya kepada media sebagai membalas kenyataan Guan Eng berhubung akan mengkaji semula cukai 50 peratus ke atas Sabah dan Sarawak sekiranya mereka menang pada PRU-14 nanti yang disiarkan di dalam portal propembangkang.

Dalam pada itu, Abdullah juga memberitahu Abang Jo tidak sesekali akan mengabaikan misi yang ditinggalkan Allahyarham Tok Nan sebaliknya akan meneruskan legasi itu dengan mempercepatkan segala tindakan mengikut acuan sendiri demi kepentingan rakyat Sarawak.

"Ini merangkumi aspek penurunan kuasa pentadbiran dan menyuntik lebih banyak dana ke tabung negeri yang menjadi keutamaan Ketua Menteri Sarawak sekarang.

"Sehubungan itu, Guan Eng dan DAP perlu segera menghentikan penipuan dan tindakan mengelirukan ini terutama kepada rakyat di Sabah dan Sarawak," katanya.

Guan Eng sebelum ini telah dikritik hebat oleh rakyatnya sendiri apabila gagal dalam mengotakan semua janji yang dijanjikan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

"Ini merangkumi pengisytiharan aset yang dimiliki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen, polisi perumahan mampu milik, memansuhkan tol, membatalkan bayaran parkir kereta pada waktu petang dan hujung minggu, menghentikan rasuah kerajaan tempatan, menyokong kebebasan media, pelantikan secara meritokratik untuk jawatan kerajaan dan GLC negeri, Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kerajaan Tempatan tidak dibuka kepada orang ramai, tiada siaran langsung persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan banyak lagi.

"Sebaliknya tindakan mereka di Pulau Pinang adalah bertentangan dengan apa yang pernah mereka janjikan sebelum ini," ujarnya lagi.

Sementara itu, DAP kini sedar betapa kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak amat penting jika mereka ingin menawan Putrajaya dalam PRU-14 akan datang.

Atas sebab itu, mereka akan berbuat apa sahaja termasuk membohongi rakyat yang semenangnya menjadi amalan mereka biarpun terpaksa membuat muka tebal.

Mengulas mengenai ekonomi sekarang, jelas Abdullah kita tidak boleh mengawal ekonomi global tetapi saya percaya setiap negara di dunia kini sedang menghadapi masalah yang sama dan berusaha ke arah mengurangkan tekanan ekonomi.

"Saya bersetuju dengan kritikan membina dan cadangan beberapa pihak yang ingin melihat kerajaan mengukuhkan sistem pentadbiran, tadbir urus dan integriti.

"Bagaimanapun, orang ramai perlu berfikiran munasabah dengan memberi jaminan bahawa kerajaan berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyatnya termasuk pembangunan di kawasan luar bandar.

"Rakyat kini mahu melihat siapa yang mempunyai "kesungguhan politik, keinginan dan kebolehan dalam melaksanakan" secara ikhlas untuk rakyat, selain ke arah memahami wawasan generasi muda,"katanya lagi.

Untuk itu, retorik-retorik politik yang cuba dibawa Guan Eng dan DAP ini tidak akan berfungsi sebaliknya orang ramai akan menilai mereka yang benar-benar berkhidmat kepada rakyat demi kesejahteraan masa depan.

Klxpress Sarawak

Miri:Orang awam gempar di Vista Perdana Miri, apabila seorang lelaki beraksi seperti Spiderman apabila memanjat tiang elektrik dan bergantung diatas kabel elektrik. Rentetan daripada kejadian, pihak polis dan bomba terpaksa dihubungi untuk memujuk dan menangkap lelaki berkenaan. Setakat ini belum ada maklumat lanjut mengenai kejadian.

Foto FB kamek miak Sarawak

Sarikei:Assalamualaikum...wbt

Pada 25hb Mac 2017 hari sabtu,,pihak kami dengan kerjasama Masjid Al Muttaqin,sarikei akan mengadakan "Program Ju Berambeh" bertempat di Masjid Al muttaqin ,Sarikei.Dengan ini pihak kami ingin menjemput tuan/puan dan penduduk sekitar Sarikei turut serta Berambeh bersama kami..

TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI DAN PERTANDINGAN
yang kita adakan dan hadiah Lumayan menanti anda

Borang penyertaan boleh di dapatkan Di Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei ,atau kita boleh hubungi terus ke 084651245 untuk maklumat lanjut.

Terdapat Juga "CABUTAN BERTUAH" bagi Pengunjung dan peserta yg terlibat sehingga ke Akhir program..

JOM Sertai kami BERAMBEH ke Masjid..

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal kelima Parlimen Ke-13 sebentar tadi.

Keberangkatan tiba Sultan Muhammad V pada jam 10 pagi tadi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri S A Vigneswaran.

Turut menyambut keberangkatan baginda ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sultan Muhammad V menerima sembah ‘Hormat Diraja’ daripada Mejar Mohd Ridhwan Basheer yang mengetuai barisan kawalan keselamatan utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY