'/>

Bintangor: Kebakaran rumah 2 tingkat bukit Jalan Tung Nam Po, Nerasit Bintangor. Kebakaran ini berlaku pada jam 1730 petang tadi .Ketika itu mangsa  sedang tidur dirumah bersendirian . Mangsa terbangun dari tidur apabila terasa panas. Beliau terus menyelamatkan diri.

Rumah tersebut dimiliki Tang Tai Ho berusia 54 tahun.Turut musnah dalam Kebakaran tersebut motorsikal yamaha milik mangsa .Mangsa Kebakaran  selamat dan  tiada mengalami sebarang kecederaan.Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak JBPM .

LUNDU- 17 Perkara Manifesto Barisan Nasional (BN) N03 Tanjong Datu telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Manifesto Barisan Nasional ini adalah kesinambungan daripada perjuangan Tok Nan dalam membangunkan kawasan N03 Tanjong Datu sebelum ini dan akan diteruskan oleh isterinya iaitu Datin Patinggi Datuk Amar Hajjah Jamilah Haji Anu jika Barisan Nasional memenangi pertandingan pada Pilihan Raya Kecil ( PRK) pada 18 Februari akan datang.

Bintangor:Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan di Jalan KJD, simpang Jalan Nangga strass, Bintangor pagi tadi. Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan 2 buah motosikal.

Menurut sumber awal mangsa yang maut dikenali sebagai Chindang Anak Saweng dikatakan maut serta merta ditempat kejadian.

Setakat ini mayat telah pun dihantar ke hospital dan punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.

Lundu :Melawat rumah Sarjan (B) Reno Anak Buku yang baru siap dibina di Lundu, Sarawak. Rumah lamanya musnah akibat kebakaran. Beliau merupakan veteran Angkatan Tentera Malaysia yang telah berkhidmat selama 22 tahun 7 bulan bermula 1 Mei 1966 hingga 31 Dis 1988. Rumah baharu ini dibina menerusi kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pertahanan Malaysia menggunakan peruntukan National Blue Ocean Strategy (NBOS) 7. Semoga dengan pemilikan rumah baharu ini, ia berupaya memberi lebih keselesaan kepada Sarjan (B) Reno serta ahli keluarganya. InsyaAllah.
Info by FB  hishammuddin hussein

LUNDU - YB Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Kaum di Dewan Masyarakat Kg. Sungai Lundu hari ini.

Turut hadir bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Sri Nancy Shukri, Dato' Sri Micheal Manyin dan Dato' Sri Stephen Rundi Ikom.

Foto by Friend Of Klxpress Sarawak

Pegawai Daerah turun padang periksa Projek PBR.
rmh pemilik  Pbr Jamaliah bt Arbi Chew di lot jambatn merah  Bintangor.


Program Pasukan Khas menangani masalah penduduk pribumi yang lahir &menetap di negeri Sarawak tetapi masih tidak mempunyai pengenalan diri bagi kawasan Meradong.

Turut hadir bersama Pegawai Daerah Meradong...

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Semop berkata akan ada pengumuman mengenai projek-projek yang diluluskan atau projek yang sedang dijalankan semasa tempoh berkempen, tetapi menegaskan ini telah tidak diluluskan hanya kerana pilihan raya kecil itu.

"Saya ingin untuk menghapuskan banyak projek persepsi yang mungkin dibuat dikenali semasa tempoh berkempen adalah projek yang diluluskan kerana pilihan raya kecil itu. Itu tidak benar.

"Banyak projek telah dirancang dan diluluskan sebelum pilihan raya kecil itu. Tetapi projek-projek ini mungkin dalam peringkat perancangan atau peringkat memuktamadkan dan masih belum dilaksanakan. Dengan atau tanpa pilihan raya kecil itu, projek-projek ini akan dilaksanakan, "katanya.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY