'/>

Saya terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng hari ini yang mengatakan Kerajaan Persekutuan telah menolak permohonan kerajaan Pulau Pinang atau menyukarkan usaha mereka untuk membina jambatan ke-3 Pulau Pinang berbanding terowong bawah laut.

Semakan di Kementerian tidak menunjukkan sebarang permohonan, aplikasi atau perbincangan dengan pihak Kementerian saya mengenai pembinaan jambatan ke-3 Pulau Pinang.

Begitu juga dengan permohonan, aplikasi atau perbincangan mengenai terowong bawah laut Pulau Pinang dimana ianya memerlukan pelbagai kebenaran dari pihak Kementerian saya sebelum pembinaan dijalankan.

Mungkin YAB Ketua Menteri boleh menjelaskan kepada saya bila permohonan bagi pembinaan jambatan ke-3 tersebut dibuat dan bila pihak kami menolak permohonan tersebut.

Menjadi harapan saya agar kerajaan Pulau Pinang menyelesaikan masalah politik dalaman mahupun skandal dalam Pakatan dan tidak mencuba untuk menggunakan Kerajaan Persekutuan sebagai alasan mereka.

DATO' SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
Menteri
Kementerian Kerja Raya Malaysia

Diterjemah oleh: KKMM

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY