'/>

alt

Penyanyi Terkenal Hollywood Whitney Houston dilaporkan telah meninggal dunia menurut satu tweet yang dikeluarkan AP press sebentar tadi. Penyanyi legenda yang berusia 48 tahun itu ditemui di biliknya di tingkat empat Beverly Hilton Hotel pada pukul 3.55 petang (waktu tempatan).

Punca kematian Whitney masih belum diketahui. Namun ura-ura menjelaskan ianya berkaitan dengan dadah.

Beliau yang terkenal dengan kekuatan vokal serta lontaran suaranya yang cukup mantap sebelum ini pernah dikaitkan dengan isu penyalahgunaan dadah. Bakat Whitney dicungkil oleh penerbit legenda Clive Davis dan Whitney mendominasi industri muzik antarabangsa selama lebih dua dekad.


Bekas isteri Bobby Brown yang dikenali menerusi lagu I Will Always Love You meninggal dunia pada usia 48 tahun. Beliau turut pernah memenangi ratusan anugerah termasuk 6 Grammy dan telah mencatat penjualan album melebihi 170 juta seluruh dunia.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY