'/>

Keterangan Saksi Pendakwa Kedua (SP2), Datuk Shamsuddin Haryoni, pada petang tadi menimbulkan kegemparan apabila ia sama sekali bercanggah dengan kenyataan Saksi Pendakwa Ketiga (SP3), Nasir Ismail.


Shamsuddin mendakwa beliau hanya membayar nasir sebanyak RM 1.5 juta dan bukannya RM 2.5 juta seperti dakwaan Nasir sebelumnya. Beliau juga menegaskan wang tersebut adalah wang beliau, bukannya wang Dr. Khir seperti yang didakwa oleh Nasir sebelum ini.
Kenyataan Shamsuddin ini mengesahkan dakwaan peguam bela Dr. Khir bahawa Nasir berbohong terhadap jumlah yang beliau terima dan juga kononnya beliau pernah menerima daripada Dr. Khir sebelum bekas Menteri Besar tersebut membeli rumah.

Shamsuddin kemudiannya membuat kenyataan yang menyanggah kenyataan beliau sendiri.
Pada rabu lalu, Shamsuddin membuat kenyataan bahawa beliau mengunjungi rumah Saiful untuk pertama kalinya bersama Dato Sumardi Ismail dan Dr. Mohamad Khir Toyo.
[Ketika itu galeri awam dan para peguam terkejut kerana saksi pertama yang tidak berpihak dan berkepentingan, Saiful Aznil mendakwa Dr. Khir datang bersama isteri di bawa Sumardi ketika datang melihat rumah tersebut namun tidak jadi beli.
saiful menyatakan Empat bulan kemudian Sumardi membawa Shamsuddin untuk melihat rumah tersebut.]

Namun dalam keterangan hari ini, Dato Shamsuddin mendakwa beliau ke rumah tersebut bersama Sumardi sahaja. Setelah melihat rumah tersebut beliau dimaklumkan oleh Sumardi bahawa Dr. Khir turut pernah melihat rumah tersebut dan berminat untuk membelinya.
Jika pada rabu lalu Shamsuddin menyatakan beliau membeli rumah tersebut dengan harga RM 6.5 juta, hari ini beliau menukar kepada kepada jumlah RM 5 juta sahaja.

Beliau menjawab soalan pendakwaraya bahawa beliau membeli rumah tersebut dengan harga RM 5 juta dan membuat pengubahsuaian pada kos RM 1.5 juta. Beliau mendakwa rumahnya bernilai RM 6.5 juta sebelum dijual dengan harga RM 3.5 juta pada Dr. Mohamad Khir.
Namun Nasir sebelum ini mendakwa beliau menerima RM 2.5 juta dari Shamsuddin dan RM 4 juta dari Dr Khir sebelum perubahan nama dari Ditamas kepada Dr. Khir pada 2007.  Kenyataan Shamsuddin ini jika diterima pakai jelas menunjukkan Nasir berbohong di dalam Mahkamah.
Namun jika kenyataan Nasir mahu diguna pakai bermakna kenyataan Shamsuddin pula berbohong. Yang pasti sehingga hari ini hanya  SP1, Saiful Aznil yang memberi jawapan yang tampak benar dan telus berbanding dua saksi lagi.

Niat jahat SP3, Nasir tampak jelas sekali apabila beliau tetap mengatakan wang yang diterima oleh Dr. Shamsuddin ialah wang  Dr. Khir. Mengapa beliau bermati-matian menegaskan ia wang Dr. Khir jika beliau sekadar saksi tanpa sebarang niat jahat. Bukankah beliau sepatutnya menerangkan fakta sahaja?
This post was submitted by lawyer cabuk.

Facebook Tourism Malaysia dikatakan bernilai RM1.8 juta untuk pengurusan selama tempoh 3 tahun yang dikontrakkan kepada Syarikat Impact Creations Sdn Bhd. Berbaloi ke membelanjakan RM600,000 setahun untuk like Facebook Tourism Malaysia ini. Adakah Facebook Tourism Malaysia membayar kepada pengasas Facebook, Mark Zulkerberg untuk mendaftar di rangkaian Facebook? Baik beli scripts buat social network untuk Rakyat Malaysia dengan duit tu. Di bawah senarai sebab-sebab kenapa ia berjumlan RM1.8 juta untuk pengurusan. Rilekslah…

1) Mempunyai pengalaman 25 tahun untuk merka cipta game yang kualitinya mengalahkan PS3, X-box mahu pun Wii. (kat landing page)

2) Minyak Naik memudaratkan staff-staff yang berulang alik ke pejabat untuk mengupdate Facebook sebab PC pejabat tu jer boleh akses ke akaun Facebook Tourism Malaysia.

3) Memerlukan hampir 100 orang staff untuk menjaga server Facebook Tourism Malaysia.

4) Membayar kos staff yang menghadiri Kursus mengendalikan Facebook Tourism Malaysia.

5) Modal untuk beli iPad 2 untuk hadiah yang ada kat game dan staff seorang satu dapat iPad 2 atau Mac Book Pro.

6) Belanja Mark Zulkerberg makan setahun sekali sebab sudi join & like Facebook Tourism Malaysia.
#Yang 4 lagi tu, korang cari sendiri, nanti saya paste kat bawah nie… :D Jangan Marah haaa…

KUCHING: More than 100 representatives of Bumiputera traders staged a peaceful demonstration in Kampung Gita yesterday to say they would not accept the new rental charges imposed by councils statewide.
They felt that the hike in rental would burden them.
Sarawak Bumiputera Enterpreneurs Cooperative Bhd (KUBSB) chairman Razemi Sarbini said the hike was unnecessary.

Small time traders, especially Bumiputeras, had all agreed to previous charges in recent years.
“The local council claimed that the hike in charge was due to a high demand from other traders who want to operate stalls during ‘Pestas’. This is illogical. It seems local councils want to take advantage of the situation to increase their earnings,” he lamented.
He cited an example of the upcoming Pesta Benak in Sri Aman where the organisers were imposing rental of RM300 from RM200 per lot last year.

“This is unfair to us. The lot we are renting is an empty lot. It is a public place with no electricity and canopy provided. Without these amenities, we personally feel that the RM300 rental is too much,” he added.
The organisers intend to extend the trading period from four days to six days during Pesta Benak but the complaint is that Bumiputera traders might lose more.

“We feel that the extension of trading days from four to six days is not necessary because the peak days are only four days of the pesta. It means paying extra cost for the two remaining days,” Sarbini said.
He said traders used to pay RM5 for the rented lot before.
Pesta Benak will be from July 1 to 4.

He feared councils statewide would comply with the charge for Pesta Benak.
“This is illogical because we have other carnivals in the state such as Pesta Kaul, Pesta Nanas, Pesta Ketam, Pesta Sungai Krian, Pesta Baram and many more,” he added.
He commended the effort of councils like Kuching North City Commission (DBKU) for giving affordable rental of RM10 to RM15 per day.

Sarbini called for the relevant authorities to settle their predicament.
“It is better to let KUBSB handle the Bumiputera traders and all matters regarding the trading lots and rental,” he suggested.
source:borneo post

SIBU: Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Tan Sri William Mawan Ikom bersedia mengadakan mesyuarat untuk ahli majlis tertinggi parti mengikut kesesuaian ahli SPDP 5.
Ahli SPDP 5 terbabit ialah Naib Presiden Kanan Datuk Peter Nansian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Sylvester Entri Muran (Marudi), Rosey Yunus (Bekenu), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan Datuk Dr Tiki Lafe (Ahli Parlimen Mas Gading).
Mereka berlima tidak hadir semasa mesyuarat yang diadakan semalam.

“Mereka telah memberi sebab kenapa mereka tidak dapat hadir hari ini. Bagaimanapun, saya bersedia mengadakan mesyuarat yang sama mengikut kesesuaian mereka,” jelasnya.
Katanya, ahli majlis tertinggi parti yang hadir pada mesyuarat semalam menyokong beliau.
“Mereka berlima boleh memberitahu saya bila mereka dapat hadir jika mesyuarat sama diadakan semula,” ujar beliau.

Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat semalam ialah keputusan  ‘post mortem’ pilihan raya negeri yang lepas serta persediaan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
Mengulas mengenai Pilihan Raya Umum, Mawan berkata, SPDP berharap empat Ahli Parlimen dari parti itu diberi peluang untuk mempertahankan kerusi yang sama.

Mereka ialah Ahli Parlimen Baram, Datuk Jacob Dungau Sangan, Ahli Parlimen Saratok, Jelaing Mersat, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dan Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe.
“Mereka telah melakukan yang terbaik. Tetapi seperti yang kami katakan kami tidak menolak atau memberi arahan,” jelasnya yang juga ADUN Pakan.
sumber:borneopost
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY