'/>

Andai benar seperti yang diperkatakan, mohon penjelasan (saya bukan menuduh, cuma mohon pencerahan) bagaimana 3 orang kakitangan anda iaitu seorang OIM, seorang Production Supervisor dan seorang Side Planner boleh ke platform Baram Bravo dari jeti Pulau Melayu pada pagi khamis semalam, sedangkan mereka adalah di dalam senarai antara kakitangan yang tidak mempunyai atau telah tamat tempoh permit kerja nya, sepertimana yang dikeluarkan oleh HR Petronas SKO pada hari Isnin yang lepas. Saya tak yakin yang permit kerja boleh dikeluarkan secepat itu.

P/s mohon pihak immigresen melakukan serbuan dan siasatan dengan kadar segera. Permit kerja melibatkan soal keselamatan negeri Sarawak.

KERAJAAN diminta memantau pengeluaran lesen perniagaan di negeri ini agar memastikan ia tidak disalah guna dengan menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) negeri, Abdullah Saidol berkata, pemantauan tersebut perlu dijalankan dengan serius kerana banyak dibangkitkan yang mana berlaku penyalahgunaan lesen dengan menjalankan aktiviti judi haram.

“Pengeluaran lesen perniagaan ini yang dilakukan pada peringkat daerah oleh Majlis Daerah dikatakan ada disalahguna untuk tujuan yang lain.

“Lesen perniagaan itu yang sepatutnya digunakan bagi aktiviti mengikut undang-undang sebaliknya menjalankan kegiatan haram seperti perjudian,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini hari ini.

Tambah Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri itu, seperti mana yang diminta Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan agar pemantauan serius dan penguatkuasaan serius dalam pengeluaran lesen perniagaan agar mengelakkan lesen itu disalahguna.

“Maka saya harap kerajaan memandang serius perkara ini yang juga dibangkitkan pihak pembangkang.

“Bukan soal ini saja, kita juga mahu mempastikan pemantauan serta penguatkuasaan yg lebih serius bukan hanya melibatkan aktiviti pembalakan haram tapi juga dalam isu penyeludupan dan judi haram, dan lain-lain dipantau dan diambil tindakan,” tegasnya.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY