'/>


Kuala Kubu Baru: Seorang lelaki Orang Asli yang sedang memungut sampah di Kawasan Perindustrian Meil, Batang Kali di sini, tersentak apabila menemui mayat seorang bayi perempuan di dalam satu bungkusan plastik sampah dipercayai dibuang di kawasan itu, kelmarin.

Difahamkan, lelaki berusia 26 tahun itu dan beberapa rakannya melakukan kerja memotong rumput dan memungut sampah di kawasan Jalan Batang Kali-Rasa dan kawasan perindustrian terbabit, kira-kira jam 9.30 pagi.

Apabila tiba di lokasi kejadian kira-kira dua jam selepas itu, dia menemui bungkusan plastik berwarna hitam lalu membukanya dan segera menghubungi talian kecemasan selepas melihat bayi terbabit.

Sumber berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kurang 800 meter dari Jalan Batang Kali-Rasa.

“Pemeriksaan menemui mayat seorang bayi perempuan mengiring dibalut dengan sehelai baju dan keadaannya masih bertali pusat bersama uri. Bayi itu dipercayai dibuang pada awal pagi iaitu kira-kira enam atau tujuh jam sebelum penemuan terbabit.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, hasil laporan bedah siasat mendapati bayi itu berusia kira-kira 28 minggu dalam kandungan dan kematiannya akibat lemas.

“Sehelai baju berwarna hitam dan plastik yang dijumpai diserahkan kepada Jabatan Kimia. Mayat bayi itu dihantar ke hospital,” katanya.

Kata sumber itu, polis turut menjalankan pemeriksaan di klinik di sekitar Hulu Selangor untuk mengesan wanita yang baru bersalin atau hadir untuk diperiksa dalam tempoh terdekat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Shukri Yaakob mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih sedang dijalankan pihaknya.

-Metro


Kuala Lumpur: Seorang penyelia asrama warga Pakistan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dalam bilik sebuah hotel, tiga bulan lalu.

Awais Ul Haq, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Bache.

Mengikut kertas tuduhan, lelaki yang mengalami masalah pendengaran itu didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun yang juga teman wanitanya dalam bilik sebuah hotel di sini, antara jam 2 dan 3.30 petang, 17 Januari lalu.

Bagi tuduhan itu, tertuduh yang menyelia asrama tempat mangsa belajar didakwa mengikut Seksyen 376(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

-metro

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY