'/>

Bintangor;
seorang janda yang bernama siti aminah abdullah@nity kulok yang dulu berkahwin dengan zafir bin Mohamad kainan iaitu warga malaysia berketurunan pakistan pada 9 julai 1993 di Sri aman.Suami beliau seorang peniaga.Namun demikian suami beliau meninggal dunia pada 30 januari 2010 pada usia 48 tahun beliau tinggal bersama isteri tua dan anak terdahulu suaminya yang merupakan warga pakistan.


Namun demikian beliau penindasan dari emosi dan fizikal semasa tinggal dengan keluarga /isteri tua suaminya terdahulu.Akibat daripada  tidak tahan dengan penindasan ini beliau melarikan diri ke rumah Tuan hj Roslan bin kelupu di jalan bidadari.Ditanya dengan Tuan Haji Roslan bagaimana beliau mengenali siti beliau berkata dulu rumah beliau pernah di sewa oleh suami mangsa selama 14 tahun dan beliau menjelaskan lagi tiada mempunyai hubungan darah dengan siti.


Atas dasar kemanusian dan persaudaraan sesama islam beliau membantu siti dengan membenarkan tinggal di rumahnya sambil membantu beliau di kedai.
Menurutnya lagi siti ini adalah golongan OKU iaitu bisu ...
Beliau berharap agar piahk berkuasa dapat membantu siti ini...

Teguran BIGBOSS....jangan publish hal debat dalam blog?Takut sidak tok sik berani bersuara lagi....
EHMMM....kalau macam tu mereka ini hanya sanggup bersuara dalam kelompok mereka sahaja....??
Apa yang perlu dirisaukan bro-bro sekalian?
Mengikut perlembagaan Malaysia...

 Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.Klik disini


So apa yang perlu kita TAKUT kan?Lain lah kalau melanggar apa yang telah ditetapkan dalam perlembagaan tersebut....Perlu diingatkan perjuangan memang memerlukan pengorbanan...tak kira apa sekali pun?
Contohnya pejuang Sarawak dahulu sampai ada yang terkorban seperti Rosli Dhobi...Baca warkah terakhir beliau ini.....
Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta’ lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta’genter saya ta’takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.
Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan
Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.
Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.
Ditulis pada 1‑3‑1950
Saya yang akan meninggalkan endah ini,
R.D.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY