'/>


Tahun ini, Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 3 Oktober iaitu pada hari Jumaat dan Aidiladha disambut hari berikutnya, demikian menurut pengumuman Mahkamah Agung Arab Saudi, di sini.

Mahkamah Agung juga mengumumkan Khamis adalah hari pertama Zulhijjah.


Keistimewaan Haji Akbar 

Ulama mempunyai pendapat berbeza mengenai Haji Akbar. Ada yang mengatakan ia adalah hari wukuf kerana ia rukun terpenting dalam ibadat haji. Ada yang mengatakan hari ke-10 Zulhijjah kerana semua asas penting dalam haji sudah diselesaikan.

Imam Hasan Al-Basri ketika ditanya mengenai Haji Akbar menjawab: “Apa yang perlu ditanyakan lagi kerana hal ini berlaku pada tahun Abu Bakar dilantik Rasul SAW mengetuai rombongan menunaikan haji pada tahun ke-9 hijrah. Jawapan ini juga sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 3 bermaksud: “Dan inilah satu makluman dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah SWT melepaskan diri dari perjanjian dengan orang Musyrikin”.

Menurut sejarah, ketika Haji Wada’ 10 Hijrah, Nabi SAW berwukuf pada hari Jumaat dan esoknya hari ke-10 di Mina masih dalam rangka Haji Akbar. Jika Nabi SAW berwukuf pada hari Jumaat nescaya wukuf Abu Bakar pada tahun sebelumnya bukan hari Jumaat sedangkan pada musim haji berkenaan disebut dalam surah Taubah berkenaan.

Ibnu Kathir pula lebih cenderung kepada hari yang ke-10 berdasarkan sebuah hadis Abdullah Ibnu Umar bahawa Rasul SAW berdiri berhampiran Jamrah ketika Haji Wada’ pada hari ke-10 lalu berkata, “Inilah dia Haji Akbar.’

Alasan kedua ialah hadis Abdul Rahman Bakrah yang menceritakan, “Pada hari duduknya Rasul SAW di atas belakang unta dan bertanya: “Hari apakah ini? Kami semua diam kerana mungkin Baginda akan mengumumkan sesuatu nama yang baru buat hari itu”. Lalu sabda Rasul SAW: “Bukankah hari ini yang bernama Haji Akbar? – (Hadis Bukhari).

Saidina Ali Abi talib pernah ditanya mengenai Haji Akbar, beliau menjawab: “Hari Nahar (hari ke-10)”.

Jadi tidaklah dapat dipastikan mengenai Haji Akbar ini. Namun demikian ada ulama yang mengambil jalan tengah dengan memberi maksud Haji Akbar – iaitu ‘Haji Besar’, ibadat haji itu sendiri dengan wukuf di Arafah dan umrah ‘haji kecil’. Ulama Tabi’in berpendapat ‘Haji Akbar’ ialah Haji Qiran (mengerjakan haji dan umrah serentak). Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Haji Akbar ialah hari ke-10 di Mina kerana melontar Jamrah dan menyembelih binatang.

Sufya As-Tsaury berkata, “Keseluruhan ibadat haji itu adalah Haji Akbar kerana ia juga disebut Yaumul Fath (hari kemenangan). Setengah ulama berpendapat bahawa haji pertama dilakukan dalam hidup seseorang adalah ‘Haji Akbar’ kerana ia adalah ibadat yang amat bermakna dalam hidupnya kerana mendapat keistimewaannya yang besar

sumber epondok
Kajian oleh seorang pakar hadis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati 34.42% daripada hadis yang sering di petik dan digunakan di kalangan masyarakat Melayu adalah palsu atau mawdu.
Professor Datin Paduka Dr Jawiah Akhir dari Fakulti Pengajian Islam mendedahkan hasil kajiannya itu dalam Syarahan Perdananya bertajuk, “Keberadaan Al-Mawdu dalam Masyarakat Melayu” di sini hari ini.
Beliau telah mengupas isu hadis palsu yang wujud dalam Islam hingga membawa kepada perpecahan umat pelbagai puak serta percanggahan dalam aqidah hingga merangkumi soal ibadat dan kehidupan.
Hadis Rasulullah ﷺ adalah sumber utama agama Islam selepas Al Quran tetapi dicemari dengan adanya hadis palsu yang memberi impak negatif kepada orang Islam dan pemahaman mereka terhadap Islam.
Hasil kajian Prof Jawiah mendapati daripada 825 hadis yang popular dalam masyarakat Melayu hanya 285 adalah mawdu.
Kajiannya juga mendapati hadis palsu itu bukan saja diperkatakan oleh orang yang tidak mempunyai kelayakan agama seperti perbincangan di kedai kopi atau jalanan tetapi oleh orang yang bertauliah dalam bidang agama seperti imam dan ustaz.
Hadis palsu demikian turut diungkapkan dalam kutbah Jumaat di seluruh negara, dalam kitab agama bahasa Arab, buku motivasi dan buku mengenai hari-hari penting dalam Islam seperti Israk-Mi’raj, kata Prof Jawiah.
Selain itu hadis palsu juga kedengaran di kaca TV dalam rancangan seperti Forum Perdana yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) sendiri.
Beliau berkata apa yang berlaku adalah tokoh-tokoh agama termasuk imam dan ustaz mengambil jalan mudah dengan mengulangi hadis yang disampaikan oleh ‘ulama’ terdahulu,  yang secara tidak sengaja telah menggunakan hadis-hadis demikian dalam kitab-kitab mereka.
Beliau menyebut kitab seperti Durrah al Nasihin oleh Al-Hindi, Irshah ‘Ibad’ Ila Sabil Al Rashad oleh Sheikh Zayn Al-Din Al Malabari, Matla Al Badrayn dan Al Jawhar Al Mawhub wa Munabbihat Al Qulubby oleh Sheikh Ali Abd Al-Rahman Al Kelantani dan buku terkenal Ihya’ Ulum Al Din oleh Sheikh Al Ghazali.
Semua buku-buku itu mengandungi hadis sahih yang dicampur aduk dengan hadis mawdu dan hadis lemah.
Beliau menyebut kitab Ihya’Ulum Al Din oleh Sheikh Al Ghazali mengandungi sehingga 265 hadis yang dikenal pasti sebagai mawdu dalam pelbagai bab termasuk mengenai akidah. Sheikh Al Ghazali di penghujung hidupnya telah mempelajari ilmu hadis dengan mendalam.
Prof Jawiah hairan bagaimana hadis dipalsukan hingga telah menyelinap masuk ke kitab yang ditulis oleh ulama’ yang disegani dan telah menghuraikan sebab-sebabnya.
Pertama adalah untuk kepentingan politik di mana konflik yang tercetus di antara Sunni dan Syiah telah menyebabkan wujudnya hadis palsu. Masing-masing ingin menguatkan tuntutan mereka dan telah memalsukan hadis untuk mencapai maksud mereka.
Kedua adalah untuk kepentingan peribadi di mana hadis direka oleh penglipur lara untuk mengambil hati pendengar agar mereka diberi imbuhan wang.
Ketiga hadis boleh juga bertukar menjadi palsu apabila diterjemahkan dari bahasa Arab kepada Bahasa Melayu. Untuk memudahkan pemahaman banyak hadis dipendekkan dan tumpuan beralih daripada ketepatan kepada pemahaman, kata Prof Jawiah.
Turut hadir mendengar syarahannya ialah Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, dekan-dekan, pegawai-pegawai kanan UKM serta para pelajar.
Dinhuluselangor.net

Militan ISIS mendakwa mereka telah memenggal kepala seorang warga Perancis setelah kerajaan negara itu enggan menghentikan serangan di Iraq.


ALGIERS: Militan yang dikaitkan dengan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) mendakwa mereka telah memenggal kepala seorang warga Perancis setelah kerajaan negara itu menolak permintaan untuk menghentikan serangan di Iraq.

Tindakan mereka telah dimuat naik dalam bentuk video pada Rabu.

Herve Gourdel, 55, diculik pada Ahad oleh Jund al-Khilifa, atau "Tentera Khalifah," ketika mendaki di sebuah taman tarikan pelancong yang kini menjadi tempat perlindungan golongan militan.

Tindakan ini dipercayai sebagai menyahut seruan “ISIS untuk Orang Islam” dengan membunuh warga Barat yang negaranya menyertai kempen perang menentang kumpulan militan di Iraq dan Syria.

Video bertajuk "Mesej Berdarah kepada kerajaan Perancis" itu telah dimuat naik ke laman web kumpulan militan tersebut.

Klip video itu menunjukkan Gourdel dalam keadaan berlutut dengan tangannya diikat belakang dan dikelilingi empat militan bersenjata dan bertopeng.

Salah seorang militan membaca ucapan mengutuk campur tangan "Jenayah Tentera Salib Perancis" menentang umat Islam di Algeria, Mali dan Iraq.

Kenyataan itu disiarkan sehari selepas Hollande bertegas untuk tidak tunduk kepada ugutan kumpulan militan itu untuk menamatkan serangan udara di Iraq dalam masa 24 jam.

"Berdasarkan keadaan ini, kami tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan dan sebarang tekanan yang diberikan daripada mereka," kata beliau dalam satu urusan rasmi di New York.

Perancis, yang menyertai satu gabungan operasi ketenteraan di Syria yang diketuai Amerika Syarikat, mula melancarkan serangan terhadap ISIS sejak Selasa. - AFP

Ibarat kata pepatah "Melayu dah gaharu cendana pula"...semua sidak control....Dari sekecik "telor ayam "sehingga sebesar2.. "kayu balak"...

MIRI: Seorang pemilik kedai runcit disyaki terlibat dalam kegiatan menjual nombor ramalan empat digit (4D) haram diberkas polis dalam serbuan di sebuah premis di Taman Ceria, Permyjaya di sini lewat petang kelmarin.

Tangkapan ke atas suspek dibuat hasil maklumat diberikan orang awam.
Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 6 petang, 21 September lalu, sepasukan polis menyerbu sebuah kedai di Taman Ceria, Permyjaya di sini.

Dalam serbuan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 48 tahun yang merupakan pemilik premis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menjual nombor 4D secara haram.
Semasa serbuan, polis turut merampas dua unit telefon bimbit jenama Nokia, dua mesin pencetak, wang tunai RM100 dan sebuah buku mengandungi pelbagai nombor dipercayai nombor yang dibeli oleh pelanggannya.

Berikutan itu, suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut berhubung kes tersebut.
Menurut sumber, suspek aktif menjalankan kegiatan menjual nombor 4D haram itu sejak beberapa tahun lalu dengan menggunakan modus operandi iaitu menerima pesanan daripada pelanggan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Sementara itu, suspek yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pagi semalam, diperintahkan supaya direman dua hari mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Suspek akan dihadapkan semula ke mahkamah sama pada 24 September ini untuk sebutan kes.
sekadar hiasan

sumber

Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman...

Jam lebihkurang 1030hrs, seorang bayi perempuan seberat 9kg, yang diletakkan di atas lantai dapur. Sewaktu kejadian, mak bayi tersebut meninggalkannya untuk mengambil sesuatu. Tiba-tiba terdengar bunyi bising di dapur diikuti suara bayi menangis dengan kuat dan tidak seperti biasa.

Terasa tidak sedap hati, maknya terus berlari ke dapur dan mendapati seekor biawak besar sedang mengigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kukunya dan cuba tarik bayi itu keluar dari kawasan dapur untuk dibawa lari ke dalam semak.

Bayi dirujuk ke Hospital Mersing, Johor.

Terima Kasih kerana ada pihak yang perihatin terhadap isu yang dibawa oleh blog meradongtoday..

Segala teka-teki siapa yang bakal menerajui Kerajaan Negeri Selangor akan terjawab hari ini.

Ini kerana Menteri Besar Selangor yang baharu akan menerima surat watikah atau surat perlantikan jawatan itu.

Namun siapa yang bakal menerima surat itu masih misteri.

Sudah pasti semua tidak sabar untuk mengetahui siapa pilihan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terutamaya Pakatan Rakyat (PR) yang terus-terusan mahukan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah sebagai calon MB.

Walau bagaimanapun apa yang pasti Wan Azizah bukan pilihan istana kerana langsung tidak dipanggil menghadap.

Istana juga berahsia mengenai identiti yang menjadi pilihan antara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menghadap Sultan Sharafuddin pada minggu lalu.

Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR dan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dianggap sebagai calon yang diberikan keutamaan berikutan kepimpinan PAS mengakui bahawa jawatan menteri besar adalah milik PKR.

Difahamkan Sultan telah membuat keputusan selepas “menemuduga” Azmin, Adun Chempaka, Iskandar Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi secara berasingan.

Iskandar dan Dr Ahmad Yunus dari PAS, dan kedua-duanya juga merupakan exco kerajaan negeri.

Berbeza dengan beberapa laporan, Sultan tidak perlu mengadakan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor untuk membuat keputusan dan semuanya dikatakan telah dilaksanakan.

Tiada pengumuman rasmi mengenai siapa yang telah dipilih di kalangan tiga calon berkenaan meskipun terdapat laporan yang menyatakan istana akan membuat pengumumannya pada Isnin.

Majlis angkat sumpah bagi menteri besar baharu bakal berlangsung pada esok pagi (Selasa), yang diharapkan dapat mengakhiri kemelut perebutan kuasa dalam Pakatan Rakyat bagi mengisi kerusi tersebut.

Perkembangan pada minggu lalu jelas menunjukkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak dipertimbangkan oleh istana sebagai calon menteri besar baharu.

Difahamkan Azmin telah memberi penjelasan pada mesyuarat biro politik PKR pada malam Jumaat mengenai beliau menghadap Sultan selepas bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelumnya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bagaimanapun mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa sebaliknya Iskandar yang akan mendapat jawatan itu.

Mesyuarat itu akhirnya memutuskan untuk mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan secara lanjut sekiranya Azmin dinamakan sebagai menteri besar kerana beliau perlu mendapat sokongan parti.

Pada Ahad, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim muncul bersama Sultan bagi acara akhir Kejohanan Golf Selangor Masters yang dilihat menjadi tugas dan kemunculan rasminya sebagai menteri besar bersama baginda sebelum beliau mengundurkan diri daripada memegang jawatan itu.

Sultan Selangor mencemar duli pada majlis itu bagi menyampaikan trofi pada kejohanan itu di Kelab Golf Seri Selangor.

Bnbcc

Foto:Qalam Iko

Polis kini sedang memburu seorang lelaki di percayai warganegara Pakistan yang memukau wanita untuk menyerah barang kemasnya di Seksyen 20, Shah Alam.
“Siasatan mendapati lelaki tersebut, menaiki motosikal berpura-pura menjual kain kepada seorang wanita 60-an, yang tinggal berseorangan di rumah pada masa itu.

“Lelaki tersebut memukau wanita itu dengan mengibarkan sehelai kain dimukanya,” jelas satu kenyataan polis Shah Alam pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu, apabila suami mangsa balik ke rumah pada pukul 6 petang, dia mendapati isterinya berada dalam kebingungan.

“Suami mangsa juga mendapati barang kemas yang dipakai isterinya serta yang disimpan di dalam almari turut hilang,” jelas kenyataan itu sambil menambah pihak polis sukar mengesan nombor pendaftran motosikal itu berdasarkan maklumat yang diberi oleh jiran mangsa.
Polis Shah Alam juga turut menasihatkan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati apabila didekati lelaki ini dan terus menghubungi ibu pejabat polis daerah di talian 03-55202022.
Sumber

PENULIS tak tahu apa yang terjadi kepada blog OutSyedTheBox. Sejak menyebarkan berita palsu kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipulaukan Ketua-Ketua Bahagian UMNO apabila hanya 90 dari 191 Ketua Bahagian yang hadir perjumpaan 28 Ogos lepas, entry itu dan entry-entry yang lain sudah hilang dari blog berkenaan.
Kenyataan sebenarnya mungkin semua orang dah tahu, hanya 10 orang Ketua Bahagian sahaja yang tidak hadir kerana berada di luar negara serta masalah-masalah peribadi dan sebagainya, selain perjumpaan itu sendiri pun diadakan bukan atas permintaan Perdana Menteri, tapi semua ketua bahagian berkenaan.

Banyak beza tu, antara semua ketua bahagian berkenaan minta perjumpaan dengan Perdana Menteri dengan Perdana Menteri minta diadakan perjumpaan tersebut.

Isu itu bagaimanapun dah dijelaskan disini, penulis rasanya tak perlu nak panjang-panjangkan lagi soal tersebut.

Cuma nak dijelaskan sekarang ialah, tindakan pengendali blog berkenaan, Syed Akhbar Ali mengeluarkan berita palsu berkenaan bukan sahaja menjejaskan blogger pro kerajaan yang lain tapi turut mencemarkan imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dimana dia dilantik sebagai salah seorang panel penasihatnya.

Penulis katakan begitu sebab, bila sebut pasal SPRM, sudah tentulah ayat pertama yang terpacul di mulut dan kepala (selain rasuah) ialah intergriti dan tercalarlah intergriti SPRM bila salah seorang panel penasihat Suruhanjaya tersebut suka sebar maklumat palsu, walaupun ia tak berkaitan langsung dengan Suruhanjaya berkenaan.

Kenyataan Datuk Bung Mukhtar tentang kaitan prestasi Jerman dalam Piala Dunia dengan Nazi pun kalau ikutkan tak kena mengena dengan kerajaan sebab keluar dalam akaun Twitter peribadinya. Tapi Perdana Menteri tetap kena jelaskan pendirian kerajaan Malaysia kepada kerajaan Jerman dan arahkan Bung Mukhtar minta maaf.

Sebab, suka tak suka ia ada kaitan dengan intergriti kerajaan memandangkan Bung Mokhtar adalah seorang ahli Parlimen kerajaan.

Patutnya orang macam Syed Akhbar Ali yang suka kondem Perdana Menteri dan orang lain macam dia saja hebat ni, fahamlah tentang perkara itu. Ini bukan pertama kali tau, seingat penulis sudah beberapa kali sehingga ada satu kes dimana Syed Akhbar terpaksa memadankam satu artikel palsu (bukan artikel yang ini) bila ditegur di ruangan komen!!

Ingat dah taubat dah, rupanya dibuat jugak lagi.

Sumber


tun mahathir telah menegur pelaboran tabong haji di detroit yang mencecah pelaboran RM640 juta .

kecepatan dan eksekutif decision yang cepat memperbetulkan cerita atau salah faham perlu dilakukan segera.

aku respek bilamana kes soalan UPSR bocor, ts muhyidin segera mohon maaf dan PANTAS BERTINDAK dan memperbetulkan keadaan.

ini hebat ts muhyidin yang ada faham perlunya isu dijawap segera.. good job ts !

kecepatan gaya ts muhyidin ini wajar dicontohi pengurusan TH.

insyaallah blogers sedia membantu mem viral kan jawapan TH.
P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.


P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik.

Di Penang Free, P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).

Insiatif Baru NCR merupakan salah satu lagi bukti kesungguhan kerajaan melalui Jabatan Tanah dan Survei membela nasib pemilik tanah di negeri ini.

Menteri Muda Alam Sekitar, Datu Haji Len Talif Salleh berkata, ia merupakan langkah berterusan kerajaan bagi mempertahankan hak rakyat ke atas pemilikan tanah masing-masing.

"Melalui usaha ini juga isu pencerobohan tanah dapat diatasi.

"Usaha baik perlu mendapat sokongan padu rakyat. Kita tidak patut membuang masa pasukan survei yang bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab mereka.

Apa yang penting sekarang, selesaikan dulu pertikaian terutama yang melibatkan masalah persepadanan," katanya pada majlis penyerahan warta kerajaan Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri Insiatif Baru NCR, Kawasan Loba Bunut Laut, Meradong dan Penempatan Tol Bagi Skim Penempatan Semula, Meradong, semalam.

Majlis penyerahan itu melibatkan kawasan di Loba Bunut Laut yang terdiri daripada komuniti Melayu dan Iban.

Untuk komuniti Melayu sebanyak tiga lot mengandungi keluasan 194.7 hektar untuk kegunaan pertanian khasnya bagi Kampung Bidadari, Kampung Abang Ali dan Abang Amin, Bintangor.

Bagi komuniti Iban, sebanyak lima lot mengandungi keluasan 517.6 hektar bagi penduduk Rumah Regina, Micheal Rima, Michel Tandang, Langga Kaming, Peter Kilas, Nanga Bangkit, Nangan Selidap dan Sungai Selidap.

22 kawasan yang telah siap disukat dan diluluskan di bawah Insiatif Baru NCR pada 2010 dan 2011 di bahagian Sarikei dengan kawasan seluas kira kira 119,622 hektar merangkumi daerah Sarikei, Maradong, Julau dan Pakan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)akan menyiasat penyebaran gambar seorang individu yang mencacah kalimah suci Islam di badannya seperti yang tersebar luas di Facebook.
   
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, Jakim akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan individu tersebut.
   
"Kita telah menerima laporan dan telah meminta pegawai pejabat agama untuk memeriksa perkara tersebut. Buat masa ini kita belum tahu siapa individu tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis 'Salam Mesra Salam FM' di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.
   
Beliau diminta mengulas mengenai gambar seorang lelaki berumur lingkungan 30-an dengan tatu pada badannya seperti di dahi, leher dan tangan yang tertera  kalimah 'Bismillah', 'ALLAH' dan lain-lain lagi.
   
"Perbuatan lelaki itu adalah haram dan mencemarkan kesucian kalimah tersebut, walaupun kalimah itu merupakan sesuatu yang mulia.

"Perbuatan itu tidak kena tempat. Jika mahu menyanjung al-Quran,  boleh dibuat dengan cara lain seperti menghafaz 30 juzuk al-Quran," kata Othman sambil meminta individu terbabit agar bertaubat.
   
Mengenai Salam FM, beliau berkata Jakim bersedia melanjutkan tempoh siarannya dari tengah malam hingga 8 pagi jika dibenarkan.
   
"Jakim bersedia, memandangkan Kompleks Islam di Presint 3 (Putrajaya) hampir siap tahun depan dengan kemudahan antaranya studio baharu," katanya.
   
Salam FM kini menumpang slot saluran Asyik FM yang berfrekuensi 91.1 fm sejak lima tahun lepas. - Bernama

HARI ini, bekas Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah bergelar blogger. Tahniah kepada Pak Lah.

Kita berharap Pak Lah memberi pandangan kritis demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Kita juga berharap Pak Lah menulis apa yang tersemat di hati beliau - tanpa segan silu.

Hari ini, Pak Lah menulis buat pertama kalinya.

Berikut ialah antara ungkapan bernas Pak Lah di dalam artikel pertama beliau:


* Tetapi kebelakangan ini, ramai diantara kita menumpukan perhatian bukan kepada kepelbagaian masyarakat, tetapi kepada perbezaan di dalam masyarakat. Baik dari segi fahaman politik, bangsa, agama, mahupun taraf hidup, perbezaan ini dibiarkan melarat ke perbalahan yang tidak terbatas.

** Sikap toleransi dan saling menghormati diantara satu sama lain sudah berkurangan. Kebebasan bersuara yang kita nikmati melalui laman sosial media dan portal Internet yang lain, diguna untuk meluahkan perasaan marah perkauman yang tak terbatas. Saya sedih melihat apa yang terjadi di dalam negara kita yang tercinta ini walaupun banyak usaha telah diadakan untuk memupuk perpaduan di antara kaum.

*** Janganlah kita cuma bersatu padu bila ada keraian atau bila menyambut kemenangan. Janganlah kita hanya bersatu padu apabila berlakunya tragedi atau bencana. Semangat perpaduan  mesti sentiasa kekal tersemat dihati dan bukan bermusim sahaja.

**** Kerajaan yang dipilih secara demokrasi patut diberi peluang untuk mentadbir. Baik kerajaan BN ataupun kerajaan Pakatan. Begitulah juga dengan pemimpin, kalau dia telah dipilih mengikut amalan demokrasi, berilah dia peluang untuk mentadbir kerajaan secara adil dan saksama.

***** Manusia tidak terlepas dari kesilapan, apatah lagi  pemimpin yang juga seorang manusia. Kalau ada kesilapan, berilah teguran dan nasihat jika perlu, tetapi amalan membakar kampung kerana marah kepada penghulu bukanlah satu perbuatan yang membawa manfaat.

****** Kebelakangan ini, ramai perbalahan berlaku di antara kaum mengenai isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu, hak asasi kaum-kaum bukan Melayu, taraf rasmi Islam dan hak kebebasan beragama. Bukanlah niat saya untuk menghuraikan isu-isu ini secara terperinci di sini. Saya pun sedar yang saya mungkin tidak mempunyai jawapan menyeluruh pada masa ini untuk menyelesaikan isu-isu tersebut. Tetapi Pak Lah cuma ingin mengingatkan saudara-saudari semua yang ini adalah negara kita bersama, tanah tumpahnya darah kita semua. Peliharalah kerahmatan dan kebahgiaan yang dikurniakan Tuhan kepada kita semua.


Kejadian berlaku di 7 E Bachang,Melaka..katanya..insyaAllah Aakj akan update bila dah dapat berita penuh

WAK


Melaka: Lelaki berusia 53 tahun dipercayai ketua ajaran sesat yang ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Kampung Batu Gajah, Isnin lalu dikatakan mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi dan Sultan Mahmud.

Ketua Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, pendedahan itu dibuat bekas pengikutnya ketika siasatan dilakukan hasil beberapa laporan polis termasuk di Ampang, Selangor Isnin lalu.
Beliau berkata, bekas pengikut ajaran itu turut mengakui mereka perlu melafazkan kalimah syahadah yang membawa makna bercanggah dengan Islam selain berpuasa selama 44 hari bagi menyucikan diri.
“Suspek dikenali sebagai Pak Engku atau Wak dalam kalangan pengikutnya didakwa mengaku sebagai Imam Mahadi dan Sultan Mahmud.
“Dia dipercayai memperkenalkan amalan puasa pemutih kepada pengikut bertujuan menyucikan diri selain dilarang memakan makanan berdarah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JAIM di Bukit Palah, di sini, semalam. – HARIAN METRO

PERTEMBUNGAN antara kereta dan toyota hilux mengakibatkan  kematian Lu Ding Sing, 59, dari Bintangor dan seorang warga Indonesia yang tidak mempunyai kad pengenalan diri. Kemalangan berlaku di Jalan Sibu Tanjung Manis.

Foto:FB(Mohd Hisyam)

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY