Kuching: Usaha mencari dan menyelamat kehilangan seorang Jururawat Nurul Wazieyana,23 tahun berasal dari Tangkak Johor masuk hari ke 4.Kejadian berlaku pada petang hari sabtu lalu di Pasir Pandak.
Setakat petang tadi mangsa belum dijumpai,menurut penyelamat mereka sudah menjumpa baju,tudung dan seluar jauh dari tempat kejadian.Petang tadi Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari,Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak sempat melawat ke tempat kejadian.
Di samping itu,beliau juga sempat berjumpa dengan bapa dan adik mangsa.Beliau berharap agar pihak berkuasa membuat papan tanda untuk pengetahuan pengunjung supaya mereka tahu tempat tersebut adalah bahaya dari segi arus deras dan buaya.
Usaha dan mencari berhenti kerana hujan lebat dan angin kencang dan akan di teruskan mencari sehingga ditemui.Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengarah Penerangan Negeri Sarawak , Abang Sardon bin Abang Haji Hassim.