'/>
Kepada kawan-kawan yang suka main monyet dan kuda,baca artikel dibawah: http://berita-harian-online.com/kaki-judi-siber-tetap-akan-dihukum/


Sebelum ini, mereka terlepas daripada tindakan undang-undang kerana polis hanya meminta menjadi saksi bagi menghadapkan penganjur premis ke muka pengadilan.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata pihaknya akan menggunakan Seksyen 7 (2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 untuk mengheret kaki judi terbabit ke mahkamah sebagai membendung kegiatan judi.Mengikut seksyen itu, pemain judi boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000 jika sabit kesalahan.

Katanya, jika dulu penganjur dan penjaga premis didakwa tetapi pemain judi dibebaskan selepas kenyataan diambil sebelum dipanggil ke mahkamah untuk jadi saksi.

“Kami akan usahakan supaya pemain mesin judi di kafe siber akan turut didakwa. Sebelum ini, mereka dijadikan saksi tetapi selepas ini mereka akan dituduh di mahkamah,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahrudin Abdullah dan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng.
Pada sidang media itu, Ayub turut memaklumkan kejayaan polis menahan 25 orang termasuk empat wanita dalam 25 serbuan yang dilakukan dalam tempoh kurang 12 jam di sekitar negeri ini pada Jumaat lalu.

Antara barangan yang dirampas ialah 302 set komputer yang diubahsuai dan wang tunai berjumlah RM763.

Seramai 15 pegawai dan 44 anggota termasuk dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman melakukan serbuan di Jelutong, Lebuh Chulia, Lebuh Macallum, Bayan Lepas dan Bukit Mertajam.

Suspek berusia antara belasan tahun sehingga 65 tahun itu ditahan dalam premis yang dikenal pasti menjalankan perniagaan mesin judi.

“Sebanyak 30 sasaran dikenal pasti tetapi kami berjaya menyerbu 25 sasaran,” katanya sambil menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(B) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang boleh didenda sehingga RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.



posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY