'/>
Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kalau dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.

Malah, Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.

Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional.

Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda.

Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.

Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.

Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci, memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih maju dan makmur.

Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.

Maka apa saja isu yang boleh memberi ‘political mileage’ atau keuntungan politik akan digunakan walau pun kadangkala jelas remeh temeh.

Oleh itu, untuk mengalih pandangan, beliau membuat kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjaykan agenda politiknya.

Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia, Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini.

Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan, Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya ditolak mentah-mentah.

Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang.

Baca sepenuhnya: http://peraktoday.com/?p=107377&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter


posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY