'/>

SYABAS Warisan Anak Sarawak (WARIS) Miri kerana membuat laporan polis ke atas posting palsu di media sosial yang kononnya Tun Pehin Sri Taib, pada ketika menjadi Ketua Menteri Sarawak telah menulis surat yang berniat jahat. Dipercayai surat tersebut telah disebarkan dengan bertujuan untuk memburukkan imej kepada kerajaan ketika Malaysia akan menghadapi PRU14. Difahamkan, beberapa pihak termasuk parti politik telah merancang untuk membuat laporan polis ke atas perkara yang sama. Semoga penyebar fitnah dapat dibawa ke muka pengadilan.

#TeamAbgJo

DALAM tempoh setahun kepimpinannya Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg telah melakukan banyak perkara demi negeri dan rakyat Sarawak.

Pengerusi Pemuda BN Sarawak Merangkap Ketua Pemuda PBB Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, beliau selaku  ‘Kapten baru Team Tok Nan’ telah meneruskan semua dasar dan janji yang dibuat oleh Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem semasa memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRK-11).

"Ini termasuk rundingan berhubung penurunan kuasa dengan kerajaan Persekutuan demi menuntuk kembali hak Sarawak," kata Fadillah dalam kenyataan medianya pada hari ini sempena setahun Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 13 Januari 2018 (esok).

"Mewakili Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) saya mengucapkan tahniah kepada YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg sempena genap setahun beliau menerajui kepimpinan negeri Sarawak."

Fadillah, yang juga merupakan Menteri Kerja Raya Malaysia berkata, malah kerajaan negeri pimpinan Abang Zohari telah menghantar satu rombongan ke London untuk meneliti fail dan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta hak-hak negeri Sarawak ketika ditadbir oleh kerajaan British.

Ketua Menteri Sarawak keenam itu juga telah memperkenalkan dasar baru demi memacu kemajuan negeri Sarawak dengan memperkenalkan ekonomi digital, yang telah disambut baik khususnya oleh golongan muda.

Pendekatan beliau diyakini mampu membawa Sarawak pergi lebih jauh ke arah menjadi negeri maju dan berjaya di Malaysia

Pemuda dengan ini mengulangi ikrar akan terus memberi sokongan padu dan akan membantu YAB Ketua Menteri untuk menjadikan Sarawak tempat yang lebih baik untuk semua, tambahnya lagi.

#TeamAbgJo

Petang ini Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PBB Sarawak. Dengan kesempatan itu juga meraikan Ulangtahun Pertama YAB Ketua Menteri sebagai Ketua Menteri Sarawak & Presiden Parti PBB Sarawak.

Sarikei:Satu kejadian kemalangan Jalanraya Maut telah berlaku pada 12/01/2018 jam lebih kurang 1030 hrs di KM 421 Jalan Betong /Sarikei/ Meradong melibatkan dua buah kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Motosikal .Kemalangan berlaku apabila Motosikal yang datang dari arah bertentangan telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh bahagian kanan hadapan Hilux.

Akibat kemalangan tersebut penunggang Motosikal meninggal dunia ditempat kejadian. Pemandu serta penumpang hilux tidak mengalami kecederaan.
Hilux dari arah Sarikei menuju ke Mudong manakala Motosikal dari arah Saratok ke Sarikei.Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei Dsp Zamry Ali mengatakan
Kes  ini disiasat dibawah Sek. 41 APJ 1987.

Kuching:Mesyuarat JK BN Sarawak di PBB HQ pagi ini dipengerusikan YAB Ketua Menteri Sarawak selaku Pengerusi BN Negeri.

Majlis Tahlil Arwah  Almarhum Pehin Sri Adenan Satem di Damai Jaya, Santubong. Al-Fatihah

KUCHING: Faktor umur, prestasi dan maklum balas pelbagai agensi adalah antara perkara yang diambil kira sebagai calon Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-14, akui Pengerusinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Dalam pertemuan eksklusif dengan sarawakvoice.com sempena setahun pentadbirannya, Abang Johari mengakui akan ada penyandang kerusi termasuk daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan digugurkan.

“Kita perlu kepada muka baharu kerana kita berada proses transformasi,” katanya.

Bagaimanapun katanya, proses pemilihan calon masih berlangsung dan belum muktamad, kerana proses “imbas dan periksa” latar belakang calon masih berlangsung.

Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebelum ini membayangkan calon-calon yang disenaraikan BN, baik mula lama mahupun baharu, perlu bersih daripada pelbagai isu seperti muflis, rasuah, jenayah, kewarganegaraan dan sebagainya.

“Era atau umur juga perlu diambil kira kerana kita mahu calon tersebut mampu mendokong apa yang kita gagaskan hari ini.

Ditanya bila senarai akan dimuktamadkan, beliau mengakui terpaksa menunggu sehingga tarikh pengumuman calon, kerana berdasarkan pengalamannya, sesuatu boleh berubah pada “saat akhir”.

“Tetapi secara kasarnya, sudah ada,” katanya lagi sambil mengakui belum memaklumkan kepada individu terlibat bahawa mereka akan digugurkan.

Mengenai sasaran kemenangan pada “hari penting” itu kelak, beliau mengakui sekurang-kurangnya adalah status quo atau mengekalkan kerusi yang ada.

“Tetapi berdasarkan maklumat yang kita perolehi, termasuk laporan pelbagai pihak, kita akan dapat merampas sekurang-kurangnya dua ke tiga kerusi,” jelasnya.

Mengenai krisis Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP), beliau mengakui telah “memiliki formula” untuk menanganinya.

“Saya tidak terlalu yakin, tetapi akan cuba. Kita akan lakukan campuran komponen dan sebatian untuk menghasilkan tindak balas kimia yang betul.

“Pada tahun 2018…dari sudut politik, kita mahu kemenangan yang bergaya,” tambahnya lagi.

Ini merupakan kali pertama Abang Johari memimpin pilihan raya besar sebagai Ketua Menteri.

Pada Pilihan Raya Negeri yang lalu, BN Sarawak menang 72 daripada 82 kerusi yang dipertanding.

Sarawak mempunyai 31 kerusi parlimen, dengan 25 daripadanya milik BN.

Portal ini sebelum ini meramalkan sekurang-kurangnya 14 muka baharu akan diturunkan BN Sarawak pada PRU kali ini. — Sarawakvoice

#TeamAbgJo

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY