'/>
Hari ini Meradong Today menerima beberapa panggilan telefon mengatakan ada sebuah bengkel kereta di Jalan Sekolah, Bintangor menghadapi masalah...

Admin MT segera berjumpa dengan pemilik bengkel yang lebih mesra di panggil Salleh..."BRO apa masalah"?MT.."Bengkel aku kenak complain ganggu jalan kampung"-salleh..

Apa yang MT nampak kebanyakkan kenderaan pelanggan beliau diletakkan dikawasan tanah milik beliau sendiri..Tidak pun menganggu lalulintas jalan kampung...Salleh menjelaskan hanya waktu mengambil anak-anak balik sekolah Abang Amin kenderaan ibubapa pelajar yang 'parking' tepi jalan.

Hanya waktu tersebut kenderaan banyak dikawasan berkenaan.Tambah salleh lagi beliau kadang-kadang membenarkan kereta ibubapa pelajar 'parking' dikawasan beliau sementara menunggu masa balik sekolah.
Tidak timbul bengkel kampung ini menganggu lalulintas jalan kampung..

MT kagum dengan kesungguhan anak muda ini..Beliau membuktikan keunggulan belia kampung dalam bidang usahawan.Mengapa perlu cemburu dengan kejayaan yang beliau hadapi sekarang.Sepatutnya kita membantu beliau lagi...

Untuk buktikan bahawa bengkel beliau tidak menggangu jalan beberapa keping gambar MT ambil.Bila belia nak maju mun kenak cantas jak?








posted from Bloggeroid

Rombongan Pemuda PBB N40 Meradong menyerahkan sumbangan daripada YB Tuan Abdullah Hj Saidol Adun N36 Semop merangkap Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak...
Sumbangan disampaikan oleh Bendahari Pemuda Sdr Abang Zakaria bin Abang Wasli dan disaksikan Setiausaha Pemuda Sdr. Jakeri Bin Haji Form..

posted from Bloggeroid

WASHINGTON: Sisa mayat sebahagian mangsa serangan 11 September 2001 (9/11) dibuang dalam sebuah tapak pelupusan sampah sejak bertahun-tahun lalu oleh sebuah rumah mayat tentera Amerika Syarikat, lapor Pentagon, kelmarin.

Sisa mayat yang dibuang di situ adalah mangsa serangan ke atas Pentagon dan korban pesawat yang dirampas dan terhempas di Shansville, Pennsylvania.
Perkara itu didedahkan selepas kajian dilakukan terhadap rumah mayat bermasalah di Pangkalan Tentera Udara Dover, yang dipersalahkan kerana salah urus mayat sesetengah anggota tentera yang maut dalam perang di Iraq dan Afghanistan.
Pembuangan sisa mayat 9/11 itu disebut ringkas dalam laporan yang memberi tumpuan kepada cara membetulkan masalah pengurusan di rumah mayat berkenaan.

Mayat mangsa 9/11 amat bermakna bagi rakyat Amerika hingga Rumah Putih segera mengeluarkan satu kenyataan, mengatakan Pentagon mengambil langkah memastikan kesilapan seperti itu tidak berlaku lagi.

“Kami amat bimbang dengan laporan menyatakan pada 2001 ada sisa mayat yang tidak dikenal pasti daripada serangan 9/11 dibuang dalam tapak pelupusan sampah selain cara pengurusan mayat di Dover yang tidak dapat diterima,” kata Rumah Putih.

Pihak berkuasa mengakui, tidak jelas berapa ramai mangsa mungkin terbabit atau sama ada sesetengah mayat milik perampas al-Qaeda.
Pihak tentera mengakui tahun lalu bahawa sesetengah sisa mayat askar yang diuruskan rumah mayat Dover di Delaware dibakar dan dihantar ke tapak pelupusan sampah di Virginia, satu amalan yang dihentikan pada 2008.

Tentera kini membuang mayat tidak dikenal pasti ke laut selepas dibakar.

Bagaimanapun, kajian yang dikeluarkan kelmarin turut mengatakan ‘ada sisa mayat korban serangan Pentagon dan tapak pesawat terhempas di Shanksville, Pennsylvania’ juga dibawa ke sebuah tapak pelupusan tidak dikenal pasti.

“Sisa mayat yang dibakar ini kemudian diletakkan dalam bekas bertutup yang dihantar kepada kontraktor pelupusan sampah bioperubatan,” katanya.

Laporan itu bertentangan dengan keterangan Tentera Udara Amerika 2011 yang mengatakan tiada rekod menunjukkan bagaimana mayat di Dover diuruskan sebelum 2003.

Setiausaha Tentera Udara Michael Donley memberitahu sidang media kelmarin beliau tidak menyedari sesetengah mayat mangsa 9/11 dihantar ke tapak pelupusan sampah dan mengakui: “Ini adalah maklumat baru buat saya.”

Namun Jeneral (B) Tentera John Abizaid yang mengetuai kajian berkata beliau memberi taklimat kepada semua anggota perkhidmatan tentera berhubung penemuan laporannya. – AFP

- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sisamayatmangsa9_11dibuangditempatsampah/Article

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY