'/>

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengulangi gesaannya agar rakyat di negeri itu tidak membenarkan orang luar memusnahkan perpaduan, keharmonian dan toleransi agama yang dinikmati mereka sejak lebih 100 tahun lalu.

“Kita mempunyai rasa hormat dan toleransi yang kuat terhadap agama dan latar belakang masing-masing. Marilah kita kekalkan keadaan ini.

“Jadikan ini cara kita untuk bergerak ke hadapan,” katanya di hadapan kira-kira 200 penganut Kristian di pusat pertemuan Gereja St Peter dan St Paul di sini.

Beliau memberi contoh di Mukah sendiri ada keluarga yang tinggal di bawah satu bumbung namun anggotanya berlainan agama.

“Ibu bapa adalah Kristian atau mengamalkan ‘Likou’ iaitu ajaran nenek moyang mereka, manakala anak-anak pula beragama Islam menerusi perkahwinan. Akan tetapi mereka dapat hidup bersama secara harmoni.

“Kita tidak harus benarkan mereka yang rasis, fanatik agama dan lain-lain pembuat kacau dari luar merampas semua ini daripada kita. Selagi saya menjadi ketua menteri, saya tidak akan benarkan kumpulan berkenaan datang ke negeri ini,” katanya.

Adenan berkata beliau mengambil langkah itu bagi melindungi perpaduan dan keamanan di Sarawak selain menghormati semua agama.

Katanya beliau juga akan terus berlaku adil dalam agihan dana pembangunan untuk pelbagai kumpulan agama di Sarawak.

"Tuan Yang Dipertua, saya memohon mencadangkan satu usul seperti berikut :
"Bahawa dewan yang mulia ini menzahirkan perasaan yang amat sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa penumpang-penumpang dan anak-anak kapal pesawat ‪#‎MH370‬ Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
"Bahawasanya dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah yang amat sangat kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan, penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370 tersebut.
"Bahawasanya dewan yang mulia ini juga menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberi bantuan dalam operasi tersebut.
"Dan bahawasanya dewan yang mulia ini merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala komitmen dan pengorbanan yang tinggi oleh semua petugas serta anggota yang terbabit dalam operasi SAR ini."
"Tuan Yang Dipertua, saya percaya ahli-ahli Yang Berhormat telahpun mengikuti kenyataan-kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan sejak tragedi MH370 berlaku pada pagi 8 Mac.
"Kenyataan malam tadi (24 Mac) yang saya telah keluarkan dengan jelas menunjukkan bahawa kita telah pun memperoleh tanda-tanda berdasarkan pada analisis satelit yang boleh dikatakan konklusif bahawa pesawat MH370 telah pun berakhir di selatan Lautan Hindi.
"Oleh itu apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan yang akan datang ini ialah untuk mencari segala serpihan rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370 supaya kita boleh mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa kapal terbang tersebut telahpun hilang di selatan Lautan Hindi.
"Kerajaan sejak tragedi ini berlaku telah mengambil langkah-langkah yang terselaras dengan semua agensi-agensi yang terlibat.
"Di samping itu, kita telah berpegang kepada prinsip bahawa apa sahaja kenyatan yang kita buat semestinya disahkan terlebih dahulu sebelum ia dikeluarkan secara rasmi oleh pihak kerajaan."
"Kita tidak ada niat sama sekali untuk menghalang ataupun menutup sebarang maklumat daripada disampaikan kepada keluarga-keluarga mangsa ataupun pengetahuan umum.
"Berkali-kali kita katakan bahawa insiden ataupun kes ini tidak pernah berlaku sebelum ini di dalam sejarah penerbangan.
"Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa langkah-langkah kita amatlah sesuai dan tepat yang telah kita lakukan. Kita telah juga mendapatkan kerjasama yang luar biasa daripada 26 buah negara.
"Saya sendiri telah menelefon ramai pemimpin negara luar dan setiap yang saya hubungi telah menyatakan kesanggupan untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya, dan mereka telahpun mengarahkan agensi-agensi mereka untuk memberi kerjasama dari segi maklumat radar, maklumat satelit dan juga mengarahkan aset-aset mereka digunakan dalam operasi SAR mengikut kemampuan negara tersebut.
"Dengan ini, maka operasi SAR telah dilancarkan dan telahpun diubah kawasan cariannya mengikut maklumat terkini yang kita telah peroleh.
"Saya sedar bahawa bukan mudah bagi keluarga-keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menghadapi insiden ini dan kita sedar bahawa kita perlu memberi kepuasan kepada mereka dengan secepat mungkin.
"Oleh itu priority (keutamaan) kita setelah dapat sahkan bahawa kejadian itu berlaku di kawasan selatan Lautan Hindi bahawa segala tumpuan sekarang ini diberikan pada kawasan tersebut.
"Pagi tadi sekali lagi saya telah menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia Tony Abbot dan beliau menyatakan pada saya bahawa sokongan dan kerjasama bantuan Australia akan diberikan secara berterusan sehingga kita dapat mencari dan mengesan pesawat MH370.
"Tidak dapat dinafikan kawasan tersebut adalah amat sukar dan amat mencabar sekali, ini bererti bahawa kita akan menghadapi dugaan dan cabaran yang luar biasa untuk mencari serpihan rangka serta objek-objek berkaitan dengan pesawat MH370.
"Pada masa ini kita telah menerima pelbagai cadangan antaranya ialah untuk berkabung dengan menurunkan separuh tiang bendera kita dan sebagainya."

Malam ini saya telah diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Kemalangan UK Air Siasatan Cawangan (AAIB). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah melaksanakan pengiraan yang lebih lanjut mengenai data. Menggunakan sejenis analisis tidak pernah sebelum ini digunakan dalam satu penyiasatan seperti ini, mereka telah dapat menumpahkan lebih banyak cahaya pada laluan penerbangan MH370 itu.
 
Berdasarkan analisis baru mereka, Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan, dan bahawa kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
 
Ini adalah lokasi yang jauh, jauh dari mana-mana tapak pendaratan mungkin. Oleh itu, adalah dengan kesedihan yang mendalam dan menyesal bahawa saya mesti memberitahu anda bahawa, menurut ini data baru, penerbangan MH370 berakhir di Lautan selatan India.
 
Kami akan mengadakan satu sidang akhbar esok dengan maklumat lanjut. Dalam pada itu, kita mahukan untuk memberitahu anda mengenai perkembangan baru ini pada peluang terawal. Kami berkongsi maklumat ini daripada komitmen untuk keterbukaan dan menghormati keluarga, dua prinsip yang dipandu penyiasatan ini.
 
Malaysia Airlines sudah bercakap kepada keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka tentang perkembangan ini. Bagi mereka, beberapa minggu lalu telah menyayat hati, saya tahu berita ini mesti lebih sukar masih. Saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, dan untuk membolehkan mereka ruang yang mereka perlukan pada masa yang sukar ini.

TAMAT

Lelaki yang diberkas selepas disyaki membaling al-Quran di dua masjid di daerah ini pada 4 Mac lalu kini ditahan di wad pesakit psikiatri, Hospital Besar Kota Bharu Kelantan.Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek berusia 27 tahun dari Kampung Keluang, di sini itu ditahan di hospital tersebut selama sebulan untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, keputusan untuk mendakwa suspek yang dipercayai membaling  naskhah al-Quran di Masjid Limbongan dan Masjid Nasaruddin Shah, Kampung Raja itu bergantung kepada pemeriksaan pakar perubatan psikiatri nanti.

“Suspek yang sebelum itu ditahan di sini selepas diberkas pada 4 Mac lalu didakwa mengalami masalah mental dan pernah mendapat rawatan sebagai pesakit mental sebelum kejadian itu,” katanya.Dia yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah institusi pendidikan di daerah ini itu dikatakan bertindak sedemikian pada awal pagi tarikh berkenaan.
SH

Kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk menghalang mana-mana ekstremis kaum atau agama daripada masuk ke negeri ini bukanlah atas dasar kepentingan politik, sebaliknya mengutamakan perpaduan dan keselamatan Sarawak.Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau maklum kerajaan negeri mengambil langkah itu bagi memastikan perpaduan dan keselamatan di Sarawak tidak tergugat.

“(Kenyataan) ini bukanlah soal politik tetapi soal perpaduan dan soal keselamatan di negeri ini sentiasa terpelihara,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan rakyat di Kampung Tellian Tengah di sini hari ini.Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan akhbar yang dikeluarkan Adenan di Kuching semalam yang bertegas untuk menghalang kemasukan individu yang mungkin akan mencetuskan ketegangan kaum dan agama di negeri ini.

Menurut kenyataan itu, sebagai kerajaan yang bertanggung jawab, ia akan menggunakan hak imigresen yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia untuk menghalang kemasukan individu terbabit atau menghantar mereka balik menurut undang-undang yang ada.Dr Wan Junaidi berkata kenyataan ini tidak seharusnya dilihat hanya dituju kepada pemimpin dan penyokong parti pembangkang sahaja kerana soal perpaduan dan keselamatan negeri Sarawak merupakan tanggungjawab semua pihak.“Saya berharap semua pihak agar tidak angkuh atau cuba ingkar dengan larangan ini. Janganlah bersikap hipokrit,” katanya.

Salah seorang penyokong tegar menunjukan wang rm5.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Balingian, Yussibnosh Balo gembira melihat perubahan positif dalam kalangan penduduk setempat yang semakin sedar akan kepentingan pendidikan.Katanya isu pendidikan dan sekolah antara yang paling popular dibangkitkan oleh rakyat kepada beliau sepanjang turun berkempen sejak lima hari lepas.“Mereka sudah melihat betapa pentingnya pendidikan. Mereka sudah tahu (dengan) pendidikan (yang lebih baik, mereka) akan dapat keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya semasa ditemui di Kampung Jebungan di sini.Yussibnosh berkata pemerhatiannya juga mendapati semakin ramai rakyat menyedari pemberian subsidi oleh kerajaan sama seperti diberi ikan yang habis apabila dimakan.“Kalau kita beri pendidikan yang bagus kepada mereka samalah seperti memberi pancing kepada mereka (sebagai cara untuk menyara kehidupan lebih baik),” katanya yang gemar memancing pada waktu lapang.Katanya pendidikan yang dimaksudkan tidak bererti tahap universiti semata-mata tetapi juga pengajian teknikal yang pada masa ini menjanjikan pendapatan lumayan.Mengenai kempen beliau, Yussibnosh, 48, berkeyakinan penuh dapat mempertahankan kerusi itu yang sebelum ini disandang oleh bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.Katanya jentera pilihan raya BN juga lancar, jauh berbeza dengan jentera pihak lawan yang banyak bergantung kepada tenaga parti dari luar Sarawak untuk berkempen.Dalam pilihan raya kecil pada 29 Mac ini, Yussibnosh yang juga bekas Pegawai Daerah Dalat berdepan cabaran calon PKR Abdul Jalil Bujang.

Betul atau tidak....sekadar renungan semata-mata

Isteri YB Semop, Puan Norasikin melawat isteri Saudara Japaar Lin yang kini menerima rawatan di Hospital Sibu.

Kuala Lumpur: Sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.

Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara.

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit.

“Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara,” katanya kepada Harian Metro.

Admin mewakili  seluruh AJK Pemuda PBB N40 Meradong supaya KP Pemuda Semop tabah menghadapi dugaan dan berdoa supaya isteri beliau cepat sembuh.Amin...

Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan lehernya hampir putus selepas dipercayai ditetak seorang lelaki memakai topi keledar di hadapan sebuah hotel di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini kelmarin.Kejadian pukul 9.57 malam itu disedari seorang wanita yang bekerja di hotel berkenaan yang menemui mangsa, Mugunthan Maran, 29, terbaring di hadapan hotel itu dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pekerja kontrak di sebuah syarikat swasta di Singapura itu disahkan meninggal dunia selepas pihaknya tiba di tempat kejadian."Maklumat yang diperolehi daripada televisyen litar tertutup (CCTV) di hotel berkenaan menunjukkan seorang suspek yang berjalan kaki sambil memakai topi keledar datang dari arah perhentian bas Klang yang tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum bertindak menyerang mangsa dari arah belakang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini malam kelmarin.

Zainuddin berkata, Mugunthan dipercayai diserang menggunakan parang namun setakat ini, pihak polis masih menyiasat motif pembunuhan memandangkan tiada barang berharga milik mangsa yang hilang.Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang menetap di Negeri Sembilan pernah memaklumkan kepada bapanya bahawa dia akan pergi ke Puchong untuk berjumpa dengan kawanya.artikel penuh

MUKAH - Polis mengeluarkan tujuh permit ceramah untuk dua parti yang bertanding, Barisan Nasional (BN) dan PKR, bagi kempen pilihan raya kecil Balingian setakat ini.

Ketua Polis Mukah, Deputi Superintendan Omar Bakthiar Yaacob berkata, tujuh permit itu melibatkan enam permohonan daripada BN dan satu daripada PKR sejak tempoh kempen bermula semalam.

"Belum ada laporan polis berkaitan dengan kesalahan pilihan raya dibuat setakat ini, kempen terkawal dan dijangka meningkat selepas PRK Kajang," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Omar menasihatkan semua parti politik supaya menyerahkan awal permohonan permit ceramah dan memberi jaminan tempoh kelulusan yang cepat. 

PRK Balingian menyaksikan pertandingan satu lawan satu calon BN Yussibnoh Balo,48, dan calon PKR Abdul Jalil Bujang, 55, pada 29 Mac ini. - Bernama

Jalil Bujang. Umur - 53 thn.
Melanau jati Baie Segan
Pengerusi Hikmah cawangan Btu
Berasal dari Kpg sebiew Btu.
Pendidikan: Kolej Abdillah Kch 1980- upper six
Bekas calon PKR menentang Dtk Talib di Jepak 2010
Bekas pekerja Petronas MLNG.

Nama Balingian berasal daripada sungai Balingian.Menurut Penghulu Shahdan Shahri, Keluasan Balingian 1,170 sq.km.Jumlah
Penduduk mengikut bancian tahun 2000 adalah seramai 6757 orang dan komposisi penduduk mengikut kaum Iban 62.2%(4507),Melanau 31.4%(1,953),cina 4.7%(285) dan lain-lain 1.7% .

Tambah Penghulu lagi majoriti penduduk Balingian masih memerlukan pembangunan yang dibawa oleh BN/PBB.Kita bukan seperti penduduk bandar. ...Banyak  pembanggunan telah dibawa oleh Kerajaan BN seperti Jalan Raya,dewan serbaguna,balairaya,mini stadium,sekolah rendah dan sebagainya.
Kita tahu pembangkang hanya pandai berjanji bulan dan bintang...

Namun tidak mampu menunaikan janji mereka...
Harapan dan keinginan penduduk Balingian untuk memiliki Bangunan Sekolah Menengah di kawasan mereka sendiri serta bantuan rumah miskin kepada penduduk yang tidak berkemampun...Tambah beliau lagi kita akan menyokong sepenuhnya sesiapa pun calon BN ini nanti...

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY