'/>

MAJLIS PERASMIAN SUKAN PARALIMPIAD MALAYSIA KE-18

Lebih dari 5,000 orang telah menghadiri majlis perasmian Sukan Paralimpiad Malaysia ke-18 yang berlangsung di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak, Petra Jaya hari ini. Majlis perasmian telah disempunakan oleh YB Dato' Seri Douglas Uggak Ak Embas iaitu Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang mewakili Ketua Menteri Sarawak. YAB Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Haji Satem.

Turut hadir sama adalah mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Badawi serta isteri, Tun Jeane Abdullah merangkap penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), YB Datuk Fatimah Abdullah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sukan Paralimpiad ke-18, YB Tan Sri Morshidi Abdul Ghani merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola sukan Paralimpiad edisi kali ini. Selain disajikan dengan pertunjukan kebudayaan etnik pelbagai kaum, para hadirin juga menyaksikan upacara lintas hormat oleh kesemua kontinjen yang mengambil bahagian dalam Paralimpiad 2016.
Foto by mohamad faishal mfbujang

Foto by paul king

Binatang 60an dulu-dulu ... sekarang Bintangor you. Banyak cerita kenangan terindah selama 5 tahun mengaji di sini.
Foto by buserra sran

200 kayu balak dirampas di Sarikei oleh PPM Wilayah 5

Sebanyak 200 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 menerusi Op Pensura di kawasan Kem Sungai Pakan, Sarikei berjaya dirampas  pagi semalam.

Bertindak atas maklumat awam, PPM Sarikei telah menjalankan pemerikaaan ke atas kawasan berkenaan.

Komander PPM Wilayah 5, ACP Salehuddin Mat Zaman berkata, hasil pemeriksaan anggotanya mendapati kesemua longgokan kayu balak yang dijumpai tersebut tidak mempunyai cop 'Log Product Index' (LPI) dan tidak dibayar royalti kepada Jabatan Perhutanan Sarawak.

"Semua kayu balak yang dianggarkan bernilai RM25,000 itu telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak untuk tindakan lanjut di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.

"Rampasan ini erupakan yang keempat berjaya dibuat oleh PPM Sarikei dan yang ke 22 oleh PPM Wilayah 5 sepanjang tahun ini," jelasnya.

Beliau memberitahu lagi, pihak polis sentiasa komited dalam membanteras aktiviti pembalakan haram di negeri Sarawak dan operasi yang berterusan dari masa ke masa adalah menjadi fokus utama mereka.
Sumber:sarawakupdate

SIBU: Polis Sibu menahan seorang lelaki berusia 28 tahun petang semalam kerana disyaki terlibat dalam dua kes mencabul kanak-kanak.
foto by sarawakvoice
Lelaki terbabit dicekup oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sibu, selepas gerakan mengesan dan memburunya dilaksanakan Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisoner Saiful Bahri Abdullah memberitahu, dalam kes pertama, pedofil itu telah melakukan pencabulan dengan menyentuh bahagian sulit murid perempuan sebuah sekolah di Jalan Bukit Assek dekat sini.
“Sebelum ini, kita juga menerima laporan bahawa lelaki yang sama telah meramas dada seorang lagi murid perempuan,” katanya.
Saiful berkata, pihaknya memandang serius kes seumpama ini, apatah lagi dengan aksi pedofil ini yang memburu mangsa di sekolah-sekolah rendah.
“Kita berjaya mengenal pasti suspek setelah mangsa melakukan pengecaman melalui sistem kamera litar tertutup (cctv) yang dipasang di sebuah sekolah lain yang terletak berhampiran.
“Suspek kini dikenakan perintah tahanan reman empat hari bagi membolehkan pihak polis mengadakan pemeriksaan lànjut.
“Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, atas kesalahan melakukan cabul,” lanjutnya.
Kata Saiful lagi, pemeriksaan awal mendapati suspek pedofil ini terlalu obses dengan bentuk badan wanita lalu bertindak melakukan perbuatan terkutuk itu, walaupun mangsa adalah kanak-kanak sekolah rendah.
Rakaman imej suspek kini menjadi viral di media sosial di negeri ini.

SEPANG: Pemuda UMNO diingatkan supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata adalah terlalu angkuh untuk menganggap sedemikian kerana parti baharu itu ditunjangi nama-nama besar seperti Tun Mahathir sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Saya tidak mahu dengar ada kalangan Pemuda berkata ia hanyalah parti serpihan atau parti kecil yang tidak akan bertahan lama…itu angkuh namanya dan orang Melayu tidak suka.

“Sepatutnya kita kata tidak apa, penubuhan parti itu kita ambil serius sebab yang tubuhkannya adalah orang-orang besar, namun kita tetap yakin dan percaya parti itu tidak akan mendapat sokongan majoriti orang Melayu berbanding UMNO,” katanya.
FMT

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY