'/>

Beng Kor di tangkap polis di Sibu... :P

Polis Berkas Pengendali Page FB Sarawak Keluar Malaysia 2021

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato' Dev Kumar yang mengesahkan penangkapan tersebut berkata, suspek diberkas di Sibu pada hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata maklumat lanjut mengenai penangkapan pengendali FB itu akan disalurkan kepada media menjelang petang hari ini.

Isnin lepas, Pejabat Ketua Menteri telah mengeluarkan kenyataan media penafian terhadap dakwaan yang dibuat oleh Page FB tersebut.

Page FB berkenaan mendakwa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem kononnya menyalahkan kerajaan persekutuan dan UMNO kerana beberapa dasar yang menjejaskan negara.

Ia turut mendakwa Ketua Menteri mengancam mahu keluar daripada Malaysia.

Siasatan terhadap kes itu dilakukan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Sumber salfian nawawi

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY