'/>
Rapper Korea Cetus Kontroversi Remix Lagu Dengan Azan

Baru-baru ini, seorang rapper dari Korea yang dikenali sebagai Loco telah mencetus kontroversi dengan meremixkan salah satu lagunya dengan laungan azan. Lagu yang berjudul Act Serius itu telah mula dimuat naik di Youtube pada 27 Nov lepas. Laungan azan (Allahuakbar) boleh didengar pada bahagian awal lagu berkenaan.
loco1
Lebih teruk dari itu, laungan azan itu juga digubah mengikut selera rapper berkenaan. Walau bagaimanapun, pemilik channel yang memuatnaik lagu berkenaan telah meminta maaf dan menapis lagu kontroversi itu dengan mengerat bahagian yang mempunyai azan setelah lagu tersebut mendapat kritikan dari orang ramai. Selain itu rapper berkenaan juga telah meminta maaf secara rasmi kepada orang islam yang tersinggung dengan lagunya itu melalui laman twitternya.
Tetapi, ramai yang bertindak memuat naik semula lagu original yang tidak ditapis ke Youtube. Orang ramai diminta untuk melaporkan lagu ini(yang belum ditapis) kepada youtube supaya ia dibuang dari Youtube. Youtube akan membuang satu-satu video sekiranya ia mendapat reaksi negatif dari orang ramai – Siakapkeli.com.my
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY