'/>

Tanjung Manis...

Sarikei:Penaman Calon P208 Sarikei...

Bintangor:Jemizul Johan Pertandingan Karaoke Terbuka  Program Sejiwa Senada Bintangor 2018.Manakala bagi kategori Veteran dimenangi oleh Encik Zainal Igong.

Jom orang Bintangor... !!! kita meriahkan Program Sejiwa Senada, di Stadium Bola Keranjang Bintangor, bermula 28 hingga 29 April tok.

Sebanyak  38 agensi kerajaan ngambik  bahagian dan orang ramei juak berpeluang berkunjung ke  lebih 40 gerai pameran sepanjang penganjuran program ya.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Patinggi, Abang Johari Tun Openg.

Menteri Muda di Pejabat  Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol madah, kesempatan tersebut harus dimanfaatkan oleh warga Meradong lebih fahami perkara penting yang diumumkan oleh ketua menteri sejak memimpin negeri.

Katanya, program juga akan memberi peluang kepada masyarakat tempatan dan mereka yang berdekatan memperolehi perkhidmatan kerajaan, maklumat serta nasihat daripada pelbagai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

"Saya bersama ADUN N43 Daro, Safiee Ahmad dan Adun N.46 Meradong, Datuk Ding Koung Hiing ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menganjurkan program Sejiwa Senada di daerah ini.

"Kita berharap ketua menteri akan membawa khabar gembira untuk rakyat Meradong seperti yang telah dibuat oleh beliau dalam program Sejiwa Senada di Sarikei dan Saratok sebelum ini.  Sudah pasti, kita tidak sabar untuk mendengar berita baik itu, " katanya.

Macam macam ada... cabutan tiket bertuah, macam macam hadiah, motosikal free pun ada. Retis semenanjung dan tempatan pun ramei... jom semua..

Bintangor:Menurut Ketua Balai Bomba Bintangor PPgB Nicholas pasukan khas Bomba digunakan untuk mencari mangsa
Gundok anak Malong berusia 80 tahun.

Pasukan STORM
Special Tactical Operation and Rescue Team Malaysia..7org

Pasukan MUST Team
Multi Skill Team..2 org

Komander operasi
PPgB Mohammad Azri bin Nordin

Kesemua pasukan khas adalah gabungan balai bomba sibu kanowit sg merah dan bintangor.

Turut membantu pdrm 3 org dan penduduk  rh pjg 3 org

Foto Ikhsan JBPM Bintangor

*Calon Barisan Nasional Sarawak*
*_16 penyandang 15 mukabaru_*

P192 Ngogeh
P193 Wan Junaidi
P194 Fadillah
P195 Ko Tek wan
P196 Sim kui hian
P197 Rubiah wang
P198 Jenob anak sinek
P199 Richard Riot
P200 Nancy Syukri
P201 Rohani Abdul Karim
P202 Masir Kujat
203 Robert Pasang anak Alam
204 Robert Laswon Chuat
205 Subeng anak Mula
206 Yusuf Abdul Wahab
207 Ahmad Jonie Zawawi
208 Kuang Liong Sik
209 Joseph Salang
210 Agok anak Dagang
211 Kong Siang Chiew
P212 Wong Kie Yew
P213 Hanifah Abdul Taib
P214 Rita Sarimah Frederick Enso
215 Alexander Nanta Linggi
P216 Uggak anak Kumbung
P217 Tiong King Sing
P218 Lukanisma Awang Saudi
P219 Sebastian Ting
P220 Anyi Ngau
P221 Hasbi Habullullah
P222 Henry Sum Agung

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Haji Saidol berkata calon pengganti Datuk Norah Abdul Rahman perlu biasa dengan kawasan Parlimen Tanjung Manis P206 dan sanggup berkerja keras untuk membawa pembangunan kepada rakyat kawasan pesisir Tg.Manis.

Abdullah Haji Saidol yang juga merupakan Ahli DUN Semop menegaskan bahawa calon mesti rajin melakukan lawatan kerja ke kawasan dan berani menyuarakan masalah yang dihadapi penduduk kawasan. Tg.Manis menurut Abdullah pentingkan pembangungan infrastruktur oleh itu calon baharu mesti bersedia untuk berkerja lebih rajin untuk membangunkan kawasan.

PENGUMUMAN senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan dilakukan esok kira-kira jam 9 pagi, kata jurucakap Ibu Pejabat Parti PBB.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan mengumumkan senarai calon itu di Ibu Pejabat PBB,Jalan Bako.

Pengumuman ini disahkan oleh Ketua Menteri selepas merasmikan Majlis Graduasi Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

#iamSarawakian #TeamAbgJo #KamiGengNajibRazak #PRU14Sarawak

Bintangor:Menurut Ketua Balai Bomba Bintangor PPgB Nicholas dOperasi SAR telah dimulakan pada jam 0700hrs. Kaedah pencarian dengan menjejaki laluan yg selalu digunakan oleh mangsa ke kebun. Radius pencarian 2 km. KZ 4 telah dihubungi utk bantuan STORM/MUST TEAM. Maklumat mangsa
Gundok anak Malong berusia 80 tahun.Antara agensi yang turut terlibat pihak PDRM Bintangor.
Foto Ikhsan JBPM Bintangor

Final Official Results of
MOBILE CTC SARATOK 2018 ARMWRESTLING
22/04/2018
Saratok, Sarawak.

Above 80 Kg Men
1) Harith Joseph(SASA)
2) George "Giant" Young(J4WZ/SASA)
3) Hafizin Bin Maderi(SARATOK)
4) Roslie Jamawi(Sri Aman/SASA)

Below 80kg Men
1) Kenny Choo(Mile 7 AW/SASA)
2) Jacklis "Gunner" Bering(J4WZ/SASA)
3) Jebiren Boret(J4WZ/SASA)
4) Sterrone"Chicken Tiger" Dokah(J4WZ/SASA)

Women Open
1) Abigail Kee(101AWC/SASA)
2) Chong Ai mee(JULAU/SASA)
3)Zuraida Bt Razali(SARATOK)
4)Midah Basir(SARATOK)

Champion vs Champion-Piala PKP
Kenny Choo vs Harith Joseph=Harith Joseph(Winner)

#MOBILECTCSARATOK2018
#STRONGARMSSWEEPALL

Event was Officiated By YB Datuk Haji Abdul Wahab Bin Aziz ADUN N38, Federal Finance Officer, Mr.Saiful Sungkih, and other VIPs.

Congratulations to all pullers, organisers, supporters, crew and all involved!

Thank you...see u all again soon!

PRESIDEN Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri Dr James Masing sebentar tadi mengumumkan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Joseph Entulu Belaun dan Naib Presiden Datuk William Nyallau Badak berkuat kuasa serta-merta.

Mereka dan tiga lagi didapati mengengkari perintah jawatankuasa pemilihan parti untuk P214 Selangau P203 Lubok Antu dan P209 Julau.

Sehubungan itu jawatankuasa tersebut, dengan bukti yang ada memecat mereka bermula hari ini 22 April 2018. – Sarawakvoice

#iamSarawakian

Bintangor :Menurut sumber Seorang warga Emas  didatangi oleh  2 lelaki 1 perempuan.. Bawa budak sekali..di Market Bintangor pagi tadi..Saspek ini menyamar sebagai pegawai kebajikan  dan mengambil gambar mangsa.Mangsa telah di bawa menggunakan Kereta kancil berwarna putih.Mangsa malang ini ditinggal di Jalan Janting Bintangor .Menurut sumber lagi mangsa malang ini telah mengalami kerugian berjumlah RM3000.Mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan siasatan.

Sekadar hiasan 

Bintangor:Hasil Mesyuarat AGM pada 22.April.2018.
Ahli Jawatankuasa Seberkas Cawangan Meradong 2017-2020

Pengerusi
-Hj. Khairulddin Qalam bin Daud

Naib Pengerusi
-Kr. Halmi Morsili
-Zool Fadli Ishak

Setiausaha
-Kamsul bin Suhaili

Penolong Setiausaha
-Arzman Raini
-Shaari b Berawi

Bendahari
-Dayang Zainuriah

AJK
-Zaini Busrah
-Hanisah Rosedi
-Roziman
-Abang Hisyam Abg Mohd
-Abdul Rahim b Jabu
-Izwan Abu Bakar

Bintangor...Program anjuran JASA Sarikei bersama JKKK RH Lawai Sungai Sian.

Bintangor:Program Sepakat Peringkat Komuniti 1Malaysia, Selemas, Bintangor pd 21 April 2018 di Dewan Seberguna,kg.Selemas.Pengisian program ialah program sukaneka pelbagai kategori,kanak2, perempuan dan lelaki dewasa.
Sumber :FB Tiar Rambli

As Salam Rakan2 fb. Saya telah berjumpa dengan YAB Ketua Menteri Sarawak & YB D.A Awg Tengah dan memohon untuk di rehat dari PRU akan datang di atas sebab kesehatan. Jika ada salah dan silap dari saya atau terkasar bahasa, maaf zahir dan batin.

Saya berdoa semoga BN SARAWAK tetap berjaya dengan kemenangan Cemerlang dan bergaya. Perkuatkan sokongan padu kepada YAB Ketua Menteri kita dan YAB Perdana Menteri Malaysia. Teguh kubu saf-saf Barisan PBB/ BN di setiap kawasan Parlimen Tg Manis, di kampong2,  rumah panjang - rumah panjang & perkampongan2 Cina. Raayat Parlimen Tg Manis sentiasa setia bersama PBB & Barisan Nasional. Kita akan turun padang beramai ramai memastikan kemenangan besar di Parlimen Tg Manis untuk Calon Baru. Raayat Parlimen Tg Manis buat lah saya Bangga kita terima Calon Baru menganti saya dengan baik. HIDUP BN! HIDUP PBB! MENANG! MENANG! MENANG! 👍👍👍🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Terima kasih di atas segala sokongan yang telah di berikan pada saya selama saya berkhidmat dan saya berharap semua kawan2 terima dengan baik keputusan saya untuk berundur. Wassalam. Norah Abd Rahman. 🌹

Kes cubaan bunuh diri sebentar tadi dari jambatan Pulau Pinang kedua. Berhenti tinggai kereta blah camtu saja.

Nasib baik ada sorang anggota polis bantuan , yang sanggup menggadaikan nyawa ikut terjun untuk selamatkan perempuan yang dah melompat ke dalam laut.

Bintangor: Program Sejiwa Senada Bintangor akan diadakan pada 28 dan 29 April 2018...lokasi Akan dibuat di Stadium Bola Keranjang,Bintangor.YB CM Akan dirasmikan Majlis Jiwa Senada Bintangor.

Kapal Survey OCEAN GEOS terbakar di Baram jam 3 pagi tadi.

*Kapal Aleysa tengah selamat kan crew..
Crew bgtau power pack engine room meletup..kta baru saja menyelamatkan marine/drilling crew 38 org..seorang masih blum jumpa

iNFO : Persatuan Pelaut Sarawak
via Raduan Bin Serap

Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima peluru hidup serta nota ugutan yang diletakkan di dalam peti surat rumahnya semalam.

Murid Tahun 1 tulis surat kepada Abg Johari minta belikan pensil warna untuk kawan miskin SK Siol Kanan

PETRA JAYA: Carolina Ningo menulis pada garis masa di Facebooknya pada Jumaat menceritakan anaknya Muhd Aimy, 7, yang mengikutnya ke perasmian seminar, mendapat idea menulis surat kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Surat yang ditulisnya itu kemudian diserahkan sendiri oleh Aimy dengan tangan kepada Ketua Menteri selepas beliau merasmikan Seminar Pembangunan Umah 2018 di Kompleks Islam Sarawak, pada pagi Jumaat.

Carolina turut memuat naik surat yang bertulis tangan itu dan tentu sekali sempat merakam foto surat tersebut yang berbunyi: “Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak. Saya Muhd Aimy 1 Waja SK Siol Kanan sayang Ketua Menteri Sarawak. Bolehkah beli pensil warna untuk semua kawan saya yang miskin di sekolah saya. Terima kasih.”

Carolina menggambarkan bagaimana “terujanya” Aimy menunggu Ketua Menteri di depan pintu dan Abang Johari mengusap kepala Aimy sebaik sahaja selepas mengambil surat tersebut dari tangannya.

“Sanggupnya tunggu depan pintu sabar nunggu dak media berasak2 ambik gambar CM dan kakya baruk Aimy pass by hand kedirik suratnya untuk CM… He so happy so so much happy bila CM ambik surat ya dan usap palaknya… semoga permintaan Aimy dipenuhi…amin. terima kasih,” tulis Carolina.

Menarik perhatian para netizen lain, Carolina dalam postingnya menceritakan bagaimana anaknya, murid SK Siol Kanan yang terletak di Taman Sukma, Petra Jaya itu, teruja dan duduk di hadapan sekali pada majlis tersebut dengan memberi fokus mendengar isi ucapan Abang Johari.

“Anak mama tok lagik fokus dari mama… Aimy padah yg CM padah Umat Islam mesti bersatu baruk kita teguh!!!sik boleh bergaduh..mesti adil dengan semua orang..nya gik ingatkan mamanya…,” tulis Carolina.

Selepas mendengar ucapan Abang Johari itulah, Aimy mencapai kertas nota daripada “doorgift” majlis, lantas menulis surat ringkas tersebut untuk diserahkan sendiri kepada Ketua Menteri.

Di ruang komen akaun Facebook Carolina, para sahabatnya menulis:

Syerina Ahmad Khan: Allahu… semoga anak2 ktk semuanya berjaya dunia akhirat, Carol. Aamiin.

Ct-Razali Dayana Dayyan: Terharu baca… mudahan anak ktk menjadi org penting kelak kak… sampei besarnya ada perasaan belas kasihan dgn org yang (sik) berkemampuan…

Jiritty Santy Patrick Julia: Terharu baca msgnya… kecik2 dah pandey ngan prihatin… hrp satu hari klk nya dpt jd anak yg bijaksana ngan berguna dgn kluarga

Abang Johari pada perasmian tersebut sememangnya mengingatkan umat Islam di negeri agar tidak leka kerana wujudnya anasir tertentu yang berusaha mengadu domba dan menjatuhkan mereka, terutama melalui politik.

Justeru, menurut Abang Johari agenda mereka adalah agar solidariti umat Islam di negeri ini menjadi longgar.

“Ini yang saya takut… layap. Orang lain gunakan kita untuk pecahkan kita. Mereka ada roket, kapal terbang… menggunakan kita, pecahkan kita… akhirnya siapa yang teruk. kita yang teruk,” kata Abang Johari pada perasmian seminar yang berlangsung sehari anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak. –Sarawakvoice

Petikan fb carolina ningo

Assalamualaikum...haritok Aimy ikot mama ke Seminar Pembangunan Ummah 2018 di kompleks Islam Sarawak ..ok nya maok duduk dpn skali sblh kiri sbb sik nampak katanya...apa nok dipadah CM dlm ucapannya..anakmama tok lagik fokus dari mama..Aimy padah yg CM padah Umat Islam mesti bersatu baruk kita teguh!!!sik boleh bergaduh..mesti adil dengan semua orang..nya gik ingatkan mamanya..hehehe..

Dlm.diam diam nya nulis surat ke CM pakey notebook dlm doorgift ya..nya madah maok berik kedirik  by hand ngan Ketua Menteri..Aimy padah Ketua Menteri  dapat tolong org susah..harapan Aimy yang kawan-kawannya yang miskin dapat pensil warna di sekolahnya..
Ok ..sanggup nya tunggu depan pintu sabar nunggu dak media berasak2 ambik gbr CM dan kakya baruk Aimy pass by hand kedirik suratnya untuk CM..He so happy so so much happy  bila CM ambik surat ya dan usap palaknya...semoga permintaan Aimy dipenuhi...amin.terimakasih

Sumber :FB Borneo

Semakin hampir kita dengan pilihanraya umum yang ke-14 (PRU-14), semakin banyak propaganda disebarkan oleh pembangkang bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

Kisah Barisan Nasional (BN) menjual kedaulatan negara kepada China kini tersebar semula di media sosial.

Propaganda palsu ini tidak berlandaskan fakta dan angka yang sebenarnya tetapi berasaskan fitnah jahat untuk mencipta persepsi negatif kepada BN.

Jumlah terkumpul pelaburan China (termasuk Hong Kong) di Malaysia setakat 2017 adalah bernilai RM65.0 billion. Ini lebih rendah daripada jumlah terkumpul pelaburan Singapura (RM116.3 billion) dan Jepun (RM71.6 billion).
Jumlah pelaburan China di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di bawah Singapura dan Jepun.

Menurut logik pembangkang, kedaulatan Malaysia sepatutnya terjual kepada Singapura dan Jepun dahulu kerana jumlah pelaburan mereka yang lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh China dalam negara kita.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Malaysia sudah tentu akan menerima pelaburan dari luar negara tetapi tidak terhad kepada China sahaja.

Jumlah pelaburan asing terkumpul di Malaysia sehingga 2017 adalah RM565 billion. Pelaburan dari China hanyalah mewakili 11.5 peratus daripada jumlah pelaburan asing di Malaysia. Malaysia juga menerima pelaburan dari negara-negara Eropah seperti Belanda, Switzerland, Jerman, United Kingdom, Denmark dan juga Amerika Syarikat.

Baru-baru ini syarikat Saudi Aramco dari Arab Saudi bersetuju melabur 7 bilion US Dollar (RM27 bilion) di dalam Projek RAPID Pengerang. Saya yang terlibat secara langsung di dalam rundingan bersama-sama Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi, Khalid al-Falih mendapat maklum balas yang positif dari pihak mereka tentang ekonomi Malaysia.

Rakyat Malaysia sepatutnya berhati-hati sebelum percaya dan menyebarkan propaganda seperti ini.

Berita palsu yang disebarkan oleh pembangkang boleh menjejaskan ekonomi negara yang akhirnya akan merugikan kita sendiri. Sekiranya pelaburan masuk ke Malaysia terjejas, tidak banyak pekerjaan boleh dicipta untuk rakyat Malaysia seterusnya mengurangkan peluang untuk menjana pendapatan.

Bagi pembangkang mereka akan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa termasuklah mensabotaj ekonomi negara dan rakyat.

Tidak ada sekelumit pun kedaulatan negara yang akan BN pajakkan kepada mana-mana negara asing. Jangan gadaikan masa depan anda dan tanahair yang kita cintai ini.

*Abdul Rahman Dahlan*
Pengarah Komunikasi Strategik
Barisan Nasional

Bagi melaporkan kes-kes salah laku rasuah dalam dan sepanjang perjalanan PRU 14 di seluruh negeri Sarawak, satu talian dan emel khas telah dikuatkuasakan bermula dari sekarang sehingga selesai proses PRU 14. Talian dan emel adalah seperti berikut :

Talian Hotline : 016-3092113 / 082-467701 / 082-467702 / 082- 467703

Talian Faks : 082-467712

Talian SPRM Cawangan Limbang : 085-214104 / 085-214110 / 214117

Talian SPRM Cawangan Miri : 085-415404 / 085-439710

Talian SPRM Cawangan Bintulu : 086-316200 / 086-338294

Talian SPRM Cawangan Sibu : 084-311982 / 084-321982

Emel Lapor Kepada : pru14_swk@sprm.gov.my

atau datang ke Pejabat SPRM Sarawak

Pejabat SPRM Sarawak
Kompleks Pejabat SPRM Sarawak,
Lot 3894, Jalan Laksamana Cheng Ho,
Peti Surat 6000,
93350 Kuching, Sarawak.

Warga Sarawak boleh melaporkan kepada SPRM Sarawak sekiranya mendapati sebarang unsur perlakuan rasuah sepanjang PRU 14 berlangsung. Kerjasama memberi maklumat daripada pihak  Y.Bhg. Tan Sri/ Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan amat dialu-alu kan.

Terima Kasih.

P/TPj Razim Bin Mohd Noor,
Pengarah,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Sarawak.

Walaupun sesetengah mungkin berfikir bahawa hari Rabu adalah hari yang luar biasa untuk tarikh pengundian dan lebih suka pada hari Ahad, mungkin ada yang rasional mengapa hari Rabu dipilih.

Malaysia adalah negara yang pelbagai. Berapa hujung minggu pada hari Ahad manakala Sabtu adalah setengah hari kerja untuk anda mungkin tidak hujung minggu untuk orang lain di bahagian lain Malaysia.

Negeri Terengganu, Kedah dan Kelantan sentiasa mempunyai hujung minggu mereka pada hari Jumaat dan Sabtu.

Johor, yang dilihat sebagai medan pertempuran utama untuk pilihan raya ini, juga berubah menjadi hujung minggu Sabtu bermula 1 Januari 2014 - tahun selepas pilihan raya umum lepas pada tahun 2013.

Jika pilihan raya ditetapkan pada Ahad, ia tidak akan adil kepada negeri-negeri tersebut. Begitu juga jika pilihan raya ditetapkan pada hari Jumaat, ia tidak akan adil untuk negeri-negeri lain.

Begitu juga jika pilihan raya ditetapkan pada hari Sabtu, ia akan menjadi setengah hari bekerja untuk sesetengah manakala hari rehat penuh untuk orang lain.

Walaupun saya tidak bercakap untuk Suruhanjaya Pilihan Raya, saya dapat memahami bahawa terdapat kelebihan dalam memilih hari Rabu kerana mereka berpendapat ini adil untuk semua negeri dan tidak membenarkan keputusan dan kadar belanjawan tetap konsisten di seluruh Malaysia dan tidak akan tergelincir dalam negeri tertentu.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan sepatutnya menjadi orang terakhir yang mengadu tentang hari kerja sebagai tarikh pengundian.

Pengerusi dan calon PM Tun Mahathir sebagai PM pertama diadakan pada hari Khamis, 22 April 1982.

Pilihanraya terakhir beliau sebagai PM pada tahun 1995 dan 1999 juga diadakan pada hari bekerja - Isnin, 25 April 1995 dan Isnin 29 November 1999.

Benar, Tun Mahathir dan gengnya sememangnya tidak layak untuk mengadu bahawa tarikh pengundian pilihan raya ini jatuh pada hari Rabu.

Amerika Syarikat yang kononnya negara paling demokratik di dunia juga mengadakan pemilihan Presiden mereka pada hari Selasa, 8 November 2016.

Eric See-To.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk hari penamaan calon dan pengundian.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu jemputan media oleh SPR hari ini.

Jemputan itu turut memaklumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah akan mempengerusikan mesyuarat itu pada pukul 10 pagi.

Sidang akhbar pula diadakan pada pukul 12 tengah hari

PANDANGAN IKHLAS SAYA UNTUK RAKYAT JOHOR YANG SAYA SAYANGI

Hanya pandangan peribadi saya untuk rakyat Johor.

Assalamualaikum W.B.T. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pandangan dan pesanan saya kepada rakyat Johor yang saya kasihi sekalian. Saya memberi nasihat dan berkongsi pendapat saya bukan sebagai ahli politik yang perlukan undian, tetapi ia datang dari hati saya sebagai seorang anak Raja yang berkhidmat kepada rakyatnya. Taat setia saya adalah kepada Sultan saya, negeri Johor dan rakyat saya. DYMM Sultan Johor dan saya saling berkongsi pandangan dan inisiatif apa yang terbaik buat masa hadapan negeri Johor. Bukan sahaja dalam segi pentadbiran kerajaan tetapi untuk memperbaikinya dan menjadi kuasa ekonomi dalam negara, menangani mentaliti ektrimis, menaiktaraf sistem pendidikan dan sistem kesihatan.

Dengan senario politik yang berlaku sekarang dalam negara, tidak kiralah parti yang memerintah atau parti pembangkang, rakyat perlu pandai menilai apa yang terbaik untuk negeri kita dan negara. Dalam situasi politik, rakyat hanya dengar apa yang disampaikan oleh ahli politik di dalam ucapan mereka atau di media sosial. Tetapi yang tahu situasi sebenar adalah DYMM Sultan Johor dan saya sendiri. Apa sahaja rahsia sulit dan agenda mereka kami tahu. Semua maklum bahawa ahli politik ini apabila inginkan sesuatu, mereka akan menabur janji-janji manis. Saya bukan ahli politik tetapi saya juga ada agenda saya sendiri dan agenda saya adalah untuk kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor.

Semua maklum bahawa UMNO dilahirkan di negeri Johor, di dalam istana negeri Johor. Saya tahu buat masa ini rakyat semua berkecil hati terhadap kepimpinan negara dan saya faham. Bagi pandangan saya, UMNO perlu lebih aset daripada liabiliti. Ia bermakna UMNO perlu bertukar cara pentadbiran dan pemikiran serta polisi terutama sekali sistem hirarki. Kita perlu lebih aset iaitu orang-orang muda yang ingin berkhidmat kepada negara dan berkongsi pengetahuan mereka yang berpotensi.

Saya juga tidak akan lupa siapa yang merosakkan UMNO, yang menjadi peneraju dan melahirkan kroni-kroni, melahirkan korupsi, melahirkan proksi dan juga siapa yang cuba menarik kuasa-kuasa Diraja termasuklah cuba untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang kami semua sayangi. Kedaulatan negeri Johor jangan dipersoalkan. Kami telah wujud dari tahun 1885 sehingga kerajaan persekutuan juga belajar protokol, pentadbiran dan perlembagaan daripada kami. Kami adalah negeri pertama yang mempunyai perlembagaan sendiri dan ia menjadi contoh kepada negara. Kadangkala kita tidak boleh menyalahkan sesebuah organisasi atau parti oleh kerana hanya seorang yang bermasalah.

Saya tidak lupa pada tahun 1992 ketika saya kecil dahulu dan nakal di sekolah, cikgu akan bercakap kepada saya, “Awak jangan main-main, awak tu kerabat diraja. Jika saya mengadu kepada Mahathir, habis awak.” Begitu juga dengan kisah Prebet Adam dimana Almarhum Sultan Iskandar iaitu datuk saya yang tidak ada peluang untuk mempertegakkan diri kerana ketika zaman itu tiada kemudahan internet, semua media dikawal oleh kerajaan.

Media mengeluarkan kenyataan kononnya prebet Adam mengamuk apabila mendapat tahu adik beliau dibunuh oleh Sultan Johor ketika itu. Sedangkan Prebet Adam tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang meninggal dunia ketika berumur 2 tahun dalam tragedi rumah terbakar. Saya juga ada berjumpa dengan seorang individu berasal dari Kedah pada tahun lepas. Beliau yang bercerita kepada saya yang beliau berjumpa dengan Prebet Adam dan Prebet Adam menceritakan bagaimana dia dipaksa sepanjang 10 hari di dalam bilik sel yang gelap oleh anggota polis untuk mengaku yang Sultan Johor membunuh adiknya. Inilah yang sanggup dilakukan oleh kepimpinan tertinggi kerajaan ketika itu demi mendapatkan kuasa sepenuhya di dalam negara.

Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang. Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan tiga orang anak yang ‘billionaire’. Nasihat saya kepada rakyat Johor, jikalau kita tidak suka sesuatu dengan kerajaan, laungkan suara kita untuk pastikan mereka tahu apa yang kita inginkan. Anda semua mempunyai DYMM Sultan Johor dan saya di mana kami boleh sampaikan suara rakyat kepada kerajaan yang memerintah dan kepimpinan tertinggi dalam negara. Jangan sesekali anda sangka yang kami tiada inisiatif untuk memperbaiki sistem yang berada didalam kerajaan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Jikalau anda mahu berperang atau mahukan pertembungan antara kerajaan negeri Johor dan kerajaan persekutuan ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah. Jikalau kami mampu melahirkan ramai lagi anak muda yang ada potensi, sanggup berkhidmat kepada negara dan kami boleh pastikan yang dia mampu mewakili kerajaan, kita boleh mengubah segala-galanya daripada dalam.

DYMM Sultan Johor dan saya mempunyai agenda dan perancangan tersendiri. Agenda utama kami adalah untuk negeri Johor tetapi apa cara untuk kami sampai ke Putrajaya, kami tidak boleh kongsikan kepada anda semua. Ia adalah sulit dan rahsia. Saya bukan ingin menyokong mana-mana parti politik tetapi untuk mengubah nasib negara dan memperbaiki sistem, bukan untuk menjatuhkan kerajaan. Kita perlu mengubahnya daripada dalam.

Jadi, saya dan negara-negara jiran kami berpandangan, jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baharu. Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi. Cukup ini sahajalah yang dapat saya kongsikan bersama rakyat. Tetapi rakyat Johor perlu percaya kepada visi DYMM Sultan Johor dan saya sendiri. Tidak perlu banyak perkara untuk dijadikan contoh. Cukup satu perkara kecil sahaja yang boleh saya beritahu anda semua untuk dijadikan sebagai contoh.

Apa yang anda lihat dengan apa yang saya lakukan dalam pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah sama apa yang kami akan lakukan di pentadbiran peringkat tertinggi. Bola sepak hanyalah minat saya. Pada 30hb Jun 2016, saya ada mengeluarkan satu kenyataan dalam laman rasmi JOHOR Southern Tigers yang mengatakan kami akan memusnahkan apa yang anda bina dan kami akan bina yang lebih baik. Ia adalah satu pembayang apa yang ingin saya lakukan kepada sistem pentadbiran FAM ketika itu. Saya tidak kongsikan perkara ini kepada ramai pihak tetapi hari ini saya akan kongsikan kepada semua. Misi saya ketika menyertai FAM adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan struktur sedia ada. Ia juga untuk menukar struktur perlembagaan dalam FAM bagi memastikan kuasa Presiden FAM dan Persatuan Bolasepak adalah terhad. Mereka hanya menjaga Jawatankuasa Tatatertib, pengadil dan pasukan kebangsaan. FAM juga tidak lagi memberi arahan dan terlibat dengan apa yang berlaku kepada pasukan, kelab, kewangan dan pentadbiran liga. Apa yang saya lakukan adalah saya mengubah perlembagaan di mana kami melabur kepada FAM, melabur kepada semua pasukan dan kami menjaga kepentingan Malaysian Football League (MFL). Ini adalah sebab mengapa saya keluar daripada FAM kerana kuasa tiada kepada Persatuan Bolasepak sama seperti di negara-negara luar. Kuasa berada pada badan berkecuali yang menguruskan liga seperti LaLiga (Sepanyol), Seria A (Itali), English Premier League (England), Bundesliga (Jerman) dan sekarang di Malaysia adalah MFL. Tetapi jangan salah tafsir dengan menganggap Presiden FAM sebagai proksi. Beliau bukan proksi tetapi adalah individu yang layak dan boleh bekerjasama dengan MFL. Ini diibaratkan seperti latihan saya sebelum agenda saya yang lebih besar di peringkat tertinggi melibatkan pentadbiran sistem negeri dan kerajaan.

Tuan-tuan dan puan-puan, saya datang dari keluarga dan hidup di dunia yang anda tidak boleh lihat dan dunia itu dikawal rapi. Anda lihat bagaimana pergerakan sesuatu rejim dan organisasi sulit mengawal dunia. Kami juga mempunyai sistem yang sama tetapi kami organisasi yang berbeza. Jika anda lihat bagaimana organisasi sulit mengawal negara-negara besar daripada sebuah tanah kecil di Timur Tengah dan inilah yang kami lakukan disini untuk mengawal takdir sesebuah negara. Ia telah dilakukan sejak zaman nenek moyang saya dan kami akan meneruskannya untuk rakyat bagi ‘restore the order’ apabila ia terkeluar daripada ‘order’ tersebut. Itulah tanggungjawab kami dan ia akan sentiasa menjadi tugas kami.

Sekarang ini, di dalam negara situasi politik agak berkucar kacir. Tetapi ia tidak semestinya adalah pengakhiran dunia (kiamat). Inilah masanya untuk ‘restore the order’ dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu yang berumur 93 tahun ingin menjadi Perdana Menteri sekarang ini. Jangan tertipu, buka mata anda, gunakan akal fikiran dan ikut bayangan yang akan saya berikan kerana saya tahu apa yang anda tidak tahu. Anda perlu percaya kepada saya kerana saya tahu apa yang ingin saya lakukan. Inilah masanya untuk bumi selatan mengawal sesetengah situasi dan memulihkan semula ‘order’ yang telah dirosakkan oleh individu yang tamakkan kuasa dan duit. Jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan apa yang anda dengar semalam di Pasir Gudang. Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan negeri Johor yang telah wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia.

Ingatlah wahai rakyat Johor yang saya kasihi sekalian. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Selagi rakyat Johor bersatu bersama-sama dengan kepimpinan DYMM Sultan Johor termasuk saya, pelbagai perkara yang kita mahukan boleh dicapai untuk masa hadapan anak cucu cicit kita. Jangan kita berpecah belah dan mudah dipermainkan dengan anasir-anasir luar yang mahu menghancurkan kedaulatan negeri ini. Lihatlah apa yang telah saya lakukan terhadap bola sepak. Bola sepak ini hanyalah latihan. Ia ibarat saya ke ‘driving range’ sebelum pertandingan golf sebenar.

Jangan tukar kapal jika enjin masih berfungsi dengan baik. Jangan menukar nakhoda kapal tetapi benarkan sultan saya dan saya membimbing nakhoda tersebut demi anda.
Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu diubah dan apa yang perlu dipertingkatkan untuk negeri dan negara yang tercinta.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

————

MY HONEST OPINION FOR MY BELOVED PEOPLE OF JOHOR

Just my personal opinion Johorean

Assalamualaikum and peace be upon you. I would like to take this opportunity to send a message and express my views to the beloved people of Johor. I’m giving my advice and sharing my views not as a politician, but rather a message from my heart as a young prince serving his people. My loyalty is to my Sultan, the state of Johor and to my fellow Johorean. HM The Sultan of Johor and I have shared our views and initiatives for what is best for the state of Johor in the future. All aspects have been taken into consideration which not only covers the governance of Johor, but also the blueprint to make Johor an economic powerhouse in this country. Along with this, we’ve also addressed issues to tackle extremism as well as upgrading the educational system and healthcare.

With the political senario that is currently happening in our country, regardless whether or not it’s the ruling government or the opposition, the people must be smart in evaluating what is best for our state and country. Currently, the people are only hearing what the politicians are saying through their speeches or reading articles circulating on social media. The ones who know the real situation is HM The Sultan of Johor and myself. We know their secrets and agendas. Everyone is well aware that when a politician wants something, they will make sweet promises. I am not a politician but I too have my own agenda, and my agenda is to ensure the sovereignty and the welfare of the state of Johor.

Everyone knows that UMNO was formed in Johor. In a Johor’s state palace to be exact. I know the people are discouraged by the leadership of the country and I understand. In my view, UMNO needs to have more assets than liabilities. It means UMNO needs to revamp the way it governs, change the way it thinks and it's policy. One important factor in my opinion is the current party’s hierarchy system. We need more assets in the form of young talents who are ready to serve the country and share their knowledge and replace the old guards with those who have these potential.

I will never forget those who damaged UMNO. The forerunner who gave birth to cronyism, those who gave birth to corruption and proxies, those who wanted to strip away the power of the royal institution and those who attempted to disband our beloved Johor Military Force (JMF). Do not question the sovereignty of Johor. We have been established since 1885. In the early days of the formation of Malaysia, the central government learnt protocols, adopted the structure of governance as well as the constitution from us. We were the first state to have our very own constitution and has been a model to other countries. We should not blame the whole organisation or party because of one problematic individual.

I won't forget the year 1992. Back then I was a small and naughty kid in school. My teachers will say, "Do not play a fool, you are royalty, if I were to report you to Mahathir, you are done for ". Same goes for the story of Private Adam, where my late grandfather, Almarhum Sultan Iskandar was not given a chance to defend himself. Back then we did not have the luxury of the internet and all media were controled by the government.

The media reported that Private Adam apparently “ran amok” when he got news that his brother was murdered by the Sultan of Johor. Private Adam did not have a brother and only a sister who perished in a fire at home when she was 2. Last year I met an individual from Kedah who told me that he met with Private Adam who told him how he was forced for 10 straight days in a dark cell by policeman and confess that the Sultan of Johor had killed his brother. This is how low the highest government’s leadership then is willing to go to have absolute power in this nation.

I hope the people are not easily fooled by a forked tongue individual. At the moment he is not trying to save the country, he is more worried of what will happen to his children in the future. Even the wealthiest person on earth would not be able to give birth to three 'billionaires'. My advice to the people of Johor is, if you have a problem with the government then raise your voice and let them know what you want. All of you have me and the HM Sultan of Johor to convey the peoples voice to the highest leadership in the country. Never for once think that we have no initiative to fix the system within the government.

Ladies and gentlemen. If you want to fight or start a war between the Johor government and the federal government, a head on collision, it does not bring any benefits. If we can produce more young talents with potential, willing to serve the country so we can ensure he or she is capable of representing the government, we can change everything from the inside.

HM Sultan of Johor and I have agendas and plans. Our main agenda is the state of Johor, but how we reach Putrajaya, we can’t disclose to all of you as it is private and confidential. I do not any political party, but in order to change a country’s fate and improve the system, it is not by bringing down a government. We need to change it from the inside.

Our neighboring countries and I believe that if a ship has been sailing fine for many years but has an issue due to its skipper, do not fix it with a new engine. We stay on the same ship and guide the skipper to where we want to go. That’s all I’m sharing with the people. But the people of Johor must believe in the vision of HM Sultan of Johor and I. I do not need to show many examples. Just one small example is enough for me to illustrate for you.

What you saw with what I did with the Football Association of Malaysia (FAM) administration is similar to what we will do with the administration at the highest level. Football is only my hobby. On the 30th June 2016, I released a statement with a quote on the JOHOR Southern Tigers official page saying, “We will destroy what you have built and we will build an even better one". It hinted on what I wanted to do with the FAM administration at that time. I did not share it with many people, but today I will share it with all of you. My mission when I joined the FAM was to fix and improve the existing structure. It was also meant to change the FAM’s constitution ensuring that the powers of the FAM President and Football Association are limited. They will only look after the disciplinary committee, referees and the national teams. The FAM will no longer have the power to instruct or be involved in matters related to teams, clubs, the finances and the league’s
administration. What I did was I changed the constitution whereby instead of investing in the FAM, we invested in all the teams and we took care of the interests of Malaysian Football League (MFL), no longer the FAM. This was why I left the FAM because the power is no longer with the Football Association just like in other countries. The power is with a neutral body that manages the league just like in LaLiga (Spain), Serie A (Italy), English Premier League (England), Bundesliga (Germany) and now in Malaysia. It’s called the MFL. Don't misinterpret it by thinking that the President of the FAM is a proxy. He is not a proxy but an individual who is qualified and can work together with the MFL. Once again, the modus operandi is simply my training before partaking my bigger agenda which is the highest levels involving the state and federal administration.

Ladies and gentlemen, I come from a family and live in a world that you cannot see and that world is carefully guarded. Just look at the small state regime in the middle east and the secret societies that controls the world. We are a totally different organisation but what we do is pretty similar. That is what we are doing here, to shape the destiny of a nation from the small southern state. It has been done long ago by my fore fathers and we will keep on doing it for the people. To restore the order when the order steps out of line. That is our duty and will forever be our duty.

At the moment, the political situation in the country is a bit messy, but it is not the end of the world. This is the time to restore the orders and implement systems that have been damaged by individuals who are  dreaming of becoming Prime Minister. Do not be deceived, open your eyes, use your minds and follow the clues I have given because I know things you don't know. You only have to trust me, I know what I am doing. This is the time for the South to take control of the situation that has been damaged by money and power greedy individuals and stear it in the right order. Do not be easily manipulated into believing whatever you heard last night in Pasir Gudang. Johor state will never forget that individual who tried to disband the Johor Military Force (JMF) an organisation that has stood since 1886 and that same time, dreaming of diminishing the Sultan's power, belittling our constitution that has been here since before the inception of the country called Malaysia.

To my beloved people of Johor, we must remember that United we stand, divided we fall. As long as the people of Johor are together with HM The Sultan of Johor and I, we can achieve anything for the future of our children and grandchildren. Do not be easily played by the bad influences out there who want to destroy the sovereignty of this state. Look at what I have done for football. It is merely training at driving range before the real tournament.

Don't change the boat if the engine is not broken, don't even change the skipper but allow HM The Sultan of Johor and I guide the skipper for you. Change what needs to be changed and upgrade what needs upgrading for the sake of our beloved country.

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

Hak-hak Sabah & Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 akan direalisasikan secara konsensus.

Meningkatkan kualiti liputan telekomunikasi di seluruh Sabah dan Sarawak – RM2 bilion.

Meluaskan liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion.

Memansuhkan label harga barang mengikut kawasan Semenanjung, Sabah dan Sarawak ke arah Satu Negara Satu Harga.

Menaiktaraf rumah panjang di Sarawak dan rumah air di Sabah.

Memperkukuhkan jaringan pengangkutan di Sabah dan Sarawak dengan menaiktaraf 12,500km jalan luar bandar.

Meneruskan subsidi bekalan air di pedalaman Sabah.

Menyediakan peruntukan khas untuk usahawan-usahawan Sabah dan Sarawak.

Mencerap lebih banyak fakta dan perspektif sejarah dari Sabah dan Sarawak.

Menubuhkan Institut Kajian Peribumi dan Penduduk Asli di Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Malaysia Sabah.

Meningkatkan kemampuan kuasa persenjataan pasukan keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).

Mempertingkatkan kawalan keselamatan sempadan darat di Sabah dan Sarawak – (AKSEM) dan AKSEMNET.

Menaik taraf Lapangan Terbang Sandakan.

Membina Lapangan Terbang Mukah dan Lawas.

Membina Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Tebedu, Sarawak dan Kalabakan, Sabah.

Membina Saluran Paip Gas Trans Sabah (TSGP) bernilai RM4.3 bilion.

Menaiktaraf laluan kereta api Sabah dari Halogilat ke Tenom.

Mewujudkan 3 skim pembentungan di Sabah.

Membina 5 Loji Enap Cemar di Sarawak.

Memberikan peruntukan khusus untuk melatih tenaga pengajar dan keperluan bahan pengajaran Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun, seterusnya disalurkan ke Unit Bahasa Iban, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Unit Bahasa Kadazandusun, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Memberikan peruntukan khas untuk Kursi Kadazandusun di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menambah jumlah pegawai-pegawai yang berkaitan dengan perkhidmatan Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Memperkasa suku kaum Dayak dengan mewujudkan program khas serta bantuan dana bagi aktiviti menyukat tanah adat, usahawan-usahawan Dayak dan pengajaran Bahasa Dayak.

Dalam masa yang sama menyokong usaha Kerajaan Negeri Sarawak dalam melaksanakan program-program di bawah Unit For Other Religions (UNIFOR

Perjumpaan bersama pihak Cahaya Educational & Training Academy (CETA) En. Rasyid Bin Hamdan.

Borang permohonan boleh didapati Zaini Busrah atau Pengerusi Surau Darul Ikhsan Bintangor Bandar Limau

Kelayakan
•pemohon hendaklah memiliki Sekurang-kurangnya PMR dan boleh membaca, menulis dan mengira
•Pemohon mestilah berumur diantara 18-23 tahun.
•Pemohon mestilah berstatus bumiputra dan warganegara malaysia
•lulus pemeriksaan kesihatan dan bebas dadah.
•Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan Di klinik indah permy, miri
•had maksima tuntutan pemeriksaan kesihatan adalah RM60.00 sahaja.

Jangka masa program
Program ini dijalankan sepenuh masa selama 6 bulan termasuk latihan praktikal dan latihan sambil bekerja Di lokasi pekerjaan sebenar

Kumpulan  sasaran
Program ini telah direka untuk memenuhi piawaian bureau of apprenticeship and training (BAT) , dan para peserta juga dikhendaki untuk menjalani latihan sambil bekerja. Ini untuk memastikan para pelatih dilengkapi dengan pengetahuan yang diperlukan sebagai seorang pemasangan paip.

Objektif program
Modul ini bertujuan sebagai permulaan kepada pekerjaan seseorang individu Di dalam industri minyak dan gas. Semua pelatih yang mengikuti program ini akan mempelajari kemahiran dan taknik pemasangan paip yang signifikan dan berguna. Selain itu, pelatih juga akan memahami keperluan dan tanggungjawab sebagai seseorang pemasangan paip. Di akhir program ini, semua pelatih akan dilengkapi dengan ilmu kemahiran untuk melaksanakan kerja dan bersedia untuk memikul tugas setelah ditawarkan pekerjaan nanti.

1. Parlimen Malaysia telah dibubarkan pada hari ini setelah diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tengahari semalam.

2. Masih ada yang keliru dengan status kerajaan setelah pembubaran parlimen ini berkuatkuasa.

3. Perkara pokok perlu diketahui umum adalah berkenaan pengasingan kuasa kepada 3 badan, iaitu *Legislatif (Dewan Rakyat), Eksekutif (Kabinet)* dan *Kehakiman (Mahkamah).*

4. Pertama, *pembubaran parlimen hanya melibatkan badan Legislatif,* bermakna badan Eksekutif dan Kehakiman masih berkuatkuasa seperti biasa.

5. Maksudnya *Kabinet masih lagi berfungsi berdasarkan Fasal 43 Perlembagaan Persekutuan* dengan menjalankan kuasa-kuasa Eksekutif secara interim sehingga Yang DiPertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri dan anggota Kabinet baharu selepas pilihanraya.

6. Kedua, walaupun Dewan Rakyat telah dibubarkan, namun Dewan Negara masih lagi berkuasa dan Speaker Dewan Negara serta Ahli Dewan Negara masih kekal.

7. Perkara ini adalah bertentangan dengan konsep 'Caretaker Government' seperti di Australia dan New Zealand yang melantik kakitangan kerajaan sebagai 'penjaga sementara negara'.

8. Ini bermakna, *kerajaan yang memerintah sebelum pembubaran tersebut akan terus menerajui kerajaan sehinggalah sebuah kerajaan baru ditubuhkan selepas keputusan pilihanraya* diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

9. Pemerintah semasa tetap menjadi pemerintah sehinggalah selesai proses pilihanraya. Pendapat yang mengatakan pemerintah dalam tempoh pasca pembubaran parlimen bukan lagi penguasa atau pemerintah yang perlu ditaati adalah suatu kesimpulan yang salah.

RASMI: Kesemua calon Pakatan Harapan akan bertanding di bawah bendera Parti Keadilan Rakyat dalam PRU ke-14 ini.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY