'/>
Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengedarkan sepucuk surat bertarikh 18 Julai 2012 kepada gereja-gereja dan penganut Kristian seluruh negara berhubung pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Surat yang ditulis atas nama Bishop Datuk Ng Moon Hing, pengerusi Christian Federation of Malaysia, menyeru umat Kristian agar “mengundi dengan bijak”.
Ia boleh dibaca dalam bahasa Melayu di sini — CFM/BM
Versi bahasa Inggeris discreenshot di bawah dari laman National Evangelical Christian Fellowship (NECF).]


Selanjutnya: http://azmykelanajaya.blogspot.com/2012/07/pengerusi-gereja-berkempen-undi-parti.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1

posted from Bloggeroid

KUALA LUMPUR: Mana-mana penjawat awam yang didapati terlibat dengan kegiatan pembelian ijazah secara tidak sah akan dikenakan tindakan tegas, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Bagaimanapun beliau mengesahkan setakat ini belum ada laporan mengenai penjawat awam terlibat dengan kegiatan itu.
"Sekarang ini polis sedang siasat, sekiranya ada pegawai atau kakitangan yang memperolehi ijazah ini secara tidak sah tindakan akan diambil. Bentuk tindakan…kita akan mengikut peraturan-peraturan sedia ada.


"Setakat ini belum ada laporan yang menyatakan penjawat awam terlibat. Jadi kita akan tunggu laporan daripada pihak polis mengenainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Pegawai ke luar negara dan Majlis Penyerahan Bantuan kepada mangsa kebakaran kediaman pelajar Malaysia di Iowa, Amerika Syarikat di Akademi Kenegaraan pada Sabtu.
Baru-baru ini sebuah akhbar Bahasa Melayu membongkarkan kegiatan sindiket menjual sijil-sijil dan ijazah palsu bernilai hampir RM5 juta yang mula beroperasi sejak 2003.
Sindiket tersebut menjual sijil-sijil berkenaan secara dalam talian dengan menawarkan segulung ijazah sarjana muda pada harga RM6,500, sarjana RM8,500 dan doktor falsafah (PhD) RM10,500 dengan tambahan RM1,000 sebagai bayaran untuk menghadiri majlis konvokesyen.
Sindiket yang mendakwa kesemua sijil itu dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta dikatakan akan bergabung dengan lima universiti yang dikenal pasti sebagai Universiti Rock Hampton dan Universiti Antarabangsa Harvey di Amerika Syarikat (AS) bersama-sama dengan Universiti Cannington Brook dan Universiti Glastonbury di United Kingdom serta Universiti Charles Molnar.


Seterusnya: http://www.penembak-tepat.com/2012/07/ijazah-palsu-penjawat-awam-terlibat.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY