'/>

Polis sedang menjejaki bekas penyewasebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong di sini bagi membantu siasatan berhubung penemuan satu mayat yang disimen dan mereput di lantai dapur rumah itu pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bekas penyewa itu, Loo Chon Wen, 33, masih berada di negara ini dan polis yakin lelaki berkenaan tidak lagi berada di Lembah Klang. |

Penyewa itu yang tinggal bersama isteri dan tiga anaknya termasuk seorang anak perempuan diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan, katanya. 

"Siasatan awal mendapati, keluarga itu yang menetap di rumah berkenaan sejak tahun lepas, mengosongkan rumah bulan lepas tanpa memaklumkan kepada tuan rumah Ng Ah Kau, 68.

"Pemilik rumah sudah beberapa kali menghubungi penyewa berkenaan yang tidak membayar sewa, namun gagal dikesan," katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Ali berkata proses bedah siasat ke atas mayat tersebut telah dijalankan di Hospital Sungai Buloh.

"Hasil bedah siasat mendapati, mayat dipercayai seorang kanak-kanak lelaki berumur antara lapan dan 10 tahun...tempoh kematian mangsa kira-kira lapan minggu lepas.

"Bagaimanapun, pihak kami masih menyiasat bagi mengenal pasti identiti bangsa dan punca kematian mangsa," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada Jumaat, polis menemui satu mayat yang disimen dan mereput yang berbalut kain di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong.

Mayat itu ditemui susulan kontraktor yang sedang mengubah suai rumah berkenaan memecahkan simen dapur itu berikutan terhidu bau busuk. 

250 orang mengadakan tunjuk perasaan anti Islam di luar sebuah masjid di Arizona.
Mereka membawa karikatur Nabi Muhammad S.A.W.
Ada juga yang bersenjata dan membawa pistol.
Tunjuk perasaan di luar Pusat Komuniti Islam Phoenix ini dianjurkan oleh seorang veteran perang Iraq yang menganggap Islam agama ganas.
Bagaimanapun lebih dua ratus orang lagi mempertahankan Islam.
Polis turut hadir bagi meredakan ketegangan.
Sejak kebelakangan ini,karikatur Nabi Muhammad S.A.W dipergunakan untuk mencetus kemarahan umat Islam di Eropah dan Amerika Syarikat.
Sebulan lalu pertandingan melukis Nabi Muhamad S.A.W diadakan di Dallas, Texas.


80 orang penduduk di Long Unai, Hulu Sungai Rejang dekat Belaga tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian kebakaran kira - kira pukul dua petang tadi.

Kejadian melibatkan 14 buah pintu rumah panjang masyarakat Kenyah dan Penan yang terletak di pendalaman daerah Belaga terbabit.

Menurut wakil Pemuda Parti Rakyat Sarawak DUN Belaga, Haider Kowel Bete ketika dihubungi RTM Bintulu kebakaran yang memusnahkan 14 pintu rumah panjang terbabit berpunca daripada tindakan penduduk yang lupa menutup api dapur gas.

Ada penduduk dikatakan sedang memasak air dan dapur gas tersebut meletup sekaligus mengakibatkan berlaku  kebakaran.

Dua blok rumah panjang masyarakat Kenyah dan Penan di Long Unai yang musnah terbabit merupakan antara penempatan yang paling hulu selepas kawasan Empangan Bakun.

ADUN Belaga, Liwan Lagang ketika dihubungi RTM memaklumkan telah mendapat maklumat mengenai kejadian terbabit dan usaha membantu mangsa kebakaran sedang diusahakan menerusi Pejabat Daerah Belaga.



Kelemahan siasatan dan kegagalan pakar perubatan forensik mengesahkan sama ada eksekutif pentadbiran TV9 Nur Syaleza Jaffar dijerut sampai mati atau menggantung dirinya adalah faktor utama yang membawa kepada pembebasan suami wanita itu daripada tuduhan membunuhnya.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman berkata dalam kes yang bergantung kepada keterangan mengikut keadaan, keterangan Pakar Forensik Patalogi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor adalah amat penting dalam mencari punca sebenar kematian Nur Syaleza.
‘Panggil syaitan’ kegilaan terbaru internet?


Suatu cabaran baharu yang dikenali sebagai 'Charlie Charlie Challenge' yang viral di laman mikro Twitter pada akhir minggu lalu menyaksikan ramai pelayar teruja untuk mencubanya.
 
Na'uzubillah! Keadaan panas melampau mencairkan jalan-jalan di India.

Seramai 12 orang anggota polis ditahan bagi menyiasat penemuan kes 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas kira-kira 11 kilometer persegi di Gunung Wan Kelian, Perlis.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, lapan anggota polis telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala empat orang lagi ditahan oleh polis sendiri.

Bagaimanapun, Wan Junaidi enggan mendedahkan pangkat 12 anggota yang ditahan tersebut.

“Tidak payah tahu samada ‘senior officer’ atau tidak,” katanya kepada media di Parlimen pada Rabu.

Wan Junaidi berkata, pihaknya kini juga sedang menyiasat semua anggota keselamatan dan ia tidak tertumpu kepada anggota polis sahaja.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong turut memberitahu bahawa tidak ada keperluan untuk kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat 139 kubur yang dipercayai mangsa aktiviti sindiket pemerdagangan manusia.

“Pada saya, tidak semua benda kita perlu adakan RCI, kalau tidak semua benda berlaku akan ada RCI,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat, pada Rabu.

nurses_pass_the_exam_01
space
Seperti di negara lain, jururawat merupakan satu jawatan yang tidak kurang penting peranannya dalam sesebuah negara. Namun jawatan tersebut tidak sewenang-wenangnya di isi . Setiap jururawat dipastikan untuk menjalani latihan dan ujian bagi memastikan mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.



Sekumpulan empat lelaki warga Pakistan 'berhijrah' sejauh lebih 4,000 kilometer dari negara asal semata-mata untuk melakukan jenayah peras ugut dan menyamar sebagai polis di negara ini.

Suspek turut dikesan mencetak kad putih dan merah jambu didakwa kad kuasa polis untuk memperdaya mangsa.

Difahamkan suspek berusia 30-an itu menyewa kereta di sekitar Lembah Klang sebelum menyamun rakan senegara dan rakyat India.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainor Samah berkata suspek dibantu tiga rakan senegara dan bergerak secara berkumpulan.

SUMBER : HARIAN METRO

Kejadian subuh kelmarin di Masjid Telipot Kota Bharu Kelantan.

Lelaki ini ditangkap ketika solat di kawasan khas untuk jemaah wanita dengan berpakaian lengkap seperti jemaah wanita.

Suspek dilepaskan setelah diambil keterangan. Menurut sumber ianya kerana tiada bahan kes bersamanya.



foto:FB Aidel Lariwoo

Lokasi : kompleks puchong perdana,berhampiran 7e

Seorang bekas banduan ditemui mati akibat ditetak oleh sekumpulan lelaki di hadapan kedai ubat di Puchong Perdana, Selangor malam tadi.

Kejadian berlaku jam 8.30 malam ketika mangsa baru sahaja keluar dari kedai terbabit.

Mangsa yang didatangi kira-kira 8 lelaki menaiki 2 buah motosikal dan sebuah kereta, kemudian diserang dan ditetak.

Mangsa berusia 30 tahun itu dikatakan baru sahaja dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara 5 bulan lalu.

Motif kejadian masih dalam siasatan.

Dakwaan mengatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyalahgunakuasa kuasa kuasanya dengan membekukan akaun-akaun bank dalam Ops Gergaji di Sarawak dan Operasi Bersepadu (Ops BS) di Sabah adalah tidak benar, kata Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM itu menafikan dakwaan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Cheing Jen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas, Junz Wong bahawa tindakan membekukan akaun dibuat tanpa asas yang kukuh, sebaliknya SPRM katanya membuat pemantauan selama enam bulan sebelum operasi bersepadu dilakukan.

“Akaun terbabit hanya dibekukan susulan maklumat perisikan dan hasil siasatan mendalam yang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shukri berkata, tindakan membekukan akaun adalah sebahagian daripada proses siasatan SPRM bagi membantu siasatan, dan juga agensi lain yang berkaitan dan siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009 serta seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Katanya, sebagai agensi penggubal perundangan, tidak adil mendakwa SPRM menyalah guna kuasa yang diberikan, sebaliknya hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan mengikut lunas perundangan demi kepentingan rakyat dan negara.

“Dalam hal ini, selaku agensi pencegahan rasuah, SPRM sedia mendengar pandangan orang ramai dengan mengambil kira aspek kemanusiaan termasuk sambutan perayaan Gawai di Sarawak dan pembangunan ekonomi negeri Sarawak dan Sabah,” katanya.

Katanya, SPRM sejak 18 Mei laluh menerima permohonan daripada sejumlah pemilik akaun terlibat dan tindakan sewajarnya diambil termasuk melepaskan sebahagian wang yang dibekukan.

Pada masa sama, katanya SPRM Sarawak dan Sabah juga mengadakan ‘engagement’ dengan persatuan yang mewakili industri bagi menjelaskan rasional tindakan pembekuan akaun dan langkah yang boleh diambil ahli mereka yang terbabit dengan pembekuan akaun.

Beliau turut mengulangi kenyataannya mengenai akaun yang dibekukan akan diberi pelepasan sebahagian sekiranya ada justifikasi yang munasabah.

Katanya perkara ini merupakan amalan normal SPRM dan juga mana-mana agensi penguat kuasa yang menjalankan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Katanya, mana-mana pemegang akaun syarikat yang dibekukan akaun mereka boleh memaklumkan kepada SPRM untuk akaun mereka dilepaskan sebahagian bagi pembayaran perbelanjaan operasi seperti gaji dan perkara lain yang penting dan akan dibuat seberapa segera.

“SPRM sedia memberi pertimbangan dengan syarat ada justifikasi yang munasabah. Mereka boleh datang ke Pejabat SPRM.

“Bagaimanapun pelepasan keseluruhan akaun bergantung kepada hasil siasatan,” katanya.

Ops Gergaji merupakan satu operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak bagi membanteras kegiatan rasuah, pembalakan dan penebangan hutan secara haram di Sarawak serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan oleh pemilik syarikat-syarikat pembalakan di Sarawak.

Manakala Ops BS di Sabah diadakan bagi membanteras perlakuan rasuah, penyelewengan minyak bersubsidi dan penyeludupan rokok dan arak.

Gabungan pengusaha balak dan minyak sawit di Sarawak sebelum ini dilaporkan kecewa dengan SPRM yang membekukan lebih 500 akaun syarikat dan individu dalam operasi bersepadu membanteras pembalakan haram, sedangkan ada syarikat yang mempunyai pengarah yang sama namun tidak terlibat dengan pembalakan haram.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem juga dilaporkan menyeru SPRM membatalkan pembekuan akaun syarikat supaya dapat membayar gaji pekerja. – The Malaysian Insider

Foto :Awang Din

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY