'/>

Semalam, pada jam 11.45 pagi seorang pegawai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang bertugas di APMM Kuantan telah ditembak diperut.

Mangsa  bersama isterinya menaiki kereta dari Shah Alam menghala ke Semenyeh dan apabila sampai di susur dari puchong kereta beliau telah dilanggar dari belakang oleh saspek yang terdiri daripada dua orang lelaki Melayu yang menggunakan kereta Toyota Wish.

Apabila mangsa ingin keluar dari kereta untuk berbincang tentang kemalangan, tiba-tiba saspek telah memasuki kereta mangsa. Pegawai tersebut telah cuba menarik saspek keluar, namun tiba-tiba saspek telah melepaskan satu tembakan diperut mangsa.

Mangsa yang cedera ditembak telah ditinggalkan ditepi jalan, manakala saspek telah melarikan kereta bersama-sama isteri pegawai tersebut tetapi akhirnya isteri beliau telah ditinggalkan berhampiran Petronas Bangi berhampiran IKRAM.

Pegawai tersebut dilaporkan stabil dan isteri beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.
sumber
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY