'/>

Sarawak’s Chief Minister’s Department (CMD) representing the state civil service and Malaysia was declared the winner of the Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM) International Innovation Awards (IIA) 2016 in the Innovation DNA Category along with India.


Sukan Olimpik Rio menutup tirai hari ini. Kontinjen negara pulang dengan 5 pingat: 4 perak dan 1 gangsa. Ini pencapaian yang terbaik oleh kontinjen Malaysia dalam sejarah penyertaan kita dalam temasya Olimpik. Kalau di campur semua pingat yang dimenangi daripada edisi-edisi Olimpik sebelum ini, jumlahnya 6. Kali ini 5. Tahniah kepada kontinjen kita.

Walaupun Negaraku masih tidak berkumandang di Sukan Olimpik, saya bangga dengan pencapaian para atlet kita. Mereka berjaya menyatukan rakyat dan memberi sinar harapan kepada semua tak kira bangsa, usia mahupun latar belakang.

Saya tahu Lee Chong Wei sangat sedih dengan keputusan perlawanan akhir. Berat mata memandang lagi berat bahu yang memikul harapan negara selama sepuluh tahun lebih. Kepada Chong Wei, anda tetap kebangaan negara. Anda tetap hero kami, rakyat Malaysia. Terima kasih kerana berjuang habis-habisan selama ini. Anda mendapat penghormatan setiap seorang rakyat Malaysia.

Kepada Wee Kiong dan V Shem, Liu Ying dan Peng Soon, Pandelela dan Jun Hoong, dan Azizul: tahniah dan terima kasih kerana menjadi kebangaan negara, berdiri diatas pentas dunia sebagai juara. You're all the best and you have inspired generations of Malaysian athletes to come.

Kepada para atlet, jurulatih dan pegawai yang lain, saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih. Thank you for making this Malaysia's BEST EVER Olympic Games. Kepada Ketua Kontinjen, Tan Sri Alamin, terima kasih atas kepimpinan yang hebat. One for the history books, Min.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada predecessor saya, Dato' Shabery Cheek. Anda telah mulakan Program Road to Rio selepas London 2012 yang telah saya mewarisi dan meneruskan. Ini hasilnya boh! Kemah keming Kemamang!

Namun fokus kita sekarang mesti beralih ke Tokyo 2020. Perancangan kearah 2020 telah bermula dengan pelancaran Program Podium pada Februari tahun ini. Saya akan tekankan lagi  pembangunan para atlet pelapis dan penerapan sains sukan melalui Program Podium dan Program Kita Juara. Saya yakin dengan perancangan yang baik, Tokyo 2020 akan mengakhiri penantian Malaysia untuk mendapat pingat emas.

Sekali lagi tahniah kepada wira-wirawati negara. I will look back on Rio years from now with tears in my eyes and pride in my soul. Because you all made me believe that we can achieve greatness and a nation united.

Malaysia Boleh!
Majulah sukan untuk negara.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY