'/>

Bintangor :Pasukan Bola Keranjang SK Abang Amin Johan Pertandingan Bola Keranjang  Persatuan Bola Kerajang Bintangor.Pasukan mengalahkan Sekolah Ming Ti (24-22)


KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg mengesahkan senarai calon Barisan Nasional (BN) Negeri Sarawak bagi Pilihan Raya Umum (PRU) 14 akan datang telah pun diberikan kepada Pengerusi BN Pusat yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di sini, petang tadi.

Beliau ditanya selepas bersama anak-anak Sarawak dalam program 'Santai Bersama Abang Jo' di Karnival Lan Berambeh Anak-Anak Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

"Saya menyerahkan keputusan itu kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak," katanya.

Bagaimanapun, Abang Johari enggan mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu walaupun ditanya wartawan.

Pada PRU13 yang lepas, BN Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dan daripada jumlah itu, 25 kerusi telah dimenangi BN di mana Parti Pesaka Bumiputera (PBB) memenangi kesemua 14 kerusi yang dipertandingkan, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebanyak 6 kerusi, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dua kerusi dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) satu kerusi. 

Manakala, lima kerusi dimenangi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan satu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY