'/>
Mohamad (kanan) menunjukkan ikan spesis Phirana yang dirampas oleh pihak PGA di Rantau Panjang, dua hari lalu.

Oleh IZZ MIQAEL
BACHOK -  Berpuluh ekor ikan larangan spesis pemakan daging iaitu Phirana dirampas dalam sebuan Pasukan Gerak Am  (PGA) di sebuah rumah di Taman Rantau Jaya dekat sini pada jam 7 malam, Sabtu lalu.

Hasil rampasan tersebut kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Pengarah Jabatan Negeri Perikanan Kelantan, Datuk Mohamad Mat Saman berkata, keseluruhan nilaian rampasan ikan tersebut bernilai RM12,000 yang melibatkan 17 spesis eksotik.

Menurutnya, siasatan awal PGA mendapati penyeludup membawa masuk ikan hiasan itu dari selatan Thailand melalui pengkalan haram Syed Agil, Rantau Panjang.

“Ikan tersebut kemudiannya disimpan di sebuah rumah sebelum menunggu pengangkutan yang akan membawanya kepada pembeli atau pengedar.

“Kebanyakan spesis ikan ini adalah dari spesis eksotik yang jarang ditemui seperti barb, silver shark, betta, pacu, clarias, keli albino dan ikan larangan seperti Phirana.

“Kes ini diserahkan kepada kami di bawah Seksyen 61, Akta Perikanan 1985, mengikut Peraturan Perikanan (Larangan Import Eksport 1990), kerana membawa masuk ikan tanpa permit dan ikan larangan import eksport, ” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan tersebut sebuah lori yang disyaki sebagai pengangkutan untuk memuatkan ikan tersebut turut dirampas.

“Ikan ini akan dilupuskan terutamanya Phirana yang menjadi ancaman dan perosak ekosistem perikanan  memandangkan ia adalah spesis berbahaya.

“Beberapa ikan yang bersesuaian akan digunakan untuk penyelidikan di Pusat Pengembangan Komuniti dan Akuakultur di Machang,” katanya.

Mohamad berkata, kes penyeludupan ikan hiasan eksotik sedemikian sering berlaku berikutan terdapat permintaan dari pembekal dan peminat ikan hiasan.

Katanya,  ikan tersebut adalah tiada diternak di Malaysia dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

Beliau tidak menolak kemungkinan laluan negeri ini adalah transit sebelum diedarkan ke negeri- negeri lain di semenanjung.]

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY