'/>

SATU LAGI EMAS UNTUK #TeamMalaysia
SYABAS! Khairul Hafiz memenangi acara pecut 100 meter L dengan masa 10.38 saat. Hebat pelari terpantas Asia Tenggara! #KL2017 #NegaraKu #SehatiSejiwa

Bintangor:Bersama YB Datuk Ding Kuong Hiing ,  Tuan Jasni Bin Jubli Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak, Encik Syvester Tusin Di Majlis Penyerahan Kad Pengenalan dan Sijil lahir Di Rh Labang Sg Tulai, Meradong. Terima Kasih kerana sudi turun Padang ke tempat kejadian  kebakaran Bulan lepas dan tindakan segera diambil untuk mengeluarkan IC dan sijil lahir dengan segera. Tahniah dan syabas team mobile JPN.

Penyerahan cek berjumlah Rm 3000.00 kepada mangsa Kebakaran Rh. Labang bagi pihak Komuniti 1Malaysia Bandar Bintangor pagi ini (22/08/17)

PELAWAN - Satu laporan polis telah dibuat bersama Ketua Unit Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) dan Ketua Pemuda Cawangan PBB DUN Pelawan terhadap Parti Bumi Kenyalang yang menghasut rakyat memboikot sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Menurut Ketua Pemuda Cawangan PBB DUN Pelawan Mohamad Junaidi Haji Sambang, laporan polis ini dibuat selepas ada pihak yang mahu menghasut orang ramai memboikot sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan pada 31 Ogos ini.

“Laporan polis ini dibuat bagi menyatakan rasa kesal akan tingkah laku ahli-ahli Parti Bumi Kenyalang yang telah mengadakan ‘flash mop’ di bandar Sibu hujung minggu lepas bagi membantah penganjuran Hari Kebangsaan dan beberapa lagi polisi kerajaan.

“Begitu juga dengan kelantangan dan biadap pemilik akaun facebook New Jakson (Sarawak Indipendent Alliance) dan Franky Sarexit Eight Route yang cuba menghasut orang ramai untuk memboikot sambutan Hari Kebangsaan dan beberapa perkara lain yang telah dilaksanakan kerajaan dengan menggunakan media sosial.

Baca lanjut disini :Klxpress Sarawak

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY