'/>

"Mereka (pemimpin politik) harus sedar bahawa rakyat sudah bosan dengan sikap berpolitik sepanjang masa hingga melupakan agenda pembangunan negara." kata Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mansor Mohamad Noor - Astroawani.

Betul tu, saya percaya semua orang termasuk orang politik pun bersetuju dengan kenyataan beliau. Orang Pas saya tak pasti, sebab sebelum ini selalu disebut oleh mereka yang politik itu sendiri tidak dapat dipisahkan dari kehidupan dan agama.

Masalah utama yang saya lihat disini adalah dari sudut definisi.

"Sudah tiba masanya sikap mahu partikan negara ini dihentikan, sampai bila nak berpolitik sepanjang masa? sepatutnya selesai pilihan raya, sama-sama bangunkan negara.

"Kalau ada kelemahan, jangan dipolitikkan tetapi beri penyelesaian, negara tidak ke mana kalau setiap masalah dipolitikkan tanpa ada penyelesaian," 

Setiap orang akan melihat kenyataan di atas ditujukan kepada orang lain, BUKAN kepada dirinya sendiri !

Perkara ni dah lama dibincangkan, takkan ke mananya. Bagi pembangkang ( 'pembangkang' ini sebenarnya merujuk kepada kedua BN dan PR ), penyelesaian utama adalah dengan jatuhnya lawan. Setelah lawan jatuh, mereka akan ambilalih dan ketika itu setiap masalah akan diselesaikan ......

Jadi sementara nak tunggu lawan itu jatuh, kenalah rakyat berkorban ... begitulah keadaannya sekarang.

"Cukup-cukuplah berpolitik, hadkan ketika musim pilihan raya sahaja, bekerjasama bangunkan negara demi rakyat," 

Sememangnya itulah kehendak rakyat .........  dan kehendak parti yang memerintah ! ( 'parti yang memerintah' ini juga merujuk kepada kedua BN dan PR )

Pesanan yang bagus tapi bagi saya umpama mencurah air di daun keladi.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/rakyat-bosan-sikap-politikkan-semua-masalah-penganalisis-34594?cp



Suspek Tatoo Harimau Tembak Polis Di Ampang Berjaya Ditahan

SHAH ALAM, 24 April –Seorang lelaki Mualaf berbangsa Cina yang dipercayai suspek dalam kes tembak dua anggota polis dari Cawangan kereta Peronda (MPV) di Taman Lembah Maju, Pandah Indah, Ampang Jaya dua minggu lalu telah ditahan polis.

Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dalam satu serbuan di sebuah rumah yang terletak di Lorong Gunung Rapat 11, Taman Cemerlang Rapat, Ipoh, Perak.

Semasa pemeriksaan dapati seorang wanita Cina berada dalam rumah tersebut. Namun semasa pemeriksaan dijalankan telah menjumpai seorang lelaki berbangsa Cina dan pemeriksaan pihak polis telah menemui tattoo harimau di badan lelaki terbabit.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan dalam sidang media sebentar tadi menyatakan dengan tertangkapnya lelaki terbabit kes ini disifatkan selesai. Walau bagaimanapun pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas. Suspek kini direman sehingga 27 April 2014. Kes disiasat di bawak Seksyen 307 Kanun Keseksaan


| Copyright © 2013 MERADONG TODAY