'/>

 Penganalisis politik tempatan, Dr Jeniri Amir yakin pakatan pembangkang tidak akan berjaya mempengaruhi masyarakat khususnya di Sarawak berdasarkan taktik eksploitasi mereka khususnya dalam hasrat untuk menambah bilangan kerusi menjelangnya Pilihan Raya Negeri terbabit kelak.

Katanya, mengikut pengamatannya, rakyat Sarawak lebih dominan kepada hal-hal dalaman negeri terbabit berbanding dengan isu-isu remeh yang acapkali cuba dimaiankan oleh pakatan pembangkang untuk meraih sokongan rakyat.

“Seperti biasa pakatan pembangkang akan cuba mengetengahkan isu-isu remeh sebagai taktik mendapatkan sokongan pengundi namun saya yakin bahawa isu-isu yang dimainkan pembangkang ini tidak akan beri kesan kerana tumpuan masyarakat adalah politik pembangunan,” katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, walaupun gerakan pakatan pembangkang telah bermula khususnya Dap Sarawak yang mengadakan ‘Projek impian Sarawak’ dan Masuk Luar Bandar (Go Rural) sebagai inisiatif untuk memikat hati pengundi namun ia tidak berjaya.

“Projek Impian Sarawak ini tidak memberi jaminan kepada Dap untuk mendapatkan sokongan penduduk khususnya di pedalaman dan luar bandar, lebih-lebih lagi ia hanya kepada tindakan simbolik dan tidak menyeluruh sebagaimana usaha Barisan Nasional (BN) untuk rakyat.

Jelas beliau yang juga pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), suasana politik di Sarawak amat berbeza dengan Semenanjung kerana dua pertiga masyarakat di negeri terbabit adalah terletak di luar bandar dengan sokongan yang padu kepada BN.

“Jika dilihat kepada kedudukan Pas pula ternyata bahawa parti ini bukanlah saingan kepada BN apatah lagi ideologi dan perjuangannya tidak cocok dengan demografi sosial masyarakat Sarawak.

“Masyarakat Sarawak juga menolak politik perkauman atau isu-isu sensitif khususnya berkaitan agama yang tentunya penggunaan kalimah Allah akan turut menjadi isu kerana rakyatnya tidak suka kepada apa-apa provokasi dan manipulasi sebaliknya lebih bersandarkan kepada realiti.”

“Ini kerana, kewujudan Pas di Sarawak dilihat sebagai parti yang tidak sesuai dengan kedudukan masyarakat tempatan yang mempunyai perpaduan kukuh walaupun berbeza suku kaum atau pegangan agamanya.”

Berkaitan PKR pula, beliau melihat parti terbabit akan kekal dengan tiga kerusi atau kemungkinan berkurang berdasarkan kepada peranan mereka yang semakin tumpul dalam arena politik Sarawak sendiri.

“Jangkaan saya, tidak ada isu besar yang dapat diangkat oleh pakatan pembangkang selain daripada isu remeh-temeh yang sudah berulang kali dimainkan tetapi masih gagal mempengaruhi rakyat apatah lagi kepimpinan BN semakin mantap dengan usaha berterusan untuk membawa pembangunan ke setiap ceruk kampung.”

Terang beliau antara hal-hal remeh yang bakal dimainkan pembangkang selain isu kalimah Allah ialah ialah isu tanah adat, soal pembangunan, 20 perkara berkaitan perjanjian yang antaranya ialah kuasa autonomi Sarawak dan beberapa lagi isu setempat.

“Ini semua isu lama yang diangkat semula namun saya yakin dengan kesungguhan BN dan ikatan yang padu maka pakatan pembangkang sukar untuk mengembangkan pengaruhnya apatah lagi rakyat sendiri bijak melihat berdasarkan realiti kepimpinan yang ada,” tegasnya. – MediaUMNO

Program diketuai Oleh ASP John Dicky,Ketua Bahagian Pengurusan Daerah 

Penyerahan sumbangan bantuan kpd mangsa kebakaran Rita bt Dorasit di lokasi kebakaran di Kpg Bruit pada petang kejadian tersebut, Ahad 24 Jan 2016.

Sumbangan merupakan bantuan segera daripada YB Abdullah Haji Saidol ADUN Semop N36 untuk meringankan sedikit beban mangsa telah diserahkan oleh wakil beliau, Tn Hj Suib Basnu Timbalan Pengerusi Bahagian PBB N36 Semop. Turut hadir bersama adalah Pemanca Daerah Daro, Penghulu Kpg Bruit dan ahli Skuad Sayang Semop N36 dari Kpg Bruit dan Kpg Penipah ..

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY