注意⚠️Sila Ambil Perhatian ⚠️
Air Empangan Bakun Sudah Dilepaskan, Bersiap Sedia Air Pasang Besar!
SIBU: Air Empangan Bakun telah dilepaskan sekitar jam 9 pagi tadi berikutan paras air di empangan tersebut telah naik disebabkan oleh musim tengkujuh. Pihak Sarawak Hidro telah melepaskan air empangan itu untuk menurunkan paras air selama 3 minggu bermula hari ini.
Berkemungkinan Bandar Sibu dan kawasan pendalaman akan mengalami air pasang besar berikutan air empangan bakun terus mengalir disepanjang Sungai Rejang. Diharap penduduk sekitar kawasan dinasihatkan bersiap sedia dan berwaspada terhadap paras air yang naik serta arus deras semasa aktiviti pelepasan air tersebut.