'/>

Kuching :Di atas inisiatif YB Dato Sri Michael Manyin ak Jawong ,Menteri Pendidikan ,Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak beliau telah berjumpa dengan YB Menteri Pendidikan Malaysia Dato Sri Mahdzir Khalid pada 31 Mei 2017 memohon supaya 75 orang guru interim yang tidak melepasi ujian kali kedua tersebut diberi peluang ketiga /terakhir.Dalam Masa yang sama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sedang mengusahakan bagaimana membantu 75 orang guru interim yang gagal kali kedua untuk menduduki ujian psikometrik Kali Ketiga pada hujung bulan November 2017.

Kuching:KALAU nak menyerah memorandum pun janganlah sampai nak melanggar undang-undang. Kumpulan yang hendak menyerahkan memorandum meminta kerajaan meminda Akta Tanah dikatakan telah merempuh laluan Jambatan Darulhana dari seberang Waterfront Kuching menuju ke seberang Petra Jaya sebelum berkumpul di hadapan DUN Sarawak. Difahamkan, jambatan tersebut yang dirasmikan pada hari Sabtu lepas belum dibuka untuk kegunaan orang ramai. Memorandum tersebut kemudiannya diserahkan kepada wakil Ketua Menteri.

Kuching:Menurut YB Dato Sri Dr. Stepen Rundi Anak Utom ,Menteri Utiliti Sarawak berdasarkan laporan daripada pihak pakar perunding reka bentuk dan kontraktor telah menjamin bahawa struktur Empangan Bengoh adalah kukuh dan stabil tidak seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dalam media baru-baru ini.

Rekabentuk dan pembinaan empangan tersebut melibatkan sumbangan daripada pakar pembinaan empangan antarabangsa.Empangan Bengoh telah beroperasi sepenuhnya sejak penghujung  tahun 2015.

Penurunan paras air baru-baru ini adalah selaras dengan prosedur operasi seperti yang dinasihati oleh pakar empangan.Ini adalah penurunan paras  air yang dirancang dengan melepaskan air melalui saluran culvert dan bukan disebabkan oleh sebarang masalah atau kebocoron empangan.Perkara ini disahkan oleh pakar empangan daripada Halcrow Consultant ,United Kingdom semasa lawatan pemeriksaan berkala di tapak pada akhir oktober 2017.

Di Dalam situasi yang diluar jangkaan,pihak -pihak berkenan ,termasuk penduduk yang terlibat akan dimaklumkan serta merta dan pelan pemindahan akan dijalankan .Segala Prosedur adalah termaktub dalam pelan Tindakan Kecemasan .

Kini sejak BN memenangi kedua kerusi DUN tersebut, perubahan demi perubahan semakin ketara dan rakyat yang dahulunya umpama menanti buah yang gugur telah mendapat hasil. Ini kerana wakil rakyat dari BN seperti Datuk Ding Kwong Hiing (Maradong)dan Dato Sri Huang Tiong Sii (Repok) bekerja keras membela rakyat kawasan. Masalah rakyat mula didengari dan penyelesaian dapat dilaksana.

Kini suara DUN Maradong dan Repok bergema di DUN setelah dua penggal sepi tanpa usul penting untuk rakyat. Satu persatu pembangunan yang diperlu oleh rakyat mula diusul dan harapan Maradong dan Repok untuk bangkit daripada ketinggalan dari arus pembangunan akan menjadi realiti.

Inilah kesannya apabila rakyat memilih tepat wakil rakyat yang benar-benar bekerja untuk rakyat kawasan dan tidak mustahil pada PRU14 nanti sekali lagi rakyat di dua DUN tersebut akan memilih Ahli Parlimen Sarikei daripada Barisan Nasional dan mengubah corak pembangunan Parlimen Sarikei ke tahap lebih optima. A Halim Jantan

Kuching:Lebih kurang 100 orang berhimpun mengadakan Himpunan Aman Hak Adat Bumiputera di Waterfront Kuching menuntut supaya Kerajaan Negeri Sarawak mengiktiraf Pemakai Menua dan Pulau Galau pada pagi ini.Kumpulan yang diketuai oleh Encik Nicholas Mujah Ason yang telah mendapat permit polis bagi mengadakan himpunan tersebut dan juga telah mengadakan upacara miring di sana.Kumpulan tersebut juga merancang untuk mengadakan himpunan seumpama itu di Hadapan Mahkamah Kuching Petra Jaya.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY