'/>

“Kini ia terserah dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Apakah status seorang warganegara Malaysia memohon dan mempunyai kewarganegaraan lain?

“Adakah kewarganegaraan Malaysia beliau masih sah atau secara automatik terbatal,” ujar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Sumber :klxpress Sarawak

Bintangor :Penyerahan sumbangan YB Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Koporat)kepada Masjid dan Surau Di Bintangor.Disamping itu YB turut menyerahkan sumbangan daripada pihak JASA kepada golongan memerlukan.

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah petang Sabtu, 24 Jun, bersamaan 29 Ramadan 1438 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hari ini.

Kenyataan itu menjelaskan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa menerusi radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara iaitu Pontian Kecil (Johor); Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting, Balai Cerap Selangor di Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang, *Mukim Pengkalan Baru, di *Manjong (Perak);* Pusat Falak Sheikh Tahir di Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi, Menara Alor Setar (Kedah); Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Geliga di Kemaman, Pulau Perhentian di Besut dan Balai Cerap KUSZA Setiu (Terengganu).

Lokasi lain ialah di Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC Kota Bharu (Kelantan); Esplanade Luak, Miri, Teluk Bandung di Kuching, Tanjung Batu di Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil di Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang); Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah di Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). - BERNAMA

Penyampaian sumbangan untuk 15 Masjid/Surau dalam kawasan N42 Semop di bawah pentadbiran JAIS Daro oleh YB Abdullah Haji Saidol Timbalan Menteri Hal Ehwal Korporat yang juga Ahli DUN Semop N42 di Masjid Kpg Semop pada hari Sabtu 17 Jun.

Diadakan juga adalah perjumpaan/taklimat dengan Wakil Exco dari semua 15 Unit/Kpg Saberkas dalam Cawangan Saberkas N42 Semop..
Fokus adalah mengerakkan Program Sumbangan Amal Ziarah Kasih yang dijayakan serentak oleh Warga Belia Saberkas setiap 15 Unit/Kpg Saberkas .. mereka akan ziarah rumah golongan yang memerlukan bantuan dan memberi sumbangan .. memupuk ke arah belia perihatin dan sukarelawan..

Mudah-mudahan usaha ibadah semua mendapat limpahan keberkatan dan kerahmatan Allah SWT.

# Foto ihsan Wilton Jugo, PKK Semop N42.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY