'/>

Menjawab isu 'Rural Growth Center' (RGC) Semop yang dibangkitkan oleh YB Abdullah Haji Saidol ADUN Semop, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu bahawa pihak Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) sedang melaksanakan 37 buah rumah dan dijangka siap pada September 2016. Manakala baki 263 buah rumah akan dilaksanakan secara berperingkat -peringkat dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Januari 2018.

Menurut menteri, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM55 juta untuk melaksanakan projek penyediaan tapak, infrastruktur, ekonomi, ameniti sosial dan pembangunan komponen yang lain. Kementerian beliau kata menteri akan menjemput pihak berkepentingan termasuk YB Semop untuk turut sama dalam perancangan di RGC.

Dalam usaha memudahkan kehidupan rakyat luar bandar ... agenda transformasi 'Membandarkan Luar Bandar' kerajaan yg dilancarkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Menteri KKLW berpaksikan kpd keperluan dan kehendak rakyat di samping memastikan proses pembangunan luar bandar berada pada landasan betul.
      Impian warga desa luar bandar Sarawak yg disuarakan oleh Abdullah Haji Saidol ADUN Semop di DUN baharu ini mendapat restu dan sokongan padu rakyat Sarawak khususnya rakyat luar bandar. Rakyat tetap akan berkerjasama dgn pemimpin yg mempunyai idea dan niat murni dalam berkhidmat. Rakyat harap perlaksanaan infrastruktur asas luar bandar di Bahagian Mukah dan lain-lain di Sarawak akan diperhebatkan.

Dikatakan konon-kononnya hantu penanggal ini berjaya ditangkap di Jalan Kampung Jemoreng, Matu kira-kira jam 11 malam tadi. Mungkin terlalu sukar untuk kita mempercayainya lebih-lebih lagi dibulan puasa.
Foto by kamek miak Sarawak

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY