'/>

KENYATAAN MEDIA
WABAK RABIES DI NEGERI SARAWAK 2017
20 JULAI 2017

Lawatan YAB Datuk Amar Abang Johari Abang Openg, Ketua Menteri Sarawak ke lokasi operasi pemvaksinan di Dewan Masyarakat Batu 10, Kota Padawan pada hari ini jam 3.00 petang.

Lawatan tersebut turut di hadiri oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dan YB Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

Pada lawatan tersebut, YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan peruntukan tambahan daripada Kerajaan negeri Sarawak berjumlah RM502,270.80 dimana RM125,270.80 untuk pembelian peralatan (PPE) dan RM377,000.00 untuk membeli vaksin bagi Frontliner.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM 2,488,673.60 untuk pembelian vaksin bagi manusia.

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mula melakukan aktiviti kawalan dan pecegahan di bahagian Sri Aman setelah dimaklumkan berkenaan terdapatnya anjing yang positif rabies di Rh Janta, Punggu Mawang, Sri Aman.

Ingin dimaklumkan bahawa secara kumulatif dari 02 hingga 20 Julai, di bahagian Serian dan Sri Aman, sebanyak 219 kes gigitan baru telah dikesan dimana di bahagian Serian 29 kes gigitan dan di bahagian Sri Aman 26 kes gigitan merupakan kes gigitan yang dicatatkan pada hari ini.

Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku semenjak 01 April hingga ke hari ini berjumlah 516 kes. Seramai 361 orang telah datang
untuk menerima suntikan vaksin.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sedang dalam usaha untuk menghubungi mereka yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin.

Gigitan anjing boleh dielak dengan:
(1) Tidak memprovokasi dengan cara mengacau atau menakutkan anjing
(2) Menjauhkan diri daripada anjing yang agresif atau ketakutan
(3)Jangan bergerak apabila dihampiri anjing ; dan
(4) Menghampiri haiwan peliharaan secara perlahan-lahan, senyap dan tenang.

Oleh kerana kanak-kanak ialah sasaran mudah haiwan, maka mereka perlu menjauhkan diri daripada bermain dengan anjing atau kucing.

Sila hubungi pejabat Veterinar terdekat anda sekiranya menjumpai haiwan disyaki rabies.

Jangan mengambil tindakan sendiri ke atas haiwan yang disyaki rabies.

Bagi sesiapa yang telah digigit anjing terutamanya dalam kawasan terlibat untuk mencuci luka gigitan dengan kadar segera menggunakan air yang mengalir dan sabun selama 15 minit di rumah dan kemudian pergi ke klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan pemvaksinan.

Ibu bapa diminta untuk memesan kanak-kanak untuk memberitahu sekiranya mereka telah digigit anjing walaupun sedikit dengan kadar segera.

Untuk makluman, buat masa ini vaksin diberikan kepada kes gigitan anjing dan kucing yang berlaku di kawasan wabak yang memenuhi kriteria klinikal.

Walaupun haiwan kesayangan mereka telah diberi vaksin, masyarakat diseru supaya tidak membiarkan haiwan mereka berkeliaran dan jangan bermain
dengan haiwan kesayangan.

Mereka yang telah digigit anjing /haiwan terutamanya dari kawasan terlibat diminta tampil ke Hospital Serian bagi pemeriksaan lanjut dengan kadar segera.

Sehingga hari ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak telah mengisytiharkan 18 kawasan wabak Rabies iaitu:
1. 04 Julai 2017 (Serian)
i. Kg Krait
ii. Kg Paon Rimu
iii. Kg Paon Rimu Bakong
iv. Kg Remun
v. Kg Lebor
2. 12.07.2017 (Serian)
vi. Kg Seroban
3. 13.07.2017 (Serian)
vii. Kg Tangga
viii. Kg Ampungan
ix. Kg Mentong Berawan
x. Kg Mentong Silaga
xi. Kg Engkabang
xii. Kg Tampek Sumpas
xiii. Kg Rasau
xiv. Pekan Siburan
xv. Bandar Serian
xvi. Batu 45, Jalan Kuching-Serian
4. (Tebedu)
xvii. Kg Temong Mura
5. (Sri Aman)
xviii. Rh Janta Punggu Mawang

Sehingga hari ini kes haiwan didapati positif Rabies adalah sebanyak 32 kes dimana anjing 26 ekor dan kucing 6 ekor.Manakala sebanyak 157 ekor binatang telah dikawal dan dicegah dengan anjing 137 ekor dan kucing 20 ekor.

Disediakan oleh:
Sekretariat
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
20 JULAI 2017

Foto by Salfian Nawawi

Keengganan kerajaan negeri Pulau Pinang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IRB) menimbulkan persoalan terhadap kesungguhan mereka memerangi gejala itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata beliau tidak dapat melihat rasional di sebalik keputusan kerajaan negeri terbabit.

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu membekalkan maklumat berkaitan kod lokaliti dan nama 136,272 pengundi yang diragui semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003 dan 1994.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh juga memutuskan kerajaan negeri Selangor tidak lagi dibenarkan memeriksa balas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam tindakan perundangan berhubung cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi kerusi Parlimen dan DUN di negeri itu...
http://www.bicara.news/spr-menang-rayuan-berhubung-pengundi-diragui/

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY