'/>

Oleh:Buserra sran

        Sepihak warga telah cuba membangkitkan isu yg tidak sepatutnya dgn menimbulkan provokasi terhadap kerajaan Sarawak yg dikatakan telah membuat kenyataan bahawa agama Islam sebagai agama rasmi di negeri ini. Isu sensitif ini sengaja diungkit dan dimanipulasikan untuk mengelirukan rakyat sebenarnya, untuk menggugat perpaduan dan keharmonian yg sedia ada di Sarawak selama ini cuma untuk meraih populariti politik!
          
        Rasanya tidak timbul isu agama Islam nak dijadikan sebagai agama rasmi di Sarawak sebab Tok Nan telah membuktikan keprihatinan dan tanggungjawab beliau dalam usaha beliau menjaga kepentingan semua bangsa dan agama di negeri ini.
      
        Sikap toleransi KM dan seluruh rakyat negeri ini tidak sama sekali memungkinkan perkara atau isu ini berlaku malahan rakyat tidak pernah melihatpun apa-apa kes di Sarawak di mana kebebasan beragama dijadikan isu, disekat atau diambil tindakan.Sepatutnya isu bahaya yg boleh menimbulkan huluhala ini tidak diputar-belitkan untuk menimbulkan perpecahan pada perpaduan dan kesatuan rakyat.
       
         Disebaliknya ianya harus dirujuk untuk penjelasan dan perbincangan kepada kerajaan negeri dan Tok Nan dgn cara yg baik penuh hemah dan etika murni. Dengan cara ini segala persepsi dan prasangka jahat akan dapat dihindari daripada memusnahkan kesejahteraan dan keamanan yg dikongsikan selama ini. Untuk rekod tidak ada sama sekali bukti wujudnya sekatan beragama di negeri Sarawak! Rakyat bebas beragama!

Mantap lah YB saidol ni, sayang betul bukan YB daerah saya meradong. Yb meradong yang cuma pandai kritik tentang isu pan Borneo, isu balak, isu rasuah , isu yang tak berkaitan dengan pembangunan untuk kepentingan masyarakat meradong.  Seperti mana yang saya tinjau, ybx2 lain yang memanfaatkan 15 minute untuk berbahas dengan begitu bijaksana demi kepentingan kawasan masing-masing dari segi  pembangunan,infrastruktur, sosial ekonomi, kebajikan , telekomunikasi dan lain-lain dengan begitu mantap sekali. Rakyat menberikan mandat dan kepercayaan kepada peminpin untuk menperjuangkan nasib rakyat meradong bagi menyuarakan keperluan , kesusahan rakyat Serta cara mengatasi dengan lebih effektif dan bukannya menyuarakan sesuatu yang tidak memanfaatkan masyarakat daerah ini. 15 minute itu sangat singkat , sepatutnya tidak menpertikaikan isu yang diluar tepi kain kawasan sendiri dan isu yang tak bekaitan sedangkan kawasan sendiri begitu mundur dan jauh ketinggalan jika dibandingkan daerah lain yang setaraf dengan daerah Ini 2 penggal yang lalu. Meradong melahirkan insan yang berkaliber dan berhijrah ke tempat lain disebabkan ketiadaan pembangunan yang boleh menjana ekonomi di kawasan ini.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY