Tempoh pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Januari ini - Kementerian Kewangan
Related Pots
Persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan perjuangan menjuarai isu-isu rakyat antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, kata pemimpin parti-parti komponen.
Bagaimanapun, mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyentuh soal agihan kerusi kepada setiap komponen parti dan senarai muktamad calon BN, menurut mereka.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mesyuarat tersebut berjalan lancar namun segala perincian mengenai jumlah kerusi yang bakal diagihkan kepada komponen akan ditentukan kemudian.
"Tiada tarikh pilihan raya dibincangkan...secara umum mengenai persediaan (bagi pilihan raya). Nanti kita bincang lagi, kita ada masa lagi," kata Menteri Pertahanan tersebut.