'/>

-PKR Tidak Akan Bertanding Di Tanjong Datu-
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian dalam satu sidang media sebentar tadi telah memutuskan untuk tidak menghantar calon bagi mencabar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu bulan depan bagi menghormati penyandangnya Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang berusaha mengembalikan hak-hak negeri Sarawak ketika hayatnya.
Foto by  Sarawakiana

Tahniah dan Syabas kpd semua Ahli Kabinet Negeri Sarawak yang di ketuai oleh YAB KM kerana telah melakar sejarah sebagai negeri Pertama di negara ini bersatuju tanpa syarat untuk Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (CFP) mengikut format dan piawaian SPRM.

Kita harus merasa bangga dgn langkah pertama yang  berani serta ikhlas dari YAB KM baru ini.

Allahyarham Tok Nan memulakan langkah pertama dulu dgn membawa kesemua Ahli Kabinet untuk  Menandatangani Ikrar Integrity yg seterusnya di sokong oleh kesemua Wakil Rakyat BNBBC Sarawak termasuk semua Setiausaha Politik yg secara sukarela Menandatangani Ikrar Integrity 2 tahun yg lepas.

Kesanggupan serta tindakan segera YAB CM baru utk mengarah kesemua Ahli Kabinet beliau untuk Menandatangani Ikrar yg dianggap significant ini membuktikan Kesungguhan beliau untuk  mempastikan beliau mengetuai satu pasukan Kabinet yg berintergriti serta bersih dari unsur-unsur  yg boleh mengugat kepercayaan rakyat dlm usaha kerajaan untuk  mentadbir negeri ini secara effisen dan membawa pembangunan yang  sepatutnya.

Saya mewakili kesemua 48 Wakil Rakyat BNBBC serta kesemua 28 Setiausaha Politik akan menyahut serta menyokong initiatif ini dengan mencadang kpd YAB KM secara sukarela untuk turut Menandatangani Ikrar ini. Masa dan tarikh akan di tetapkan kemudian.

Abdullah Hj.Saidol
Chairman, BNBBC SWK

Song : Kejadian tanah runtuh berlaku 12 tengahari tadi di Rumah Peter,Ng Lian ,Song,Sibu.Pihak Angkatan Pertahanan Awam sibu masih dalam proses mendapatkan maklumat lanjut.Laporan penuh akan menyusul.
Foto FB Sarawak aritok

Tahniah dan syabas kepada YAB. Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg serta barisan Menteri dan Menteri Muda Sarawak yang baru dilantik kerana telah melakar sejarah pada hari ini dengan menjadi kerajaan negeri pertama yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) atau Corruption Free Pledge yang diperkenalkan oleh SPRM.

Inisiatif ini sekaligus memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan pentadbiran dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

IBR merupakan satu lagi usaha baru yang diperkenalkan oleh SPRM yang mana menekankan kepada ikrar serta janji dalam kapasiti sebagai individu oleh mereka yang terlibat bagi menjunjung tanggungjawab untuk menghindari diri daripada terlibat dengan sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.  

Inisiatif ini dapat memelihara dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap SPRM dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha berterusan untuk memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

*cp FB KP SPRM


Kempen keselamatan  jalanraya peringkat bahagian Sarikei di simpang Sing Ba

SPRM tahan Pengarah Besar Felda dan tiga lagi seleweng projek RM47.6 juta

KUALA LUMPUR: Pengarah besar Felda dan tiga lagi pegawai kanannya ditahan di sekitar Lembah Klang hari ini kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta sejak 2014.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pengarah besar itu bergelar Datuk dan berusia 57 tahun itu manakala tiga yang lain ialah Timbalan Pengarah Besar (Sumber Srategik) Felda, 53, Head of London Properties Felda, 38, dan Pegawai Projek Sturgeon, 30.

Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang di antara pukul 11.30 pagi dan 1.30 tengah hari ini menerusi Op Caviar yang dilancarkan oleh SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai US$10 juta (RM47.6 juta), katanya ketika dihubungi Bernama. Bernama

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY